Thursday, June 30, 2011

Wimbledon 2011

Keputusan yang mengejutkan semalam. Federer gagal meneruskan kemaraan selepas ditewaskan oleh pemain kurang ternama, J.Tsonga dengan  6-3, 7-6,6-4,6-4,6-4 pada peringkat suku akhir. Sedihnya. Huhuhuhuuuu...

Jadi harapan aku untuk melihat empat pemain terbaik dunia berakhir di peringkat separuh akhir berkecai nampaknya.huhuhuhuuuu...Nampaknya abah akan bersama aku menyokong Rafa kerana pemain pilihan abah dah terkadas di suku akhir. :-)

Lambaian juara yang tewas.....
Credit to http://www.wimbledon.com
(c) aeltc/n.Tingle

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, June 29, 2011

Happy 26th. Birthday Brotha!

I wish you a very happy and joyful year ahead.
May your birthday bring lots of joy and fun to your world.
May Allah love and care you, as you did for me.
May you live a long and beautiful life.

Happy 26th, Birthday My Sweet Brotha 
- Mohd Azhar @ A'a @ Pakde


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, June 28, 2011

Peperiksaan Kelayakan SRAI

Keputusan Peperiksaan kelayakan SRAI dah keluar.....Alhamdulillah....SIL aku bagi tau yang anak buah aku Jijie dapat keputusan yang baik..Markah ketiga tertinggi daripada 200++ pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut. Tak sangka sangat. Dalam selalu menung-menung dia tu berisi rupanya... :-) Jadi sekarang ni tengah tunggu surat tawaran daripada pihak Jabatan. Aku bersyukur sangat dengan keputusan tu.
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, June 27, 2011

Jom Makan-Makan : Delicious

Delicious
Dua Residency
Lot 1.1, Ground Floor,
Dua Annexe,
No. 211, Jalan Tun Razak,
50450 Kuala Lumpur.

Ruang makan yang selesa....

Cantikkan? aku suka....

Ruang Santai....aku suka jugak....

Mascarpone Pesto Chicken (RM39.90) yang sangat sangat marveles....

Pavlova too sweet for us...
 
Yakitori Chicken Skewer (RM12.90) not bad...

Masala Lambshank yummyyy...

Delicious Spicy Steamed Chicken (RM19.90)...i loike....


    
Muka puas hati...:-)

Terima kasih adikku kerana suggest tempat best n terima kasih kakakku kerana belanja kami makan...:-)
Aku pasti datang lagi kat sini.....:-)


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Saturday, June 25, 2011

Maharaja Lawak

Credit: maharajalawak2.co.cc

Berakhir sudah musim pertama Maharaja Lawak. Aku gembira dalam kecewa dengan keputusan akhir semalam. Aku gembira bila Sepah dinobatkan sebagai Juara Mahajara Lawak kerana bagi aku persembahan SEPAH malam tadi memang sangat bagus berbanding peserta lain. Tetapi aku kecewa kerana pujaan hatiku JOZAN gagal menjadi juara walaupun menduduki tempah teratas sejak daripada minggu pertama lagi. Huhuhuhuu...

Walaupun aku kecewa tapi aku rasa keputusan malam tadi adalah seperti yang diduga (kecuali bagi juara dan naib juara). Jambu tempat keempat dan Nabil tempat ketiga adalah seperti yang diduga. Persaingan sengit sememangnya antara Sepah dan Jozan. Tetapi nasib dan rezeki lebih menyebelahi Sepah.

Apa-apapun aku nak ucapkan terima kasih kepada Jozan dan Sepah serta semua peserta Mahajara Lawak kerana telah menceriakan hari Jumaat aku dan keluarga aku selama beberapa minggu ini. Sepilah hari Jumaat kami selepas ini tanpa Mahajara Lawak

 
Ni lah dia pujaan aku, Mail Lambung dan Ah Cai....:-)

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Happy Birthday Mak!

Today 25th. June, 2011 is my mom's 61st birthday.
Happy 61st. Birthday Mak!

May Allah's blessings be with you always....
Love you so much Mak......

Red Velvet Cake for my beloved mak.



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Friday, June 17, 2011

Anuar Zain - Sedetik Lebih



Lirik Anuar Zain - Sedetik Lebih

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, June 6, 2011

King of Clay

Semalam pemain tenis nombor satu dunia, Rafael Nadal (Sepanyol)  membuktikan bahawa beliau sememangnya layak digelar sebagai KING OF CLAY apabila berjaya menewaskan Roger Federer (Switzerlands) pada pusingan akhir kejohanan tenis Terbuka Perancis (French Open) di Roland Garros, Paris dengan 7-5, 7-6 (7/3), 5-7, 6-1. Ini merupakan kejuaran Grand Slam kesepuluh untuk beliau dan kali keenam beliau merangkul gelaran juara Terbuka Perancis. 

CONGRATULATION RAFA!    

 (Photo by  AFP PHOTO / JACQUES DEMARTHON)

 (Photo by AFP PHOTO / PATRICK KOVARIK)

Keputusan penuh perlawanan melibatkan Rafa:

Pusingan 1 - Rafael Nadal vs John Isner 6-4, 6-7, 6-2
Pusingan 2 - Rafael nadal vs Pablo Andujar 7-5, 6-3, 7-6
Pusingan 3 - Rafael Nadal vs Antonio Veic  6-1, 6-3, 6-0
Pusingan 4 - Rafael nadal vs Ivan Ljubicic 7-5, 6-3, 6-3
Suku Akhir - Rafael Nadal vs Robin Soderling (5) 6-4, 6-1, 7-6
Separuh Akhir - Rafael Nadal vs Andy Murray (4)  6-4, 7-5, 6-4
Akhir - Rafael Nadal vs Roger Federer (3) 7-5, 7-6, 5-7, 6-1
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, June 1, 2011

Red Velvet Cake

Peace be upon u!

Bestnya hari ni sebab pagi-pagi dah dapat satu potong Red Velvet Cake dari kawan baik aku yang baru menyambut Hari Ulang Tahun Perkahwinan ke-6 beberapa hari lepas. Terima kaasih banyak-banyak beb. Aku doakan semoga perkahwinan korang berdua kekal ke akhir hayat dan kekal bahagia selama-lamanya. Aminnnn...

 yummyyyy...sedappppppp......

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!