Saturday, February 18, 2012

Jom Workout!

Hari ni buat kesekian kalinya aku datang awal untuk session hujung minggu. kalau sebelum ni mmg asik lambat 5 minitlah 10 minitlah 2 minitlah. Tapi hari ni aku sampai setengah jam awal. Semangatlah pulak.Bagus  bagus bagus. Good job Aida! :)

Jadi aku sampai je terus warm up dulu.10 minit cross trainer.Lepas tu aku cari trainer aku yg comel (harus merah muka dia kalau dia baca blog aku..hehehehehe) tapi tak jumpa. Jadi aku sambung pulak dengan treadmill 10 minit lagi. Tengah asyik berlari (berlarilah sangat......hehehehe) aku dengar suara merdu si Ammar 'run aida  run'. Nampak sangat aku tengah lenggang kangkungkan? Hahahahaha.

Lepas selesai  tu, Ammar kata we do MUAY THAI  ya. Wowwww...i like. Memang aku suka sangat sebab lepas muay thai peluh mmg kaw kaw lah.




Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

2 comments:

Ummu Madihah said...

Wah, muay tai tu, jangan main-main ngan Aida, nanti kena!!

Aida Salleh said...

hehehehee....