Friday, April 1, 2011

Happy Birthday To ME!

Boleh ke wish macam tu? Bolehlah sebab blog ni blog aku kan? Siapa nak marah...hehehhee...

Alhamdulillah....hari ni genaplah usia aku 35 tahun.
Syukur kepada Allah kerana masih memberi aku kesempatan untuk menghirup udara segar sehingga hari ini. Syukur kepada Allah kerana masih memberi aku kesempatan untuk menabur budi yang tak seberapa di muka bumi ini.
Syukur juga kepada Allah kerana memberi aku kesempatan untuk mengumpul dan menambah pahala untuk bekalan ke sana nanti. Syukur Alhamdulillah....

Sekejab je rasa aku dah 35 tahun. Tak banyak yang berbeza tentang diri aku.
Aku masih tinggal di tempat yang sama seperti 32 tahun yang lalu.
Aku masih bekerja ditempat yang sama seperti 10 tahun yang lalu.
Aku masih memegang status yang sama seperti 10 tahun yang lalu.

Walau apapun keadaannya, aku tetap bersyukur. Sesungguhnya Allah maha mengetahui. Perancangan Allah tidak pernah silap. Hanya kita sahaja tidak pernah dan kadang-kadang tidak berusaha untuk mengerti. Berprasangka yang bukan-bukan.

Sesungguhnya, aku sentiasa berharap agar Allah lapangkan dadaku dan buka hatiku untuk menerima setiap ketentuanNya dengan redha.Banyak benda yang aku ingin dan banyak juga yang aku tidak perolehi. Tapi aku pasrah. Doaku pada Yang  Esa "andai itu yang terbaik untukku berikanlah ia kepadaku. Andai sebaliknya...Lapangkanlah hatiku untuk menerimanya dengan redha". Sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui.

Kepada keluargaku yang tercinta, sesungguhnya aku sangat menyayangi kalian.

Kepada sahabat-sahabatku, sesungguhnya kalian sentiasa dihatiku. Aku tak mampu untuk memaksa kalian mengingati dan menghargai aku, yang aku mampu adalah mengingati dan menghargai kalian.
Walau apapun keadaannya pada masa ini, aku tetap ingin ucapkan terima kasih kerana kalian pernah dan telah mewarnai hidupku selama ini...


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: