Wednesday, August 17, 2011

Mana Mak?

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab? 
---------------------------

Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah. 

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" 

Ateh  menjawab, “Entah.” 

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik. 

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. 

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" 

Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.  

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. 

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham. 

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. 

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu. 

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. 
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat." 

Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. 

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” 
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. 

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. 

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. 
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. 

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"    

Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, August 16, 2011

No Pain No Gain!

"It's perfectly normal to feel some strain on ur knees after performing squats,
+ last nyte was intense with d weights"
- Ammar d Trainer

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, August 15, 2011

Keterujaan Terlampau...:-)

Aku sedang mengalami keterujaan terlampau malam ni. Sebabnya tadi aku terjumpa jejaka idaman Malaya yang sekian lama menjadi pujaan hati aku. The most hansome man in Malaysia. :-)  Ni lah mamat yang aku jumpa tadi

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Pic: Credit to www.hans-isaac.com

HANS ISAAC

Sungguh melampau aku kan? Jumpa Han Isaac pun boleh teruja melampau. belum lagi jumpa Keanu Reeves, David Beckham, Rafael Nadal, Roger Federer, Tom Cruise etc....hehehehhe....

Aku jumpa dia masa aku dekat gym semalam. Aku baru lepas warm up masa tu. Sementera tunggu Ammar (Mr. Trainner) aku sembang dengan budak PT  sorang tu (alamak aku lupa nama dia). Dia yang bagi tau aku Hans ada kat belakang aku (not so belakang betullah...tapi dekat2 belakanglah), atas trademill. My Godddddddd.....Aku jadi tak tentu arah plak...heheheh....Tapi yang aku geram dak PT tu boleh cakap 'alah akak ni....macam bangla jual carpet tu pun akak kata hensem'....ishhhh tak patut sungguh tau....huhuhuuu...

Baru aku nak tengok-tengok dia, Ammar sampai ajak naik atas untuk weight exercise plak. Alaaaaaaaaaa...tak dapat tengok Hans. Tapi yang buat aku rasa cam bodo skit, aku boleh tersenyum sorang2 masa workout ngan Ammar tu...Hahahhahaa....Ammar pun pelik. Aku citerlah kat dia aku nampak Hans kat bawah. Pastu aku citer gak pasal dak PT kat bawah kata dia macam bangla jual karpet. Ammar bleh pulak cakap 'taklah...hansome skit je dari bangla jual carpet". pastuh siap cakap hans boroi lagi tu...Tapi ada aku kisah? alaaaa diorang semua ni dengki jeles iri hati je tau dengan kehenseman Hans Isaac. hahahhaaa....

Pastu masa aku tengah workout tu aku nampak dia naik atas....perghhh...aku pun apa lagi dok pandang je dia (dari jauhlah ya)...Siap soh trainer dok tepi skit sebab aku tak nampak dia. Melampau giler kan? hahahahhaa......

Bila fikir-fikir balik pasal perangai aku tu aku jadi malu plak. Malu siot dengan Ammar. Mesti dalam hati dia kata "ishhh macam jakun je aida ni"...hahahhahahaha.....Tapi nak buat macam mana....semua tu tindakan luar kawal...hahahhahahaaa......

Masa aku turun bawah balik untuk kardio n warm down, PT tadi tu bagi tau aku Hans dah balik. Issshhhhh cepatnya dia balik. Tapi PT comel tu kata Hans mmg selalu datang. Macam hari2 jugaklah. Tapi camne aku boleh tak perasan ni? ishhhh lepas ni mata kene lebih tajam nampaknya...hehehehhe....



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Friday, August 12, 2011

Good News!

I'm sooooo happy tonite. I've lost 7kg in 5 weeks. Alhamdulillah.
Thank u so much to my beloved trainer, Ammar.


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Motivation!!!

"Stand up and finish what u started"
- Bob Harper

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, August 10, 2011

A Gift From Mr. Trainer

Inilah gift daripada Mr. Trainer tadi. Bukanlah special gift tapi bagi aku sebab magazine ni Trainer aku yang bagi jadi aku rasa gift ni sangat istimewa. Suka hati aku lah kan nak rasa special ke apa ke kan?hehehehhee...Ammar suruh baca magazine ni. Banyak info berguna untuk aku. Aku sangat teruja sebenarnya lebih-lebih lagi bila tengok cover dia JILLIAN....Besttt...

Thank you Mr Trainer!
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, August 9, 2011

My First E-book



Inilah ebook pertama yang aku beli minggu lepas, Diet Oh Diet: How to Choose The Best Diet For You, written by Kevin Zahri.

Sebenarnya aku baru je 'berkenalan' dengan Kevin Zahri ni minggu lepas. Aku mula kenal dia melalui website dia, http://kevinzahri.com yang aku jumpa masa aku tengah cari info tentang balanced diet. Aku rasa website dia memang sangat sesuai dibaca oleh semua terutama sekali oleh mereka yang sedang berusaha untuk mengurangkan atau menambah berat badan dan juga mereka yang ingin mengamalkan cara hidup sihat. Memang best sangat. Banyak info yangs sangat berguna dalam website dia. Jadi kalau korang ada masa, baik pergi jenguk website dia. Aku sekarang memang dah jadi follower dah. Korang bila lagi? :-)  

Bercerita tentang ebook yang aku beli tu, aku rasa memang berbaloi juga. Dengan harga RM10.00 sahaja, banyak info yang boleh kita dapat dan banyak persoalan yang boleh dirungkaikan. Antaranya adalah tentang:

  • Crash Diet
  • The Best Diet
  • Balanced Meal
  • How to Built a Daily Meal Plan
  • How to Control Cravings
Mungkin bagi sesetengah orang perkara-perkara ini adalah perkara biasa sahaja dan di dalam pengetahuan mereka. Tapi tidak bagi aku. Perkara-perkara ni sangat baru dan diluar pengetahuan aku selama ni. Sebab itulah aku perlu berusaha mencarinya.

Sebenarnya banyak lagi ebooks yang dihasilkan oleh Kevin Zahri. Antaranya, How to Lose 5 kgs in 5 Weeks, Calories: Everything You Need to Know, How Tto Gain 5 kgs in 10 Weeks,  Lose 25kg! 25 Calorie Saving Tips, Supplements 101 & Slimming Centers, 45 Quick Craving Saving Tips etc.

kepada yang berminat untuk mendapatkan ebooks tersebut bolehlah layari website beliau, http://kevinzahri.com .

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, August 8, 2011

Cerita Tentang Derma Darah

Minggu lepas aku dapat berita yang kurang enak didengar. My frenz (Achik) hubby need to undergo his bypass operation. Dan untuk itu, 8-10 donors diperlukan. Yang menjadi sedikit masalah adalah donors perlu ke SJMC sebelum hari Jumaat untuk screening dan datang semula ke SJMC pada hari Isnin (hari operation tu)untuk donate darah pulak. Doktor perlukan fresh blood untuk operation tu.

This is not easy kan? Nak carik donors during this fasting month satu hal dan lagi satu hal donors perlu datang dua kali, dan kedua-dua kali tu perlu datang waktu pejabat. Dan pada hari nak donate blood tu, diorang perlu datang seawal jam 8.00 pagi. Huhhh....payah jugak kan?

Tapi alhamdulillah....Achik berjaya dapat bukan 8 atau 10 tapi sehingga 16 donors. Dan yang paling menarik bagi aku adalah hanya 4 daripada 16 donors itu sahaja yang dikenali oleh Achik. Yang lain tu langsung tak kenal.

Macam mana hal ni boleh berlaku? Jangan terkejut kalau aku katakan semua ni kerana FACEBOOK. Mereka semua dapat maklumat tentang blood donation ni daripada FACEBOOK. Achik post di wall dia tentang nak cari donors tu dan few of kawan Achik pun post benda yang sama dekat wall diorang. Jadi, mereka yang prihatin ni terus call Achik. Yang tak dapat menderma tu, turut membantu dengan cara menyebarkan perkara ini kepada kawan-kawan mereka.

Dan akhirnya, alhamdulillah. 19 orang datang untuk screening dan daripada jumlah tu seramai 16 telah datang untuk buat blood donation. Syukur sangat-sangat. Aku sebenarnya tak sangka ada orang yang sebegini prihatin yang sanggup bersusah payah untuk orang yang tak mereka kenali langsung. Alhamdulillah. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Inilah wajah-wajah 13 daripada 16 orang donors:













T

Kenal tak mamat ni? Dia pun jadi salah seorang donors gak...:-)
Semoga kemurahan dan kebaikan hati mereka ini diberi ganjaran yang berlipat kali ganda daripada Allah....Amin....
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!