Thursday, October 4, 2012

Selamat Menunaikan Fardhu Haji Abah, Mak, Kak Nor

Hari yang ditunggu telah tiba. Malam semalam, Abah, Mak dan kakak aku telah selamat terbang ke Tanah Suci untuk mengerjakan fardhu haji. Bersyukur sangat sebab hasrat abah dan mak untuk menunaikan fardhu haji untuk kali kedua tercapai. Tapi kali ni abah dan mak akan ditemani oleh kakak aku.
 
Walaupun gembira tetapi aku gagal mengawal air mata semasa menghantar mereka. Sebak dada. Berkali-kali cuba ingatkan diri, mereka ke sana untuk beribadah, tolonglah jangan nangis sebab kalau aku nangis nanti diorg pun sama sedih. Tapi memang aku gagal. Aku lemah bab tu.
 
Seumur hidup aku, ini kali kedua aku berpisah dengan abah dan mak untuk tempoh yang lama. Kali pertama masa mereka menunaikan fardhu haji buat kali pertama pada tahun 2000. Selain daripada tu memang aku tak pernah berpisah dengan mereka. paling-paling lama pun dua minggu. Tu yang buat aku sedih sangat.
 
Masa menaip ni pun aku sebak sangat.  Jadi aku tak boleh cerita panjang. Aku berdoa agar abah, mak dan kakak aku dipermudahkan segala urusan di sana, diberi kesihatan yang baik, mendapat haji yang mabrur dan selamat kembali ke tanah air dalam keadaan sihat. Abah, Mak, Akak - Kami sayang kalian semua. Sangat-sangat sangat.
 
Kepada kawan-kawan semua, aku mohon tolong doakan insan-insan kesayangan aku ni juga.
 
Ya Allah,
Peliharalah kedua ibu bapa ku dan juga kakak ku, 
Berilah kesihatan yang baik kepada mereka,
Permudahkanlah segala urusan mereka di Tanah Suci,
Terimalah segala amal ibadat mereka,
Berilah mereka haji yang mabrur
dan
Kembalikanlah mereka kepada kami dalam keadaan sihat juga.
Amin...
 
 
Aku dengan mak tersayang dan 3 cucu kesayangan mak

Aku dengan Abah tersayang

Mak Usu aku dengan 2 menantunya- Zila dan Dr. Safinaz

Abang aku yg kiri sekali dengan dua sepupu aku,
Dr. Ridhuan (tengah) dan Abg Idi (kanan)

Adik dan adik ipar aku-
Dari kiri - A'a, Anie, Ain, Aphyd & Adik

Mak dan kakak aku dengan anak buah abah -
Kak Ina dan Kak Mona

Dah nak masuk dalam masa ni...
 

Bye abah! Jaga diri baik-baik tau!



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Friday, September 28, 2012

Aku Sudah Jatuh Cinta

Aku sudah jatuh cinta. Arghhhhh......

Opssss jangan salah faham ya kawan-kawan. Bukan dengan orang tapi dengan Lite Breakfast with Richard & Sara @ Lite.FM. Lite Breakfast ke udara daripada pukul 6 pagi -10 pagi. Aku cuma berkesempatan dengar masa dalam perjalanan ke pejabat je.
 
Richard
(Photo credit to http://www.litefm.com.my)
 
Yang buat aku suka Lite Breakfast with Richard & Sara @ Lite.FM ini adalah topik-topik yang dibincangkan. Bukan topik kosong tapi banyak informasi. Jadi dalam hiburan banyak ilmu juga yang boleh kita dapat. Sebelum ni memang aku suka dengar Sinar sebab Krill (aku minat Krill ok, tolong jangan gelak). Tapi bila aku bump into Lite.FM aku rasa macam best je. Jadi terpaksalah aku tinggalkan Sinar.FM. Tapi bila rindu nak dengar suara Krill aku dengar gak sekali sekala (tapi masa Lite.FM siar lagu tak berkenan kat aku lah...hehee).
 
Inilah cerita jatuh cinta aku. Heheheeeee......
 


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, September 26, 2012

Smile!


Smileeeee!!!!
Have a good day ahead guys!

(Photo credit to http://www.rafaholics.com)


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, September 25, 2012

Rumah Terbuka Aidilfitri Haji Salleh

Siapa Haji Salleh tu? Abah aku lah siapa lagi...hehehehheee...

Sebenarnya ini merupakan entri tertunda. Lama nak update tapi tak ter update2 pun. Sorrylah sbb siar cerita basi ya kawan-kawan.

Majlis rumah terbuka abah aku (dan keluarga aku) diadakan pada 15 September 2012 yang lalu. Kali ni sedikit istimewa kerana kami sekalikan dengan kenduri doa selamat abah, mak dan kakak aku nak menunaikan fardhu haji.

Jadi jemputan dibuat berperingkat-peringkatlah.  Sebelah pagi seawal pukul 11.00 pagi, dimulakan dengan bacaan yassin dan doa selamat. Jemputannya sudah semestinya kawan-kawan mak abah aku dan saudara mara terdekatlah. Alhamdulillah ramai yang memenuhi undangan mak dan abah. Ni antara tetamu mak dan abah yang hadir.





 
Selepas pukul 1.00 tengah hari barulah bermula jemputan aku dan beradik yang lain. Tahun ni jemputan ala kadar je lah jugak. Ada adik aku yang kurang menjemput kawan-kawan. Tapi yang istimewanya open house tahun ini adalah menunya kerana aku kira 90% makanan yang dihidangkan dimasak sendiri oleh kami. mak sebagai ketua chef dan kami sebagai ass chef. Memang penat tapi sangat seronok bila tengok orang suka makan. Nasi dan lauk-lauk memang semuanya mak aku yang masak (dengan bantuan kamilah). Dan desert pulak yang modern semuanya kami buat sendiri. Cuma kuih-kuih tradisional sahaja yang kami tempah sebab tak cukup masa nak buat semua benda (walaupun kalau ikut hati semua nak buat sendiri...heheheh). Ni antara menu kami. Silalah layan gambar ya.
 

 








 

Menu yang aku buat sendiri : Steamed Choc Cake with Choc Ganache, Blueberry Cheese Tart, Kek Batik dan Blueberry Cheese Cake (Tak sempat ambik gambar..:-)) Aku buat steamed choc cake 2 biji (saiz 8 inci), Blueberry Cheese Tart 180 pcs, Kek Batik 2 biji (saiz 9 x 9) dan blueberry cheese cake 1 biji. Semuanya selesai tak sampai ke petang. Alhamdulillah.




Kek Batik resepi kawan aku Kak Radz. Memang sedap sehhhh...Thanks Kak Radz for the receipe.
Jemputan aku kali ni macam biasalah daripada kawan sekolah, kawan kolej, kawan opis dan kawan lain-lain.

Kawan sepejabat yang hadir tak ramai mana tapi kepada yang hadir terima kasih ya - Suzanti (susah-susah datang awal pagi sebab nak ke Teluk Intan kemudiannya), Kak Hawa dan keluarga, kak Ton dan keluarga, Faida dan keluarga, Linda dan Abg Hamzah, Diana dan keluarga, Ery dan keluarga, Kak Mai dan keluarga dan tak lupa yang cukup istimewa Timbalan Ketua Pengarah DBP, Encik Kamarul Zaman Shaharudin dan keluarga. Terima kasih Encik Kamarul kerana sudi memenuhi jemputan abah. Abah aku mantan staf Encik Kamarul masa dia baru mula kerja dulu. Encik Kamarul memang sangat baik. Jarang sekali undangan abah tak dipenuhi selepas abah pencen ni walaupun rumah dia dengan rumah aku bukannya dekat. Terima kasih Encik Kamarul. Kepada yang lain-lain juga aku ucapkan terima kasih kerana sudi singgah ke teratak kami.

Encik Kamarul bersama-sama isteri dan dua anak dara mereka.
Kak Li sempat buat peace lagi...hehehehhe 
 
Abah dan Mantan Bossnya, Encik Kamarul

Kak Hawa bersama suami dan anak
 
Ery, dengan mak dan Abg Krul
 
Senior officer aku, Kak Ton dengan keluarga

Kawan sekolah rendah yang sudi datang juga aku ucapkan terima kasih. Alyn dan keluarga (kawan ketat aku ni kalau tak datang mmg kena sembelih ngan abah ngan mak...heheheh), Cikja dan keluarga dan juga Maria dan keluarga. Terima kasih ya kawan-kawan.

Kawan aku dalam industri buku, Faiz al-Shahab yang datang dari jauh jugak terima kasih banyak-banyak ya Faiz. Kesian anak ko kena marah ngan aku. Tapi korang yang suruh kan? hehehehee....Faiz ni anak penulis terkenal, Aina Emir tau kawan-kawan. Kalau korang rajin baca novel melayu sure korang kenal Aina Emir.

Kepada satu-satunya kawan kolej yang masih berhubung dengan aku tak lain dan tak bukan Ina, terima kasih ya Ina. Anak ko mmg peramah habis tau. Hehehehheee....

Kawan-kawan aku masa zaman sibuk berFC dulu jugak tak ketinggalan. Geng-geng Za8FC, Angahku -Tisha dan keluarga, Achikku Odah dan keluarga, Kak Belle dan keluarga, Kak Suzie dan keluarga, Yanz, Anas dan hubby, CT dan ehem2, Epul & Mrs Wifey, Adek & Apai, Kak Kin dan Abg Ajaq sekeluarga dan last but not least Zahid Baharuddin Juara AF2. hehehehee...Terima kasih semua sebab sudi luangkan masa.

Say cheeseeee - kak Belle dan Yanz

Anas dan hubby


Ct dan hmmmm...

Kak Suzie dan bala tentera (ala baru nak masuk 4...ok lah tu kak)

Apai, Zahid, Epul & Mrs. Wifey

Adek, Apai & Zahid

Za8FC Mini Gath :-)
Ehhhh tak lupa jugak trainer aku, Mohamad Ammar Yassir Yasin yang sudi datang. Thanks Ammar. Dulu kami sekampung (kampunglah sangat...), Parents dia pun dok keramat sebelum ni, tak jauh pun dari umah aku, bleh jalan kaki gitu. Tapi diorg baru je pindah Gombak. So dah tak sekampung lagi lah.hehehehe.Tak dapat sembang panjang pun dengan dia. Tapi ada lah sekejab aku dok sembang. Soalan dia, bila nak jumpa dia ni. Opssss.....mmg nak sangat. Rindu PT session tapi keadaan tak berapa mengizinkan. Insyaallah soon. Aku tak carik trainer lain punya. Mmg dah selesa dengan dia. Insyaallah dalam masa terdekat yg tak tau berapa dekat tapi harap tak lah jauh sangat kan?!
 
Kepada kawan-kawan semua, mintak maaf banyak -banyak kalau terkurang layanan. Org ramai. jadi aku mmg tak boleh nak layan sorang-sorang. Aku rasa paling kurang dapat layanan Cikja sbb dok kat dalam, Maria sbb dok sekali dengan alyn (hehehehee....alyn bleh sembang ngan dia), kak hawa dan mungkin jugak yg lain2. Tapi Zahid pun aku tak layan sangat sbb dah ramai kat table tu kan? hehehehee...Sorry ya guys. jangan serik datang tau. Korang datang serentak so aku kena bagi masa untuk pergi banyak2 meja kan?!! Sorry ya guys. Apapun aku sekeluarga ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana sudi datang umah kami. Insyaallah tahun depan kita jumpa lagi ya.


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Rafaholics!!!

Banyak benda nak cerita tapi mood bloging merudum sikit sebab tengah sibuk sikit.
 
Tapi hari ni ada short update. Tak pentingpun tapi nak update jugak. Hehhehhee....
 
Sebenarnya hari ni aku nak declare diri aku sebagai RAFAHOLICS! Jadi kalau lepas ni dalam blog ni banyak cerita pasal Rafael Nadal korang sudilah membacanya tanpa jemu ya. :-)
 






 
(All photo was taken from google image)





Terima kasih kerana membaca. Have a good day!