Monday, July 4, 2011

Wimbledon 2011 - Juara Yang Kecundang

Sedih hati aku dengan keputusan perlawanan akhir Wimbledon 2011 tadi. Pujaan hati aku, Rafael Nadal ditewaskan oleh Novak Djokovic. Yang buat aku tambah sedih sebenarnya adalah kerana kekalahan ini sekaligus membuatkan Rafa gagal mempertahankan kedudukan sebagai pemain No. 1 Dunia.

Aku tak lah sedih sangat kalah Rafa tewas dengan Roger (Federer) sebab dua-dua pun pujaan hati aku. Tapi kalah dengan Djokovic memang buat aku sangat sangat sangat sedih. Huhuhuhuuu...

Tapi apa-apapun Rafa tetap King of Tennis....Semoga Rafa dapat cepat-cepat merampas semula kedudukan nombor satu tu daripada Djokovic. Aminnnn..




Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: