Thursday, May 31, 2012
Terharu!
Tiba-tiba rasa terharu. Thanks buddy for always be with me when i need u!
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!
Wednesday, May 30, 2012
Living in Denial!
Sunday, May 27, 2012
Pertarungan Bermula!
Ishhh jangan salah faham. Bukan aku yang nak bertarung. Tapi pujaan hati aku, RAFAEL NADAL dan ROGER REDERER. hehehehe...
Pertarungan bagi merebut kejuaraan French Open - Rolland Garros 2012 - 27 Mei 2012 - 10 Jun 2012.
Aku harap kedua-dua hero aku kan ke pertandingan akhir. Untuk ke pertandingan akhir, Roger Federer perlu terlebih dahulu menyingkirkan seteru utama mereka, Novak Djokovic. Memang kelihatan sukar tapi tak mustahil aku rasa.
Semoga impian aku untuk melihat kedua-dua hero aku bertarung di pertandingan akhir akan menjadi kenyataan. :-)
(Pic credit to http://www.huffingtonpost.com) |
(Pic credit to http://www.huffingtonpost.com) |
Saturday, May 26, 2012
Holiday....
Friday, May 25, 2012
Hilang Belum Berganti
Pada tarikh ini, 57 tahun yang lalu, lahirnya sebutir bintang di bumi berkat ini. Sudirman Haji Arshad nama diberi. Beliau merupakan anak bongsu daripada 7 orang anak kepada pasangan Haji Arshad Hassan dan Ramlah Dahlan.
Beliau adalah penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon. Beliau mula mencipta nama sebagai penyanyi selepas menjadi Johan Bintang RTM pada 11 Ogos 1976. Beliau mendendangkan lagu Seruling Bambu dan Big Spender. Sikap beliau yang spontan pada ketika itu dan suara beliau yang unik ternyata telah memikat hati para juri dan juga masyarakat umum.
Satu perkara yang unik tentang beliau adalah beliau bukan sahaja disenangi dan diminati oleh golongan muda, malah golongan tua dan kanak-kanak juga. Bukan sahaja oleh orang Melayu malah disenangi juga oleh pelbagai kaum yang lain di Malaysia. Buktinya dapat dilihat melalui kejyaannya dalam konsert pada 15 April 1986 di jalan Chow Kit Kuala Lumpur. Konsert gergasi percuma itu telah berjaya memikat dan memukau hampir 100 ribu warga kota yang berpusu-pusu membanjiri jalan itu. Kejayaan ini telah direkodkan dalam Malaysia Book Of Records.
Pada 19 Mac 1989, Sudirman telah dinobatkan sebagai Penghibur Terbaik Asia di " Asian Popular Music Awards". Acara ini diadakan bersama-sama dengan Salem Music Award Festival yang berlangsung di Dewan Royal Albert Hall, London. Beliau merupakan penyanyi pertama Malaysia yang memenangi anugerah tersebut. Sudirman telah mengalahkan 8 orang peserta dari negara-negara Asia termasuk penyanyi hebat Leslie Cheung (Hong Kong) dan Anita Sarawak (Singapura). Dalam pertandingan tersebut beliau telah menyanyikan dua buah lagu Inggeris One Thousand Million Smiles dan Send In The Clown. Lagu One Thousand Smiles dirakamkan dalam bentuk single dan dipasarkan di Eropah.
Antara anugerah lain yang pernah beliau menangi sepanjang hayat beliau adalah seperti yang berikut:
Beliau meninggal dunia pada 22 Februari 1992 pada usia 37 tahun selepas 7 bulan menderita dengan penyakit pneumonia. Walaupun sudah 20 tahun meninggalkan kita semua namun nama beliau, lagu beliau masih segar dalam ingatan kita semua. Pepatah melayu ada mengatan "Yang Patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti". Tapi bagi aku secara peribadi "patah belum tumbuh dan hilang belum berganti".
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
"Dir,
Tuhan lebih menyayangi,
Dari kami, teman mu yang
Tak pernah mengerti.
Dir,
Hanya setelah kau pergi
Kehilangan amat dirasai."
Semoga kau tenang di sana.
Thursday, May 24, 2012
Piala Thomas 2012
♥ Andai Lelaki Tahu♥
Aku salin ni dari FB seorang kawan.
-----------------------------------------------
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!
-----------------------------------------------
♥ ANDAI LELAKI TAHU ♥
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Wednesday, May 23, 2012
Rafael Nadal Beats Novak Djokovic
ESPN.com news services
Nadal Beats Djokovic In Straight Sets
Rafael Nadal beat Novak Djokovic 7-5, 6-3 to win the Italian open.Tags: Italian Open, Nadal-Djokovic, Highlights, Rome Masters
ROME -- Rafael Nadal showed he's still the man to beat on clay, defeating Novak Djokovic 7-5, 6-3 Monday in a rain-delayed final to win his record sixth Italian Open and regain the No. 2 ranking.
After losing to Djokovic in seven straight finals -- including Rome last year -- Nadal has now won two straight against the top-ranked Serb after also capturing the Monte Carlo Masters on clay. Nadal also moved ahead of Roger Federer in the rankings with the French Open starting Sunday.
"I don't think I played that well. I can do better," Nadal said. "When you are not serving 100 percent perfect then you are in trouble because he returns hard. I am trying to play more aggressive and I am hitting the ball better than last year."
Djokovic, drained in Monte Carlo after the death of his grandfather, made 41 unforced errors in this match. His double-fault on the last point gave Nadal his 49th career title and his 35th on clay.
Djokovic has already lost five times this season, a stark contrast to 2011 when he entered the French Open 37-0. His fifth loss last season didn't come until his final event in November.
Nadal did not drop a set all tournament to clinch his third Italian Open victory in four years, with his winning streak interrupted last year by Djokovic. Monday's match was the first time the same players competed in back-to-back finals since the tournament began in 1930.
"He is always the favorite even if I win against him seven times," Djokovic said. "He is the best player in the world on this surface and the two wins I had gave me confidence and I think that the match today was quite close even if he won in straight sets.
Djokovic played well at the start but the turning point came midway through the 10th game when a line judge called the Serbian's shot out. The umpire overruled the decision, but Nadal won the replayed point and then held his serve to make it 5-5.
Nadal acknowledged last year that Djokovic had a mental advantage over him after all those losses.
"You need to accept your losses because this is a game and in this sport you will always lose, but it is normal that you lose and you need to be patient to wait for your moment," Nadal said. "I accept my losses and try to keep being competitive. You win a few points and you lose a few and you can lose a match. Today I won and that's the difference. You don't need to find great things -- it is the small things that make the difference."
Nadal is a six-time champion at Roland Garros; Djokovic will be looking for his first title there. He holds the other three Grand Slam titles, having beaten Nadal in the finals of Wimbledon, the U.S. Open and Australian Open.
"I cannot say that thought is not present. It's there," Djokovic said. "I am going and preparing for a Grand Slam as I prepare for any other big event, with more focus. It's two weeks long and the most important tournament and we always want to deliver out best game. I feel good on the court and I need to make a few adjustments before Paris, but I'll be in top form."
Nadal broke first, in the fifth game of the first set, but Djokovic broke back when the Spaniard netted a forehand. Djokovic appeared in good shape, holding to love. Nadal, meanwhile, was struggling with his first serve.
Then came a long rally that ended with the overturned line call. Had Djokovic won the point, it would have given him two break points. But Nadal held and broke in the next game, drawing Djokovic to the net before sending a sharp volley past him. Djokovic was so angered he smashed his racket against a net post and drew a warning.
Nadal took the first set with the second of three set points after Djokovic hit long. And the Serb was immediately broken again in the second set as Nadal took control
(Sumber: http://espn.go.com)
Tersenyum lebar aku lepas baca berita di atas hari Isnin lalu. (Baca isnin tapi hari ni baru nak blog.hehehehe. Almaklumlah aku kan baru makan vitamin R- bak kata kak Kasihredha. hehehehe) Memang aku sangat-sangat gembira. Aku kan peminat setia Rafael Nadal dengan Roger Federer. jadi kejayaan kedua-duanya sudah pasti buat aku sangat-sangat sangat gembira. (Tapi kalau Rafa bertemu Roger aku perlu minta maaf kat Roger lah sebab aku pilih Rafa. Hehehehe).
1 | Novak Djokovic |
0
| 11800 | |
2 | Rafael Nadal |
1
| 10060 | |
3 | Roger Federer |
1
| 9790 | |
4 | Andy Murray |
0
| 7500 |
Aku rasa tidak mustahil untuk Rafa menduduki tangga teratas dalam senarai terbaik dunia ini dalam tempoh terdekat. Semoga impian aku untuk melihat Rafa kembali menjadi pemain no. 1 dunia, diikuti dengan Roger Federer sebagai pemain no 2 akan tercapai. Aminnnnnn....
Amarah
Manusia selalu hilang kawalan diri apabila amarah menguasai diri. Hilang kawarasan dalam tindakan, hilang kesopanan dalam pertuturan, hilang segala hilai murni dalam diri. Aku benci sungguh menghadapi keadaan ini. Sangat benci. Terlebih benci apabila keadaan ini melibatkan orang yang aku sayang, keluarga dan kawan-kawan rapat contohnya. bencinya. Kenapa perlu wujud keadaan ini ya? huhuhuhuhuhuhuu....
Tuesday, May 22, 2012
Thank You Bib!
Jumaat lepas (18 Mei 2012) adalah hari terakhir, Nor Habibah Mualip (Bib) menjalani latihan amali di pejabat aku. Bib menjalani latihan amali selama 5 bulan lebih di bahagian aku. Dia diletakkan di bawah penguasaan aku. Terima kasih boss sebab beri kepercayaan pada aku.
Bib ni rajin budaknya cumanya dia sedikit pendiam. (tapi pendiam dia di pejabat je. Kalau dengan kawan-kawan dia mmg tak cukup mulut bercakap...hehehhehe). Aku harap segala ilmu yang dia dapat di DBP akan dapat dimanfaatkan dalam kehidupan dia.
Terima kasih Bib!
Selamat Maju Jaya!
Semoga Jumpa Lagi!
(dari kiri: Mr. CC, Mr. Bob, Bib, Boss, Miss Supervisa - akulah ni...hehehehe, Z) -aku kelihatan sangat kembang bila pakai baju ni,,,,huhuhuu- |
Wednesday, May 16, 2012
Malas
Sunday, May 6, 2012
Hati Yang Sensitif
Susah betul kalau kita punya hati yang sangat sensitif kan? Cepat terasa dengan apa sahaja yang berlaku. orang marah kita terasa, orang tak bercakap dengan kita kita terasa, aku buat itu kita kecil hati, orang buat ini kita kecil hati. Huhuhuhuhuu...
Sebenarnya aku punya masalah yang satu ini. Cepat terasa. Cepat sensitif. Aku pun lemas sebenarnya. Dan banyak kali cuba berubah tetapi masih belum berjaya. Aku sangat sangat cemburu dengan adik dan juga kakak aku yang sangat kuat. Tak peduli apa orang kata. Semua diorang tak rasa apa-apa. Tapi aku....Orang tarik muka dan tak bercakap dengan aku pun boleh buat aku menangis. Sedih sangat-sangat. Bilalah aku mampu buang sikap macam ni. Huhuhuhuuu...
Kalau dilihat dari segi fizikal memang aku jauh lebih lasak daripada adik dan kakak aku. Kalau merempit kat jalan bagi lah aku, kalau aktiviti yang agak lasak pun aku rasa aku lagi lasak dari mereka. Tapi kalau bab hati ni memang aku kalah. Aku tak suka sebenarnya jadi macam ni tapi aku sendiri tak tau macam mana nak atasi masalah ni. Huhuhuhuuu....
Friday, May 4, 2012
Wednesday, May 2, 2012
Hari Ini dan Esok!
Hari ini dia ada...Kita sakitkan dia...Xpelah, dia maafkan..
Hari ini dia ada..Kita buat dia menangis..Xpelah, dia cuba pujuk diri..
Hari ini dia ada..Kita mainkan dia..Xpelah dia anggap kita nak uji dia..
Hari ini dia ada..Kita buat dia sampai jatuh sakit..Xpelah, dia cakap ubat ada...
Besok, bila dia dah tak ada....Kita akan tercari-cari dia.. Tapi tak jumpa..
Besok, bila dia dah tak ada....Kita ...akan tertunggu-tunggu dia..Tapi sia-sia..
Besok bila dia dah tak ada...Kita menyesal dengan perbuatan kita..
Tapi terlambat.
Masa itu....Dia mintak maaf sangat-sangat sebab...
Dia dah tak dapat teman kita.
Dia dah tak dapat hiburkan kita.
Dia dah tak dapat nak jaga kita.
Dia dah tak dapat nak usik-usik kita.
Dan kita dah tak dapat nak buat dia sakit hati,menangis,jatuh sakit dan mainkan dia..
Dan kita mesti akan menyesal sebab kita dah buat macam-macam dekat dia dan tiba-tiba baru kita sedar, dia itu..
ORANG YANG KITA CARI-CARI SELAMA INI..
TAPI DIA DAH HILANG UNTUK KITA. .

Subscribe to:
Posts (Atom)