Inilah ebook pertama yang aku beli minggu lepas, Diet Oh Diet: How to Choose The Best Diet For You, written by Kevin Zahri.
Sebenarnya aku baru je 'berkenalan' dengan Kevin Zahri ni minggu lepas. Aku mula kenal dia melalui website dia, http://kevinzahri.com yang aku jumpa masa aku tengah cari info tentang balanced diet. Aku rasa website dia memang sangat sesuai dibaca oleh semua terutama sekali oleh mereka yang sedang berusaha untuk mengurangkan atau menambah berat badan dan juga mereka yang ingin mengamalkan cara hidup sihat. Memang best sangat. Banyak info yangs sangat berguna dalam website dia. Jadi kalau korang ada masa, baik pergi jenguk website dia. Aku sekarang memang dah jadi follower dah. Korang bila lagi? :-)
Bercerita tentang ebook yang aku beli tu, aku rasa memang berbaloi juga. Dengan harga RM10.00 sahaja, banyak info yang boleh kita dapat dan banyak persoalan yang boleh dirungkaikan. Antaranya adalah tentang:
- Crash Diet
- The Best Diet
- Balanced Meal
- How to Built a Daily Meal Plan
- How to Control Cravings
Mungkin bagi sesetengah orang perkara-perkara ini adalah perkara biasa sahaja dan di dalam pengetahuan mereka. Tapi tidak bagi aku. Perkara-perkara ni sangat baru dan diluar pengetahuan aku selama ni. Sebab itulah aku perlu berusaha mencarinya.
Sebenarnya banyak lagi ebooks yang dihasilkan oleh Kevin Zahri. Antaranya, How to Lose 5 kgs in 5 Weeks, Calories: Everything You Need to Know, How Tto Gain 5 kgs in 10 Weeks, Lose 25kg! 25 Calorie Saving Tips, Supplements 101 & Slimming Centers, 45 Quick Craving Saving Tips etc.
kepada yang berminat untuk mendapatkan ebooks tersebut bolehlah layari website beliau, http://kevinzahri.com .
No comments:
Post a Comment