Monday, December 31, 2012

Selamat Tinggal 2012 dan Selamat Datang 2013

Assalamualaikum Semua!
 
Cepat betul masa berlalu. Terasa macam baru semalam je sambut kedatangan tahun 2012. Rupa-rupanya tahun 2012 dah sampai ke penghujung. Bagi aku tahun 2012 tidak meninggalkan banyak sangat kenangan. Tidak banyak peristiwa penting berlaku sepanjang tahun ini. Semuanya macam biasa-biasa sahaja. Walau bagaimanapun aku nak berkongsi tentang peristiwa pahit manis yang tidak dapat aku lupakan pada tahun ini.
 
Yang Manis
 
1.  Percutian Keluarga di Sydney & Melbourne, Australia
 
Tahun ni merupakan kali ketiga aku bercuti di Australia (2010 - Perth, 2011 - Sydney). Walau bagaimanapun percutian kali ini menjadi lebih bermakna berbanding percutian sebelum ini kerana pada tahun ini aku bercuti dengan seluruh keluarga (opsss...kecuali abg dengan kakak ipar aku yg tak dapat ikut serta). 14 orang kesemuanya - Abah, Mak, Kak Nor, Aku, Aphyd, A'a & Anie, Ain & Lan, Amie, Adik dan 3 orang anak buah aku, Wan, Jijie & Ayoi. Percutian selama 12 hari itu  memang meninggalkan banyak kenangan manis buat aku dan keluarga.
 
 
 
 2.  Lawatan Kerja ke Frankfurt, Jerman
 
Aku sangat gembira kerana tanpa aku duga tahun ini aku telah dipilih oleh DBP untuk ke Frankfurt, Jerman sempena Frankfurt Book Fair 2012. Aku pernah ke Frankfurt pada tahun 2010 tetapi pemergian pada tahun tersebut bukan ditanggung oleh DBP. Memang tak pernah terfikir dan tak pernah terjangka yang peluang seperti ini akan hadir dalam hidup aku. Aku sangat-sangat gembira dan sangat-sangat bersyukur.
 
 
 
3.  Musim Haji
 
Musim haji tahun ni menjadi sangat bermakna dalam hidup aku kerana pada tahun ini abah dan mak aku dapat memenuhi hasrat mereka untuk menunaikan fardhu haji buat kali kedua dan kakak aku pula dapat memenuhi impiannya untuk mengerjakan haji pada usia yang masih muda. Alhamdulillah. Syukur kehadrat Allah.
 
 
 
Yang Pahit
 
Aku rasa tahun 2012 ini tiada peristiwa pahit yang sangat memberikan kesan terhadap aku. Mungkin sedikit pahit tetapi tidaklah terlalu pahit.
 
Inilah sebahagian daripada kenangan hidup aku bagi sepanjang tahun 2012 ini. Begitulah kehidupan. Ada pahit dan ada manis. Aku berharap dan berdoa agar tahun 2013 menjadi lebih baik daripada tahun 2012 buat aku dan keluarga. dan juga buat kalian rakan-rakan aku semua. Insyaallah.
 
SELAMAT TINGGAL 2012
&
SELAMAT DATANG 2013
(2013, PLEASE BE GOOD TO ME)
 



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

5 comments:

dekdaa said...

Segala pengalaman pahit / masin / pedas + tak best adalah guru terbaik utk masa hadapan kak :-)

Cho Zila said...

ala nak buat entryni tak sempat2 lagi..

Cho Zila said...

yang pahit kalau adapun dilupakanlah...

Ummu Madihah said...

Salam Da,

Cukup lama awk menyelam, baru timbul ya! Moga tahun 2012 memberi banyak pengajaran utk kita menjadi manusia yang lebih baik pada tahun 2013 dan seterusnya selama mana kita diberi usia!

Aida Salleh said...

deida - betul tu dik...setuju sangat...

cho zila - cepat sis jgn sampai terlambat..:-

ummu madihah - saya kan berat kak tu yg tenggelam lambat timbul. hehehehee....insyaallah kak...