Friday, December 18, 2009

My Baby Boo.

Peace be upon u!

Huhuhuhuuuu.....my baby boo buat hal lagi. Tengah elok-elok jalan dia boleh mati enjin.Langsung tak bergerak. So apa lagi. Aku pun call lah tukang penyelesai masalah aku. heheheee.So malas nak cerita banyak, korang layan gambar je lah ya....










Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Thursday, December 3, 2009

Breakfast n Lunch for Today

Breakfast for today:
  • Premix Cocoa Drink with Oat
  • ISO3 : Collagen
  • ISO5: Mix Fibre

Lunch

  • Vegie Sardine Tortilla
  • Green Apple

Interval

  • Oat Krunch

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, November 30, 2009

Timbangan Keempat

Peace be upon u...

Kecewa tak dapat timbang sbb timbang tak beli lagi...huhuhuhuuu.....Next week lah....Setakat ni cuma dapat reduce dalam 2.5 kg dalam sebulan...teruk kan...Kene double tripple bulan depan...huhuhuhuuu...
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

My Weekend

Peace be upon u...

Weekend yg tak productive. Sabtu dok lepak sehari suntuk. Tak pi jogging sbb anak buah aku nak pi tengok lembu kene korban. So aktiviti ari sabtu cuma lepak je kat umah.

Ahad plak pepagi aku pi agensi beli barang nak hantar kat regular customer aku. Pas hantar barang aku balik. Lepak lagi. Petang aku ngan ain n kak nor gi JJ Kepong nak fetch Aphyd. Aphyd keluar kul 6 kitaorg p lepas asar. Nak jenjalan jamu mata dulu. lepas jamu mata jamu tekak plak. memula p food court tapi bila aphyd dah sudah abis keje dia kata nak makan steamboat. Johnny's lah apa lagi....


So pi lah Johnny's. Ni yg kitaorang makan



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha!

Salam Aidiladha buat semua...

Hari raya dah rupanya arini.Hmmm sekejab je rasa. Macam baru semalam sambut raya puas tetibe dah raya haji dah...sekejab je kan?! betulalah org kata bila kita semakin tua, hari semakin pantas berlalu tanpa kita sedar.

Sambutan aidiladha aku macam tahun2 dulu. Meriahnya cuma rasa masa memasak jamuan raya jer. Lepas tu mmg tak rasa apa pun. Aidiladha setakat berkumpul makan bersama-sama satu keluarga selepas solat sunat aidiladha dan lepas tuh melengkor depan TV.Huhuhuhuuu...Bosan kan?!

Bila aidiladha org yang sibuk cuma abah aku ngan adik bongsu aku sbb abah dengan adik aku je yg ada tugasan kat masjid ngan surau...bantu acara korban. Tapi tahun ni kat tempat aku korban buat raya ke-2 sbb raya pertama kan Jumaat.Masa pendek so masjid ngan surau sumer buat raya ke-2. Taklah terkejar2 sbb nak solat jumaat kan. Makanya aktivti raya pertama adalah membongkang depan TV beramai2...hehehhehee...

Okaylah.Aku nak kasi tunjuk skit sebahagian hidangan raya kami yang dimasak oleh chef terkenal seluruh keramat iaitu Chef Fatimah @ Eton....mak aku daaa...hehheheheheh...nasi himpit (raya haji tak buat ketupat n lontong), sambal sotong kering, rendang ayam, rendang campur, sambal goreng, kuah kacang, kuah lodeh, hati goreng santan, paru goreng berempah n kurma ayam..n puding cocktail.....yummyyy....


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, November 25, 2009

Happy Birthday Brotha!

Selamat Hari Ulang Tahun Yang ke-20 aku ucapkan kepada adik aku, Mohd Azmie Mohd. Salleh @ Amie @ Achik.

Aku doakan semoga dia:

Dipanjangkan Umo,
Dimurahkan rezeki,
Diberi kesihatan yang baik,
Dilimpahi rahmat dah hidayah Allah,
Dijauhi dari perkara-perkara mungkar.

dan yang penting sekali:

Menjadi anak yang soleh,
Menjadi adik yang mendengar kata,
Menjadi abg yang penyayang,
Menjadi hamba yang taat dan patuh pada ALLAH.

Walaupun aku dengan dia mmg tak rapat sangat (dan selalu bercekau sebenarnya..huhuhuhuhuu), tapi sebagai kakak, aku tetap sayangkan dia.
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

My Baby Boo!!

Assalamualaikum Sumer!

Aku baru sampai umah sebenarnya ni. Penat. Tapi sbb aku baru dapat suntikan semangat kat Agensi malam ni so mata aku takleh nak tido. Tu sbb aku boleh memblog malam2 buta ni.:)

Nak citer skit pasal Baby aku. Tadi aku bawak dia pi jumpa Doc. Dah berapa minggu dok menangis tak kira masa sampai org yg dengar pun kesian so aku bawaklah jugak. Bukan aku taknak bawak awal2. Aku dah plan few times dah nak gi tapi ada je halangan. Kawan aku yg tersayang tu bz lah, Doc balik kampunglah, Clinic ramai orglah. So tu yg sampai arini baru leh dapat bawak dia pi jumpa Doc.

Hmmm...tengah peninglah korang tu sbb dok pk bila masa plak aku beranak ek? Kahwin pun blum kan?hehhehe...Baby Boo aku tu nama dia WAJA. Clinic aku tu kat Glenmarie..Doc tu mechanic kat EON tuh.....Nangis tu maknanya alarm dia menjerit2...hehhehehheee..Faham dah? :)

Citer sebenarnya kete aku dah berapa minggu dok menjerit tak pasal2. Aku ingat kat umah je tapi sampai opis pun sama rupanya. Memula aku tak tau dia wat hal kat opis. Tapi few days back masa aku nak balik, pengawal yg jaga parking tu tahan kete aku. Aku ingat sbb apa ,rupanya dia bagi tau aku alarm kete aku selang 10 min berbunyik. Terkejut badaklah aku. Naik risau terus. Mau idak. Kalau ari2 macam tu abislah bateri kete aku. Bateri dah lah mahal...aku beli RM260 kat AAM dua tiga bulan lepas. Mahal tuh. Takkan baru ganti aku nak ganti lagi kan? Tu pasallah nak tak nak aku kene gi gak Glenmarie. Aku kalau kete ada hal mmg bawak gi sana je. Senang sbb expert dia kat sana. Kete proton kan baik aku hantar kat proton gak. Senang kalau ada aper2.Lagipun best pren aku yg tolong bawak aku gi sana ni mmg kenal baik ngan budak mekanik kat situ. SO sangatlah mudah. Boleh potong Q lagi...hehehheheeh...

Sampai sana terus bagi kete kat mekanik tu (takleh sebut nama takut boss dia tau dia bagi aku potong q...hehhehe). Dia pun checklah. Tapi kan lepas check dia kata sumer ok.Hmmm...ni yg aku malas ni. Kalau ngan aku manangis sokmo tapi dah depan Doc dia baik je plak. So mekanik tuh soh aku tinggal kete sehari dua sbb dia nak kene tengok. mana boleh tinggal sbb malam ni aku ada kelas. Patah kaki aku kalau takde kete ni. Tibe2 aku teringat...6 Dec nanti aku nak outstation. Family vacation gitu. So aku mintak bestpren aku tolong hantarkan masa tu je lah. Dia kata ok no problem. So aku bawak baliklah kete dulu. Tapi sebelum balik, best pren aku kata baik cabut alarm dulu utk elak dia bunyi. So sementara nak tunggu 6 Dec ni aku bawak kete takde alarm lah dulu.

Here's some pics...pic aper2 tah..yg penting pic kat sana...pic ngah discusslah ngah tengok kete lah ngah tunggu lah.....tengok je lah ek....hehhehehee


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, November 23, 2009

Monday Blues!

Peace be upon u....

Hmm...cam takde apa nak citer sebenarnya. Tapi nak post jugak. Sbbnya kalau lama tak post nanti jadi malas...hehehheheee..

Okaylah arini yg paling best aku dengar tentang citer org dapat side income sampai RM4k++ pada 3 bulan join bisnes yg sama ngan aku.Bulan 1 dia dapat RM600++ jer, bulan kedua dia dapat RM90 jer (sbb tak ikut perancangan) bulan ketiga dia akan dapat RM4k++. Sedang menunggu cek sampai umah.Memang hebat.

Memang teruja aku dengar. Makin bersemangat aku nak serious bebetul dalam bisness aku ni...Korang doakan aku ya. Aku taknak main2 n sambil lewa lagi...Semoga impian aku nak diraikan di Stadium Putra Bukit Jalil tercapai. Amin....
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, November 22, 2009

Timbangan Ketiga

Peace be upon u!

Hi guys! Pejam celik dah masuk tiga minggu aku berdiet. Dan arini aku buat timbangan ketiga untuk melihat progressnya. Naik ke turun ke berat aku ni. Minggu ni aku rasa aku kurang excercise walaupun makan aku control lagi. Sbb weekedays aku rasa aku kurang excercise, so weekends aku pulun 2x sehari. Pagi ngan malam/petang. Semangat lah konon. Hehehhehe...Aku agak puas ati sebenarnya sbb kalau memula dulu nak cycling 30 min macam seksa sangat. mmg hazab sangat oooo....tapi alhamdulillah now 30 min dah ok dah. Yg lagi best aku dah bleh buat 40 min. best sangat aku rasa. Tapi tak cukup sebenarnya. Aku nak up sampai 1 jam dan lebih lagi. Insyaallah. Doakan aku ya.

Aku tau aku kene kuat semangat. Nak excercise ni kalau tak kuat semangat mmg hancuss lah. Tak kuasa nak berpenat2. Huhuhuuu... Tapi semalam aku dapat semangat baru. Sesuatu yg boleh menaikkan semangat aku untuk terus bersenam dan berdiet. Korang nak tau apa? Semalam aku tengok Biggest Loser Finale.Aku tak sure musim berapa punya. Yg menang tu (aku tak hengatlah nama dia), berjaya kurangkan berat dia sebanyak 214 pound dalam masa 6 bulan.Berat asal dia 407 pound dan lepas 6 bulan dia tinggal 193 pound je. Hebat tak hebat kan? Bagi aku sangat hebat. kenapa dia boleh buat semua tuh dan aku tak boleh? Mmglah aku tak boleh dapat sebanyak tu sbb aku tak ikut mana2 program tapi buat2 sendiri jer. Tapi itu tak bermakna aku tak boleh. Kalau dia boleh kurang sampai 200 pound lebih takkanlah aku tak leh kurangkan 50 pound kan? mesti boleh punya. Go Go Aida Go...Korang tolong doakan aku ya.

Okaylah balik kepada top[ic asal aku. Timbangan ketiga. Aku dengan bersemangat sekali nak buat timbangan malam tadi. Dengan trainer aku lah siapa lagi kalau bukan adik aku. Fuhhhh...nak pengsan aku sbb berat aku naik. Aku tak puas ati adik aku pun tak puas ati. Takkanlah aku tak makan pastuh exercise bagai tapi berai naik. So naik balik timbang. Mak aiiii...lagi terkejut.51kg. Naik lagi sekali 51kg gak. SAH TIMBANG ROSAK....huhuhuhuhuu...kecewa aku. So untuk this week takde timbangan. Kene beli timbang baru. Kita tengok next week pulak macam mana...huhuhuhuhu...
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Saturday, November 21, 2009

TT Session @ Studio Cafe

Blog entry dulu je...hehehhe
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Friday, November 20, 2009

Putrajaya oh Putrajaya!!!

Salam All...

Aku bukan nak citer pasal Putrajaya sebenarnya tapi nak citer pasal pengalaman aku pi Putraya pagi tadi...Aku kene attend meeting kat MOE pagi tadi. Meeting start @ 9.00 pm kat Bahagian Buku Teks, Parcel E. Aku kuar umah awal sbb takut jem. Aku ikut MAJUEXPRESSWAY.

Alhamdulillah highway sangat bagus tak jem langsung. Aku sampai Putrajaya kul 8.00 lah lebih kurang. Lepas kuar tol aku pun terpk2 lah apa aku nak buat sampai awal2 ni, meeting start kul 9.00. Tengah aku terPK2, skali, opsss....aku nampak kete depan aku sumer bergerak dengan sangat perlahan. Jemmmmmm...uikkk...aper pasallah jem? aku ikut line kanan sekali sbb aku ingat aku kene gi Parcel C.Aku nampak yang nak masuk Parcel C semua sangkut. Jem tak hengat punya.Aku rasa lega sbb aku nak p Parcel C. Sekali sampai Parcel C baru aku tersedar...alamak salahlah...MOE kat Parcel C. So aku kenelah pusing balik. Bila dah pusing balik makanya aku pun tersangkutlah dalam jem yg aku tak tau punca tu. Banyak sangat kenderaan yg nak masuk Parcel C. Bengangnya aku tengok. Apa kejadahnya diorg ni sumer nak gi MOE pagi2 buta ni? takkan staff MOE plak seramai2 ni? uissshhh muyskil tul...Aku berjaya gak masuk pagar Parcel C tu lepas dekat setengah jam tersangkut kat jem tuh.

Masuk je gate MOE tuh aku sedar aku akan menghadapi masalah lagi...Masalah nak parking...Ya mmg betul. Aku kene pusing 4 kali baru aku dapat parking. Itupun aku parking kat tepi jalan. Memula cuak gak lah nak parking situ tapi dah semua org parking. Double layer lagi. So kebetulan aku nampak ada satu ruang yg aku rasa ngam nak masuk WAJA aku tuh. So aku gamble je lah. Aku parking je dengan selambanya. Tapi aku tinggal gak kad aku kat dashboard tu. Kot2 ada org nak keluar tak boleh kang bolehlah diorg call aku.Dalam berani2 ada takut gak sebenarnya..heheheh...Dah aprking aku terus lah terlari2 nak pi meeting room sbb masa tuh jam dah kul 8.50 pagi. (Tak payah lah korang susah2 nak bayang kan aku berlari2 ngan kasut tumit tinggi aku ya....). Aku sampai meeting room jam tepat kul 8.55. Fuhhh....nasih baik Dan yg lagi nasib baik ramai lagi yg tak sampai. Kira aku antara yg terawallah...hehhehe...Mesti diorang pun tersangkut dalam jem n masalah nak parking semua tu...Kesian...

Sebenarnya aku mmg bercinta kalau kene pegi MOE sbb aku tau parking kat sana mmg sangat susah. Aku pun pelik gak secanggih2 bangunan kat sana tuh kenapalah diorg tak buat basement parking banyak2 Kan senang org nak parking. Ni dah kene menapak jauh pastuh ntah mana2 parking je dapat. Tension tul. Harap2 janganlah aku kene gi MOE lagi pasni...huhuhuhuuu...

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, November 18, 2009

Jemu Jelak

Salam All...

Korang nak tau tak apa yg aku jemu jelak?

hmmm sebenarnya aku dah jemu jelak makan buah ngan sanwich...huhuhuhuu..mau tak jemu kalau sejak 1 November 2009 menu lunch aku ari2 sandwich ngan green apple...ari2 okay (kecuali last week lah yg aku termakan kueh tiaw sbb ada course n aku tak sempat nak wat sandwich)...green apple yg dulu aku rasa masam skang dah tak rasa aper dah...sedap je lalu kat tekak...cumanya kalau ari2 dok ngadap benda tu mau tak jemu jelak...walaupun kekadang aku tukarlah roti wholemeal, tortilla, croisant (betul ke spelling ni?ahaksss)...tapi jemu gak...nak makan benda lain plak....uhuukkkssss....

korang ada tak cadangan lain untuk aku? aku tak nak benda2 oily, nasi, mee (segala jenis), pasta (segala jenis-walaupun aku giler suka). aku nak benda2 yg leh kenyang tapi menyihatkan...tolonglah bagi idea....
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

SPM

To my beloved brotha;

Mohd. Azree @ Acu Adik

To achieve great things,
We must not only act,
But also dream,
Not only plan but also believe,

Best wishes for your SPM Acu!
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, November 17, 2009

My Weekend

Aku tersangatlah bengang sebenarnya sbb aku tak dapat nak upload gambar2 aktiviti aku bersama keluarga aku...weekend yg penuh dengan aktiviti bersama keluarga...best sangat...aku tak dapat nak upload lagi sbb USB kabel aku ntah mane peginya. Dah carik kat opis kat umah sumer tak jumpa....aku kene geledah lagi lah nampaknya. Sebenarnya perkara yg paling aku malas n tak suka nak buat adalah MENCARI. tak kiralah cari apapun...tak sukanya bila carik tak jumpa...kalau cari tak jumpa tu yg buat BP aku naik...itu pasallah aku malas nak mencari....Tapi disebabkan gambar2 yg perlu didownload tu aku akan cari juga....doakan aku jumpa cepat ya...

Sehingga aku berjumpa dengan USB kabel aku aku listkan dulu aktiviti aku sepanjang hujung minggu lepas.

i) Berjogging with Mak, Kak Nor,Aphyd n Ain di Lake Garden
ii) Bersarapan pagi di NZ Curry House with Mak, Kak Nor, Aphyd n Ain
iii) Bershopping di Giant with Mak, Kak Nor, Aphyd n Ain
iv) Bershopping di Alpha Angle, Wangsa Maju with Kak Nor, Aphyd n Ain
v) Pameran Pengantin Malaysia 2009 di PWTC
vi) Makan Dim Sum di Quality Hotel with Kak Nor, Aphyd n Ain

3/12/2009

Akhirnya aku jumpa gak USB aku...so ambik gambo ni utk tatapan korang...


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!