Tuesday, August 31, 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Thursday, August 26, 2010

Mak dan Radioterapi

Pagi-pagi ni kami dapat panggilan telefon daripada HKL. Diorang maklumkan mak aku boleh mula rawatan Radioterapi hari ni. Diorang call pukul 8++ suruh datang hospital pukul 10 pagi.Best betul.Inform lah awal-awal. Bak kata mak aku, dah nak berak baru nak gali lubang.huhuhuhu...Alasan tak beritahu awal-awal sebab masa appointment sebelum ni abah aku kata boleh mula bila-bila tak kisah. Memanglah boleh bila-bila tapi bagi tau tau awal-awal. Ni dak....ikut suka jer....Memandangkan mak tak dapat datang pagi ni so reschedule bali. So diorang kata boleh mula Isnin depan, 30 Ogos 2010.

So minggu depan mak aku akan mulakan rawatan Radioterapi selama 25 hari berturut-turut. Hari-hari kene pergi hospital. Aku harap semuanya berjalan lancar. Korang tolong doakan mak aku ya.

Aku rasa ada baiknya aku kongsi dengan korang tentang rawaran Radioterapi tu. Mesti ramai yang tak tau kan? aku pun sebelum ni cuma tau kemoterapi jer.Bila mak aku dah kena macam ni barulah aku tau (nak ambil tahu) apa bendanya Radioterapi tu.

Ok. Korang bacalah sikit info tentang rawatan Radioterapi kat bawah ni. Info ni aku ambil dari http://drrushdanoor.tripod.com/id23.html.

Rawatan radioterapi adalah salah satu kaedah rawatan kanser yang sangat penting. Radioterapi bukan saja penting untuk rawatan kanser wanita tetapi juga kanser-kanser lain. Tidak semua kanser boleh dirawat dengan pembedahan ataupun kemoterapi. Rawatan radioterapi adalah salah satu rawatan yang menggunakan sinaran-X yang berkuasa tinggi ataupun bahan radioaktif untuk membunuh sel-sel kanser. Bab ini akan membincangkan kaedah rawatan radioterapi khusus untuk kanser organ reproduktif wanita terutamanya kanser pangkal rahim, kanser rahim dan kanser payudara. Rawatan radioterapi untuk kanser-kanser yang melibatkan organ-organ badan yang lain mempunyai kaedah yang berbeza walaupun mempunyai asas yang sama.

BAGAIMANA RADIOTERAPI BERTINDAK KE ATAS SEL-SEL KANSER

Secara amnya terdapat dua jenis radiasi yang sering digunakan untuk tujuan rawatan radioterapi iaitu :

a. Sinaran X-Ray berkuasa tinggi ( asas penghasilannya adalah sama seperti X-ray biasa tetapi ianya mempunyai kuasa yang lebih tinggi) , sinaran ini dihasilkan melalui hentaman kuat elektron di luar nukleus. Sinaran X-Ray berkuasa tinggi ini dikeluarkan oleh alat yang dinamakan Linear Accelerator dan rawatan yang diberikan dinamakan “External Beam Radiotherapy” ataupun EBRT.

b. Sinaran Gamma (“Gamma ray”). Sinaran gamma dikeluarkan oleh bahan radioaktif. Penggunaan sinaran gamma digunakan di dalam rawatan Brakiterapi.
APAKAH FUNGSI RAWATAN RADIOTERAPI
Rawatan radioterapi mempunyai beberapa tujuan, diantara tujuan rawatan radioterapi adalah seperti berikut :

A.RAWATAN UTAMA.
Sebagai kaedah rawatan utama kanser.
B.RADIOTERAPI ADJUVAN.Kaedah rawatan radioterapi ini diberikan untuk mengurangkan kadar kejadian semula kanser kepada pesakit-pesakit yang telah menjalani rawatan utama contohnya rawatan pembedahan. Rawatan Radioterapi ini dikenali sebagai rawatan adjuvan ( “Adjuvant Radiotherapy”). Contoh rawatan ini adalah rawatan Radioterapi selepas rawatan pembedahan radikal histerektomi untuk kes kanser pangkal rahim. Pakar Kanser akan menentukan samada pesakit memerlukan rawatan radioterapi adjuvan.

C.RADIOTERAPI NEOADJUVAN.
Sebagai rawatan permulaan sebelum pesakit menerima rawatan utama. Tujuan rawatan neoadjuvan radioterapi (“Neoadjuvant Radiotherapy”) ini adalah untuk mengecilkan saiz kanser dan dengan itu rawatan pembedahan yang akan dijalankan menjadi lebih mudah. Contoh rawatan neoadjuvan ini adalah rawatan ke atas sebahagian kes kanser pangkal rahim dan kanser payudara.

D.RADIOTERAPI PALIATIF.
Peranan terakhir rawatan Radioterapi adalah sebagai kaedah rawatan untuk mengurangkan penderitaan pesakit kanser yang sudah tidak dapat disembuhkan lagi. Ini dinamakan Radioterapi Paliatif ( “Palliative Radiotherapy”). Contoh rawatan ini adalah kepada pesakit kanser payudara ataupun kanser-kanser lain yang merebak ke tulang belakang dan menyebabkan pesakit mengalami kesakitan ataupun lumpuh. Contoh lain adalah rawatan ke atas kanser yang merebak ke bahagian otak. Tujuan rawatan adalah untuk mengurangkan kesakitan dan memulihkan lumpuh. Rawatan radioterapi paliatif ini cuma diberikan pada bahagian yang menjadi penyebab kesakitan ataupun kelumpuhan sahaja. Kanser di bahagian lain badan tidak akan dirawat kerana ianya sudah tidak dapat
disembuhkan lagi.
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, August 25, 2010

Nafsu Berbuka Puasa

Semalam aku berbuka puasa dengan adik beradik aku tapi adik beradik ayah tak sama mak asing-asing - angah dengan achik. hehehehe....Jenuh fikir nak buka dekat mana akhirnya kitaorang decide pergi Subang Parade je. Alasan ke Subang Parade, tempat tak ramai orang sangat dan dekat dengan Komuter.
Nak pilih tempat nak makan pun jenuh gak daripada pagi sampai ke petang takde idea. Akhirnya kitaorang pergi UncleLim je. Sebab tak nak makan nasi, tak nak heavy sangat, tak nak makan banyak sangat...hehheheee...Ni lah hidangan berbuka puasa kitaorang semalam...

Curry Puff. Sedap gak.

Otak-otak. Tak best. Terasa ikan sangat-sangat. Nasib baik share.

Fried Mee With Mushroom. Kureng sedap. Mushroom je best.

Kuehtiaw Soup. Oklah. Boleh diterima tekak.

Chicken Poridge. Not bad. Boleh makan lagi lah.

Nilah namanya order ikut nafsu. Makan bertiga air sampai 8 gelas.Kisah benar ni jangan tak percaya. Soya Cincau, Honey Lemon, Cincau, Ice Lemon Tea (2 gelas), Cendol, Cold water (3 gelas)..Heheheheeee...

Sebab air dah order sampai 8 gelas makanya makanan kitaorang pun tak habis. Yang habis cuma curry puff je. Lain semua tak habis. huhuhuuuuu


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, August 24, 2010

Kemalangan di Rumah

Aku dikejutkan dengan satu kejadian tengah hari tadi. 'Cu melecur separuh badan. Tersimbah minyak panas'. Terkejut badak aku masa dapat call dari Ruziq. (Cu = Mak Su Ruziq)

Tak dapat aku nak bayangkan keperitan, kesakitan tu. Kalau kena percikan minyak masa goreng ikan ke ayam ke pun dah cukup panas kan ni pulak tersimbah ke badan. Uhuksss..Kesian Cu....Aku doakan semoga Cu cepat sembuh. Aminnnn...
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, August 15, 2010

Aktiviti Hujung Minggu

Walaupun dalam keadaan takde kereta aktiviti badminton hujung minggu tetap diteruskan. Minggu ni pemain tetap - Aku, Ruziq dengan Lan. Pemain jemputan Zira (adik Ruziq) dengan Zara (bakal adik ipar Ruziq). Adik-adik aku tak nak main bulan puasa.
Yang aku nak cerita ni bukan pasal game tapi pasal apa yang terjadi masa tengah main tu. Tengok pic bawah ni. Jeng jeng jeng.....


Ni lah dia tapak kasut tercabut. heheheee....Tuan punya kasut ni tengokpic kat bawah pulak...


Baik punya posing tanpa diketahui niat aku ambik gambar ni...hehehehe.Sorry dik...So memandangkan tapak kasut dah tercabut Zira pun main sekejab je. Tinggallah kitaorang berempat.

Lepas makan Zira nak makan nasi lemak kat Mali's Corner. Dah berbulan ok atas kapal teringin nak makan so kitaorang ikut jelah. Ni lah nasi Lemak Ayam Goreng dengan Char Kueh Tiaw kat Mali's Corner.


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Saturday, August 14, 2010

Pengarah Penerbitan DBP

Inilah Pengarah Penerbitan DBP yang baru. Tuan Haji Abd Khalik Sulaiman. Aku pernah bekerja dengan dia di Bahagian Penyelarasan Penerbitan dulu. Masa tu dia Ketua Bahagian aku. Orangnya tegas (dalam kelembutan), bijak, dan baik juga.
Semoga penerbitan DBP lebih maju selepas ini.

Gambar ni aku ambil semasaBengkel Pertama dengan beliau. Maaf ya Tuan Haji saya ambil gambar tanpa izin...hehehe
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Friday, August 13, 2010

Dugaan Ramadhan 2

Semalam tayar pecah so hari ni nak ke tak nak terpaksa lah tukar tayar. Kalau tidak, pakai tayar sotong je aku kang :'(. Aku tukar tempat biasa kat Shah Alam. Mesti orang kata apa lah jauh-jauh tukar tayar. Kl takde kedai tayar ke? Itulah korang tak tau (baca ikut style ajiz dalam Ali Baba Bujang Lapok ya..heheh). Aku tukar kat sana sebab dah biasa. Jadi harga boleh runding punya. :)
Memandangkan selesai semua dah lewat makanya aku pun buka puasa kat Shah Alam baru balik.Ni lah juadah berbuka aku dengan Ruziq n Zira.mula-mula kitaorang pergi Bazar Ramadhan yang dekat dengan Stadium Shah Alam. happening gak. Banyak makanan kat sana. Tapi belum sempat selesai membeli belah hujan turun dengan selebat-lebatnya. kekuyupanlah kitaorang. Ni antara makanan yang kitaorang sempat beli. Ada lagi yang lain tapi tak sempat ambik gambo dah hujan...otak-otak, kepak n tongkeng ayam (zira mengidam...hehehe), cempedak goreng..selera macam orang dah lama tak makan.hehheheheheee..

Lepas tu kitaorang pergi RestauranShuhaidah. Kitaorang ambik set buka puasa untuk 2 orang sebab tadi dah memborong dekat Bazar Ramadhan. Ada 3 jenis lauk - tomyam campur, lemon chicken, mix vegie. Boleh tahan sedapnya - tomyam cukup masam n pedas (memenuhi citarasa aku), lemon chicken ayam garing n lemon tak pekat sangat, vegie cam biasalah. Overall: I like!




Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Thursday, August 12, 2010

Dugaan Ramadhan 1

Tayar kereta aku pecah...uhuksss...

Nasib baik Ruziq dengan aku tadi.. Jadi seperti biasa dia uruskan tukar tayar spare. Esok kena tukar tayar lah gamaknya...uhuksss...
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, August 11, 2010

Puasa - Day 1

Alhamdulillah dah selesai puasa hari pertama. Puasa hari ni tidaklah mencabar snagat. Cuaca redup je tak panas sangat. Perut pun tak lapar, tekak pun tak kering snagat. Kira ok je lah.

Cumanya yang buat aku rasa pahala puasa aku kurang sikit hari ni adalah keaadaan trafik petang tadi. Jem gila babun...sakit hati...huhuhuu..ada ke dari DBP sampai keramat dekat 2 jam? Tak gila namanya tu? Macam menyesal plak aku balik awal. Sepanjang perjalanan tu ada beberapa biji kereta tercium sesama sendiri. Mesti kes ikut rapat sangat dalam jem tu. Sian diorg nak raya eksiden plak. Nasib baik aku selamat sampai umah. Walaupun masa sampai umah tu kepala aku dah rasa cam nak pecah dah sbb lama sangat tersangkut dalam jem. Huhuhuhuu...

Sampai umah terus mandi n solat asar (gila lambat solat. Bukan sengaja. Aku budget bleh sampai umah kul 6. Mana aku tau nak sampai lewat gitu..huhuhuuu.....). Ngam selesai solat asar azan maghrib. Huhuhuhuu...

Untuk berbuka hari ni ada pilihan Mee Goreng dengan Nasi Putih. Antara lauk yang mak aku dah sediakan telur puyuh masak sambal, sawi goreng with mushroom, pecal ikan pari (sure ramai tak tau apa ni kan? nantilah lain kali aku citer.semalam lupa nak ambik pic plak) dan udang goreng tepung. Makanan lain yang ada cekodok pisang dan bubur lambuk yang abah aku ambik kat masjid.Air pulak macam biasa air wajib untuk kami sekeluarga adalah air sirap cincau dan teh o panas.

Aku berjaya makan dengan berdisiplinnya arini (puji diri...hehehh). AKu cakap berdisiplin sbb aku makan kurma dulu, solat n lepas tu baru pekena Mee Goreng dengan pecal ikan pari. Air pun minum tak sampai dua gelas. Bagus2. Kalau tak, biasanya buka mmg melantak air je keje aku.hehehhehe...

Lepas relaks, kejab dalam kul 815 aku pi masjid dengan adik aku. Awal-awal puasa ni macam biasalah masjid mmg penuh. Alhamdulillah. Tapi tak payah nak cakap orang lainlah, aku sendiri pun tengah2 puasa nanti mulalah macam2.Harap2 tahun ni lebih baik lagilah.Bercerita pasal terawih ni aku teringat kat makcik yg dok selang sebelah aku.Punyalah sombong..huhuhuuu..masa aku sampai tu aku dah perasan dah dia macam buat tak tau je. Tapi takpelah aku nak solat bukan nak ramah mesra sangat. Aku dok pk dia mmg gitu. Tapi bila member dia datang punyalah ramah dia. masa dah selesai solat pun aku yg selang sebelah dia ni dia tak salam pun. Aku nak hulur tangan dia buat tak nampak.Nampak sangatlah dia jenis pilih bulu. Mentang2lah aku gi masjid setahun sekali. Tapi janganlah kerek sangat. Hangin tul aku ngan makcik yg macam bagus tu.Harap-harap besok aku tak dok sebelah dia lagi..huhuhuhu..
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Ramadhan Al-Mubarak

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t kerana kita masih diberi peluang dan kesempatan untuk bertemu Ramadhan pada tahun ini.

Kepada semua, aku ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa pada tahun ini.

Doaku untuk diriku, keluarga dan rakan-rakan juga, semoga segala amalan kita di bulan yang mulia ini mendapat keberkatan ilahi. Aminnn...
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, August 8, 2010

Cinta dan Perkahwinan

Ada sesuatu yang ingin aku perkatakan tentang cinta dan perkahwinan. Tetapi aku kesuntukan masa sebenarnya. Ada sesuatu yang perlu aku lakukan sekarang ini. Jadi aku akan sambung kemudian. Block entri jer dulu.
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Friday, August 6, 2010

Kebahagiaan dalam Perpisahan

Lagu ni buat aku teringat pada seorang kenalan....

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Kebahagiaan dalam perpisahan

SEMOGA DIA BERTEMU KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN....
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Thursday, August 5, 2010

Berakhirnya Satu Ikatan

Hari ini tercatat lakaran sejarah buat seseorang yang aku kenali. Perkahwinan yang dibina hampir 20 tahun berakhir sudah.

Bukan mudah membuat keputusan sedemikian. Bertahun-tahun cuba bertahan dan menyelamatkan keadaan tapi akhirnya gagal. Mungkin telah ditakdirkan perkahwinan yang dibina atas rasa cinta antara satu sama lain itu akan berakhir sedemikian rupa. Mungkin itu keputusan terbaik buat keduanya.

Semoga selepas ini kedua-dua mereka akan lebih bahagia.
Semoga selepas ini kedua-dua mereka akan lebih tenang.
Semoga selepas ini tiada lagi sengketa.

Kepada M, A, Y - anak-anak mereka, aku doakan semoga kalian tabah hadapi segalanya. Jangan disalahkan ibu atau ayah kalian. Walau apa pun berlaku jangan dibenci mereka keduanya kerana tanpa mereka kalian tidak mungkin ada dibumi ini. Sayangi mereka walau apa juga keadaannya. Redha dengan ketentuan ilahi. Mungkin ayah banyak salahnya dan mungkin emak tidak kurang juga tapi kalian harus sedar bahawa mereka manusia biasa. Jangan ada rasa benci dalam diri buat mereka. Sayangi dan hargailah mereka seadanya.

Buat C, doaku agar kau tabah hadapi semuanya. Walaupun aku tau ini yang kau harapkan sekian lamanya, namun sebagai perempuan aku tau kau juga terluka dengan perpisahan ini. Ada riak duka disebalik wajah gembira itu. Tabahkan hatimu. Aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaanmu.

Buat R, jangan dibenci org itu keterlaluan. Kenangkan kebaikannya kepadamu suatu ketika dulu. Dia pernah berjasa padamu sayang. Aku tau kau punya hati yang mulia. Jangan diikutkan perasaan marah. Ya mmg dia menyusahkan hidupmu sekarang ini tetapi dia juga pernah memberi kesenangan kepadamu suatu ketika dulu. Kenangkan semua itu sayang.
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!