Sunday, October 2, 2011

Hati Yang Gembira dan Kecewa

Majlis perkahwinan adik-adik aku telah selamat berlangsung. Ramai kawan-kawan mak & abah, abang, kakak dan juga adik-adik aku yang datang memeriahkan majlis tersebut. Alhamdulillah. Makanan pun habis licin semuanya termasuklah 8 ekor kambing golek dan 250 ekor ayam golek yang semuanya tidak berbaki selepas majlis. Kami balik dengan tangan kosong. Tiada lauk lebihan dan juga goody bag lebihan. Yang tinggal hanya bunga paha sahaja. Syukur alhamdulillah sebab tiada pembaziran langsung dari segi makanan. Syukur  sangat-sangat. Memang kami sekeluarga sangat gembira dengan keadaan itu.

Yang aku tak gembira adalah melihat  jumlah kawan-kawan aku yang datang memenuhi undangan aku. Terus terang aku katakan kehadiran sangat mendukacitakan dan buat aku rasa sangat sangat sangat sangat sangat sangat kecil hati.

Hmmm....memang aku tak menjemput ramai kawan-kawan (sebab bukan aku yang kawin kan?!) dan memang sebahagian besarnya aku tak jemput gunakan kad. Medium yang aku gunakan untuk menjemput adalah telefon dan e-mel. Walaupun tiada kad aku layangkan ini tidak bermakna aku tidak menjemput dengan ikhlas. Aku menjemput dengan ikhlas hati. Seikhlasnya. Bila melihat kehadiran kawan-kawan aku aku rasa seperti mereka meragui keikhlasan aku menjemput mereka. Aku sedih dan sangat kecewa.

What a Sa...

Aku terfikir juga adakah kerana tiada kad maka mereka tidak datang? Tapi bak kata kakak aku, orang kalau nak datang tak kisah ada kad ke takde. Yang penting mereka tau date n tempat. Mereka akan berusaha untuk datang. Kad bukan masalahnya. Jadi ketidakhadiran mereka sebenarnya lebih kepada ketidaksanggupan mereka untuk memenuhi undangan tersebut. Itu aja. Mungkin bagi mereka undangan aku tidak penting. Bukan aku yang kawin kan? Tapi mereka tak sedar bahawa majlis perkahwinan adik-adik aku ini pun cukup besar maknanya dalam hidup aku. Bukan sorang adik aku yang kawin tapi dua. Sebagai seorang kakak sudah tentu aku rasa sangat gembira dengan perkahwinan ini. Dan sebagai kawan, aku ingin kongsikan kegembiraan aku dengan mereka. Tapi nampaknya, kegembiraan aku dan peristiwa penting dalam hidup aku ini tidak penting bagi mereka. Kesiannya aku. Yang lagi aku sedih ada kawan-kawan yang aku anggap sebagai kawan baik pun tak menunjukkan muka dan tak juga memaklumkan ketidakhadiran kepada aku. Sedihnya aku rasa. Betapa tak pentingnya aku dalam hidup mereka rupanya. Huhuhuhuuuu....

Teringat aku susah payah aku berusaha untuk menghadirkan diri ke majlis perkahwinan kawan-kawan di seluruh pelusuk negara, Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, Negeri Sembilan etc. Tapi bila time aku jemput (walaupun cuma adik yang kawin), dipandang sepi jer. Siapa tak sedih kan? Tapi dalam sedih dan berduka lara tu aku teringat kata-kata RCD Hajah Ramlah. Kita jangan hidup pada masa lampau. Yang penting dalam hidup kita adalah mereka yang bersama kita sekarang ini bukannya mereka yang bersama kita pada masa lampau. Hargailah mereka yang ada bersama kita pada masa ini.

Jadi aku buat keputusan untuk tak sedih-sedih lagi. Think positive. Diorang ada hal agaknya. Lagipun diorang tak datang pun majlis berlangsung dengan meriah juga kan? So apa ada hal...hehehheheheee...

Di sini aku nak rakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi hadir ke majlis tersebut, terutamanya kepada Mama dan Papa yang datang jauh dari Teluk Intan, Anom yang sanggup datang lone ranger, Ammar d Trainer yang datang dengan adik dia, Indra & Nor yang sanggup membatalkan hasrat nak balik kampung, Mieza yang sanggup datang walaupun perut dah besar dan nak tunggu hari je nak meletop (heheheh).  terima kasih kerana sudi memenuhi undangan aku. Terima kasih kerana sudi berkongsi kegembiraan dengan aku. Aku sangat menghargainya.

Kepada kawan-kawan yang ada niat nak datang tetapi ada halangan lain yang tidak dapat dielakkan, aku ucapkan terima kasih juga.

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

3 comments:

~AM~ said...

sib baik acik datang! auwww!

Cikja Bahari said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

kak eda jgn lah sedih-sedih.nanti kak eda kahwin sy dtg ok?hehehe =)