I'm in love with this magazine.....Thank you Mr. Trainer...
Saturday, October 8, 2011
Wednesday, October 5, 2011
Lunch Treat!
Hari ni aku dapat makan free, kawan baik aku yg tak datang masa wedding adik aku belanja. sebab dia belanja tak lain tak bukan sebab dia rasa bersalah tak datang wedding adik aku.hehehehhe...Aku tak mintak pun tapi dah orang nak belanja aku layankan je. So kalau aku pilih tempat mestilah tempat yg ada makan yang sedap dan sihat (nandos sihat ke? sihat kot sbb grilled chic...heheheh)...
Nilah hidangan lunch kami tadi....
Kalau ko tak belanja pun aku faham dan tak kecik ati. dah anak ko tak sihat haritu nak buat macam mana kan? tapi apa2pun thank u so much my frenz!
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!
Nilah hidangan lunch kami tadi....
| 1/4 Chic with Coleslow & Chips |
| 1/4 Chic with Potato Salad & Peri Corn |
How to Increase Metabolic Rate (Tips 2)
Drink Iced Water
As with food, depriving your body of water can encourage it to "hoard" rather than "burn". When your drink ice cold water, your body burns calories warming it to body temperature. More than ninety percent of the chemical reactions in your body occur in water, so make sure you drink an appropriate amount of water.
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!
As with food, depriving your body of water can encourage it to "hoard" rather than "burn". When your drink ice cold water, your body burns calories warming it to body temperature. More than ninety percent of the chemical reactions in your body occur in water, so make sure you drink an appropriate amount of water.
| (http://www.dreamstime.com/) |
Tuesday, October 4, 2011
Lunch Box!
Monday, October 3, 2011
Lambaian Kaabah!
Sehari selepas majlis perkahwinan adik-adik aku, pakcik (adik kepada abah aku) aku atau yang kami panggil Busu dengan isteri (Mak Usu akulah) berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan fardhu haji. Busu dan Mak Usu perlu berada di Kelana Jaya seawal jam 5.30 pagi. Walaupun penat kenduri belum hilang tapi kami gagahkan diri untuk ke rumah busu dan seterusnya mengiringi mereka ke Kelana Jaya.
Aku doakan semoga Busu dan Mak Usu mendapat haji yang mabrur. Aminnnn.....
![]() |
| Abah, Busu n Mak Usu |
![]() |
| Mak aku cam tengah bagi arahan je aku tengok...heheheh |
![]() |
| Cousin Aku Abang Idi dengan anak bongsu dia yg tengah lena... |
![]() |
| Ni pulak isteri Abang Idi, bergilir pangku anak dengan abg sepupu aku... |
![]() |
| Abah (Along) dengan Busu (Bongsu)... |
![]() |
| Aku dengan Busu aku... |
Sunday, October 2, 2011
Hati Yang Gembira dan Kecewa
Majlis perkahwinan adik-adik aku telah selamat berlangsung. Ramai kawan-kawan mak & abah, abang, kakak dan juga adik-adik aku yang datang memeriahkan majlis tersebut. Alhamdulillah. Makanan pun habis licin semuanya termasuklah 8 ekor kambing golek dan 250 ekor ayam golek yang semuanya tidak berbaki selepas majlis. Kami balik dengan tangan kosong. Tiada lauk lebihan dan juga goody bag lebihan. Yang tinggal hanya bunga paha sahaja. Syukur alhamdulillah sebab tiada pembaziran langsung dari segi makanan. Syukur sangat-sangat. Memang kami sekeluarga sangat gembira dengan keadaan itu.
Yang aku tak gembira adalah melihat jumlah kawan-kawan aku yang datang memenuhi undangan aku. Terus terang aku katakan kehadiran sangat mendukacitakan dan buat aku rasa sangat sangat sangat sangat sangat sangat kecil hati.
Hmmm....memang aku tak menjemput ramai kawan-kawan (sebab bukan aku yang kawin kan?!) dan memang sebahagian besarnya aku tak jemput gunakan kad. Medium yang aku gunakan untuk menjemput adalah telefon dan e-mel. Walaupun tiada kad aku layangkan ini tidak bermakna aku tidak menjemput dengan ikhlas. Aku menjemput dengan ikhlas hati. Seikhlasnya. Bila melihat kehadiran kawan-kawan aku aku rasa seperti mereka meragui keikhlasan aku menjemput mereka. Aku sedih dan sangat kecewa.
Aku terfikir juga adakah kerana tiada kad maka mereka tidak datang? Tapi bak kata kakak aku, orang kalau nak datang tak kisah ada kad ke takde. Yang penting mereka tau date n tempat. Mereka akan berusaha untuk datang. Kad bukan masalahnya. Jadi ketidakhadiran mereka sebenarnya lebih kepada ketidaksanggupan mereka untuk memenuhi undangan tersebut. Itu aja. Mungkin bagi mereka undangan aku tidak penting. Bukan aku yang kawin kan? Tapi mereka tak sedar bahawa majlis perkahwinan adik-adik aku ini pun cukup besar maknanya dalam hidup aku. Bukan sorang adik aku yang kawin tapi dua. Sebagai seorang kakak sudah tentu aku rasa sangat gembira dengan perkahwinan ini. Dan sebagai kawan, aku ingin kongsikan kegembiraan aku dengan mereka. Tapi nampaknya, kegembiraan aku dan peristiwa penting dalam hidup aku ini tidak penting bagi mereka. Kesiannya aku. Yang lagi aku sedih ada kawan-kawan yang aku anggap sebagai kawan baik pun tak menunjukkan muka dan tak juga memaklumkan ketidakhadiran kepada aku. Sedihnya aku rasa. Betapa tak pentingnya aku dalam hidup mereka rupanya. Huhuhuhuuuu....
Teringat aku susah payah aku berusaha untuk menghadirkan diri ke majlis perkahwinan kawan-kawan di seluruh pelusuk negara, Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, Negeri Sembilan etc. Tapi bila time aku jemput (walaupun cuma adik yang kawin), dipandang sepi jer. Siapa tak sedih kan? Tapi dalam sedih dan berduka lara tu aku teringat kata-kata RCD Hajah Ramlah. Kita jangan hidup pada masa lampau. Yang penting dalam hidup kita adalah mereka yang bersama kita sekarang ini bukannya mereka yang bersama kita pada masa lampau. Hargailah mereka yang ada bersama kita pada masa ini.
Jadi aku buat keputusan untuk tak sedih-sedih lagi. Think positive. Diorang ada hal agaknya. Lagipun diorang tak datang pun majlis berlangsung dengan meriah juga kan? So apa ada hal...hehehheheheee...
Di sini aku nak rakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi hadir ke majlis tersebut, terutamanya kepada Mama dan Papa yang datang jauh dari Teluk Intan, Anom yang sanggup datang lone ranger, Ammar d Trainer yang datang dengan adik dia, Indra & Nor yang sanggup membatalkan hasrat nak balik kampung, Mieza yang sanggup datang walaupun perut dah besar dan nak tunggu hari je nak meletop (heheheh). terima kasih kerana sudi memenuhi undangan aku. Terima kasih kerana sudi berkongsi kegembiraan dengan aku. Aku sangat menghargainya.
Kepada kawan-kawan yang ada niat nak datang tetapi ada halangan lain yang tidak dapat dielakkan, aku ucapkan terima kasih juga.
Kepada kawan-kawan yang ada niat nak datang tetapi ada halangan lain yang tidak dapat dielakkan, aku ucapkan terima kasih juga.
My Brotha & Sista Wedding!
Saturday, October 1, 2011
Congrats Sista!
Nor 'Ain Mohd Salleh & Syaiful Nazlan Norsham
Congratulations on your wedding.
I hope you hold each other close in best or bad times and have trust and faith all the way;
Happy married life!
Happy married life!
Subscribe to:
Posts (Atom)








