Peace be upon u!
Adik bongsu aku dibenarkan balik ke rumah pada awal Februari 2010 setelah hampir sebulan ditahan di hospital. Walau bagaimanapun dia dibekalkan dengan ubat-ubatan yang perlu dimakan untuk tempoh 1 tahun dan perlu rawatan ulangan lagi selepas itu mengikut jadual yang ditetapkan. Akhirlah seksa dia di hospital. Pengalaman ngeri disuntik setiap hari untuk masuk ubat, air, glukos, darah etc berakhir jugak. Syukur alhamdulillah.
Balik hospital barang yang nak di bawa balik mak aiiiiiiii...banyaknya. Tak cukup 1 kereta. Almaklumlah dah dekat sebulan dekat hospital tu. Lepas hantar barang je terus nak makan dekat luar. Dah lama sangat tak tengok dunia luar lah katakan. hehehehee....
Dugaan kami belum habis lagi sebenarnya. Masih ada dugaan besar yang kami tempohi awal tahun tempoh hari.
Masa adik aku di ICU mak aku ada appointment dengan Doctor tentang benjolan pada payudara. Doktor ambil tisu untuk mengatahui apakah sebenarnya benjolan tu. kami harap takde apa-apalah. Doktor tak bagi sebarang keputusan pada masa tu. Dia cuma bagi date baru untuk appointment seterusnya.
Belum sempat appointment seterusnya, mak @ abah aku dapat panggilan dari hospital. Perlu ke hospital segera. Jadi mak dan abah aku pun pergilah ke hospital untuk dapatkan maklumat tentang hasil pemeriksaan sebelum tu.
It is a breast cancer! Mak dengan abah terima keputusan dengan tenang sekali. Abah sampaikan pada kami dengan tenang. Walaupun doktor tak pasti stage berapa doktor nasihatkan supaya remove part yang ada benjolan tu. Mak dengan abah dah setuju dan pembedahan akan dilakukan pada minggu depan.
Rasa nak gugur jantung masa dapat berita tu. Kanser????? Ya Allah besar sungguh dugaan untuk kami. Tapi aku kagum dengan mak dan abah. Sangat tenang dan kelihatan sangat redha dengan ujian yang diberiNya.
Mak aku dimasukkan ke hospital pada 16 Februari 2010 (cuti CNY) dan menjalani pembedahan pada 17 Februari 2010. Abah, aku, kakak aku, adik-adik aku semua ada di hospital masa mak buat pembedahan. Perasaan kami pada masa tu Allah je yang tahu. Keluar masuk Operation Theatre (OT) tak sudah-sudah. Mak disorong masuk ke OT pada pukul 10.30 pagi dan keluar daripada OT pada pukul 3 lebih. Lega hati kami nampak mak ditolak keluar. Tapi mak tak dibenarkan masuk ke Wad Kelas 1 kerana ikut kata Doktor mak perlukan pemerhatian rapi selepas pembedahan. Sehari selepas tu baru dibenarkan dipindahkan ke Wad Kelas Satu semula.
Maka bermulalah semula kehidupan aku dan keluarga di hospital. Minggu pertama mak di wad aku ambil cuti untuk teman mak pagi dan malam. Pada minggu kedua dan ketiga aku teman mak malam je. Siang adik aku dan hujung minggu kakak aku. Penat memang penat tapi tanggungjawab kan. Apa sangatlah yang boleh kami berikan pada waktu seperti itu selain daripada semangat. Itu yang mak perlukan. Semangat dan doa anak-anak tersayang. Abah macam biasa akan berulang ke hospital 3 kali sehari. Abah nampak letih. Tapi abah kuat. Setiap hari berpanas berhujan. Sekalipun tak pernah merungut.
Mak dibenarkan keluar daripada hospital bila air dan juga darah dari kawasan yang dibedah tu berkurangan. Semangat emak memang kuat. Siapa je melawat mak mesti cakap mak nampak macam tak sakit. Alhamdulillah. Semoga emak segera pulih.
Kepada semua yang menziarah dan juga mendoakan mak, berbanyak-banyak terima kasih aku ucapkan. Kepada sahabat baikku (u know who u r), terima kasih kerana sentiasa berada di sisi.
mak diinterview oleh doktor sebelum pembedahan
makanan orang sakit. tak bestnya kan? hehehehe
No comments:
Post a Comment