Susah betul kalau kita punya hati yang sangat sensitif kan? Cepat terasa dengan apa sahaja yang berlaku. orang marah kita terasa, orang tak bercakap dengan kita kita terasa, aku buat itu kita kecil hati, orang buat ini kita kecil hati. Huhuhuhuhuu...
Sebenarnya aku punya masalah yang satu ini. Cepat terasa. Cepat sensitif. Aku pun lemas sebenarnya. Dan banyak kali cuba berubah tetapi masih belum berjaya. Aku sangat sangat cemburu dengan adik dan juga kakak aku yang sangat kuat. Tak peduli apa orang kata. Semua diorang tak rasa apa-apa. Tapi aku....Orang tarik muka dan tak bercakap dengan aku pun boleh buat aku menangis. Sedih sangat-sangat. Bilalah aku mampu buang sikap macam ni. Huhuhuhuuu...
Kalau dilihat dari segi fizikal memang aku jauh lebih lasak daripada adik dan kakak aku. Kalau merempit kat jalan bagi lah aku, kalau aktiviti yang agak lasak pun aku rasa aku lagi lasak dari mereka. Tapi kalau bab hati ni memang aku kalah. Aku tak suka sebenarnya jadi macam ni tapi aku sendiri tak tau macam mana nak atasi masalah ni. Huhuhuhuuu....
2 comments:
Hati kaca rupanya kawan ai nie...
jom makan ikan bakar....
Post a Comment