Thursday, May 13, 2010

Dugaan Awal Tahun 2010 - Dugaan Part 1



Assalamualaikum semua.

Awal tahun 2010 ni macam-macam dugaan yang aku dan keluarga aku tempuhi.

DUGAAN PERTAMA


Seawal bulan Januari, adik bongsu aku Mohd. Azree @ Adik @ Acu dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada otak. 4 hari di ICU dan hampir sebulan di wad biasa. Hari-hari kami berkampung di hospital. Hujung minggu memang kami sekeluarga berpesta di Wad Neurologi. Setiap kali waktu melawat dan bila hujung minggu memang penuh bilik adik aku dengan kami semua.Almaklumlah adik beradik kami pun dah 8 orang. kalau setakat wad kelas satu yg tak besar mana tu mmg tak nampak ruang kosonglah...sempit pun tak kisah yg penting dapat bersama-sama dia pada masa dia sakit tu.

Pada hari bekerja waktu siang mak aku teman adik aku.Waktu malam aku ambil alih pula.Aku pergi pejabat dari hospital. Almari dia dekat hospital tu mmg jadi tempat simpan baju aku je sbb dia sendiri pakai baju hospital je kan. So almari tu kira aku punyalah.Bila berjalan dari wad nak ke kawasan letak kereta kadang-kadang aku terperasan gak kononnya macam doktor baru abis shif malam.hehehhee...

Bila hujung minggu kakak aku pula ambil alih tugas meneman. Adik perempuan aku pun ada juga sekali sekala merasa tidur di hospital tu bila dia cuti.

Berulang alik ke hospital memang memenatkan. Tapi kerana sayang, penat tu tak terasa sangat. Mak dengan abah aku contohnya. Hari-hari berulang. Abah, datang hantar mak pagi sbb aku nak ke pejabat. Tengah hari datang bawak makanan mak pula. Petang datang lagi. Begitulah setiap hari. Dengan cuaca yang tidak menentu. Berpanas, berhujan.Semua diharungi kerana kasih terhadap seorang anak. Itulah yang aku nampak. Betapa tingginya nilai kasih ibubapa terhadap seorang anak.

Kesian aku tengok mak abah aku. Tapi macam mana pulak aku nak halang daripada mereka terus berulang ke hospital. Kalau aku sebagai kakak pun hati risau tak menentu, inikan pula hati ibubapa. Selagi anak tu tak sihat, selagi tu lah apa sahaja sanggup dilalui. Penat lelah semua tolak ke tepi. Demi kasih terhadap seorang anak.

Hampir sebulan keadaan berterusan begitu sebelum adik aku diberi kebenaran untuk balik. Alhamdulillah sekarang adik aku dah sihat CUmanya dia perlu terus makan ubat untuk tempoh setahun dan perlu rawatan ulangan.

Jadi sekarang ni kami perlu mengingatkan dia setiap malam untuk makan ubat. Jenuh juga tapi nak buat macam mana. Itu jauh lagi baik dari ditahan dihospital. Masuk air, darah, ubat setiap hari..urggghhh tak sanggup rasa nak tengok lagi.


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

2 comments:

SyahNas80 @ Nana said...

ermmm betul2 dugaan.. semoga adik akak bertambah sihat...

Aida Salleh said...

terima kasih dik