Thursday, April 7, 2011

Jom Makan-Makan!

Finally....dapat jugak aku makan MACAROONS yang sangat hangat diperkatakan pada masa kini...hehehhehe..Ni semua usaha kakak aku yang tercinta lah. Dia kirim pada kawan dia, beli kat Harrods lagi tau..hehheeh...






Bagi aku Macs ni sangatlah manis dan tak sesuai untuk orang yang ada diabetis macam mak aku. Rasa dia bolehlah. Tapi adik-adik aku tak suka. Dioarang kata dah lah mahal, rasa gitu-gitu je. Bagi free pun tak mau.heheheh...tapi aku boleh lagi. Tak lah tak suka tapi tak juga sangat suka macam orang lain. Kalau bagi free aku ambik je...heheheheh....Tapi aku rasa aku nak try beli kat tempat lain jugak...Nak rasa kot-kot lagi sedap ke kan? manalah tau...

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Cerita Birthday Lagi...

Makan-makan lagi sempena birthday aku. Kali ni dengan adinda-adinda ku yang tercinta - Tisha @ Angah dan Odah @ Achik. Birthday kali ni memang penuh dengan acara makan-makan je. :-)


Odah @ Achik
Tisha @  Angah
Lokasi pilihan Angah dengan Achik adalah Chilli's, Empire Gallery, Subang. Aku tak pernah sampai Empire Gallery ni  lagi. Semalam kali pertama lah. Best jugak. Banyak butik best. Lepas tu tak ramai orang pulak. Aman je tak macam KLCC. Bolehlah datang lagi.

Okaylah. Ni menu kami untuk semalam:

Combo Nachos - Starter 

My Fav - Monterey Chicken

Salad jer....hehehhehe....Achik punya.... 

Fajitas Angah punya..... 

Banyakkan kitaorang order makanan. Konon-konon sorang satu. Tapi bila dah makan starter masing-masing dah separuh kenyang. Bila sampai main dish masing-masing dah macam termenung. Gila banyak wei makanan kita...huhuhuuu...Sudahnya semua tak habis...membazir tul. Pesanan buat adik-adikku Angah dengan Achik, lain kali kalau nak order starter, make sure main dish ambik 2 sahaja ya. Ingat ya dua sahaja dan bukan tiga...huhuhuhuuu....

Apa-apapun aku seronok semalam sebab dah lama tak jumpa diorg berdua. Tukar-tukar hadiah, sembang-sembang, gosip-gosip...hehehehhe.....Thanks girlllllllllll...............

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, April 5, 2011

Cerita Birthday

Terima kasih buat sahabatku (nama dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu...hehehe) kerana sudi belanja makan pizza tadi sempena birthday aku haritu....Dia nak belanja tapi aku kena order sendiri...tak aci kan? tapi takpelah...sebab nak makan free aku rajinkan diri (tapi aku mmg rajin sebenarnya...bluekkkk....rasa nak muntah baca ya? hehehhe

Mula2 nak order Dominos tapi Dominos takleh nak hanatar cepat...Paling cepat dia kata 45 min....lambatnya..Dia kata memang lambat sebab banyak order tapi dia akan bagi aku coupon utk free pizza utk next order...cam best tapi sebab lambat sangat aku rasa cam takleh nak tunggu....so tak jadilah. Terus call Pizza Hut Delivery...Pizza hut kata 30 min cam biasa...so onnnnnn....

Aku pun dengan jayanya telah mengorder:
  • The Supremo (Large)
  • Beef & Mushroom (Large),
  • Salsa Wings
  • Garlic Butter Flatbread
Makanya arini aku balik dengan kekenyangan...tengkiu my pren...Gambar takde...sorry...heheheh
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Saturday, April 2, 2011

Terima kasih Akak, Aphyd & Ain

Terima kasih banyak-banyak kepada kakak dan adik-adikku atas hadiah hari ulang tahunku....Handbag Carlo Rino (daripada kakakku) dan Perfume Set - JPG Classic (daripada Aphyd & Ain). Suka dua-dua tu. |Terima kasih banyak-banyak ya. Sayang korang semua...muahhhhhhhhhhhhhh...

handbag dan perfume set tanpa kotak.....
Sebabnya gambar ni ambik kat opis.kotak semua kat umah...hehehehe...
dah kata suka kan so teruslah guna...:-)

Berbanyak-banyak terima kasih jugak kat Aphy dengan Akak yang menaja makan malam dekat Flaming Steamboat, Wangsa Maju sempena birthday aku malam tadi....Aku pernah cerita pasal Flaming Steamboat dalam entri sebelum ni...

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Friday, April 1, 2011

Happy Birthday To ME!

Boleh ke wish macam tu? Bolehlah sebab blog ni blog aku kan? Siapa nak marah...hehehhee...

Alhamdulillah....hari ni genaplah usia aku 35 tahun.
Syukur kepada Allah kerana masih memberi aku kesempatan untuk menghirup udara segar sehingga hari ini. Syukur kepada Allah kerana masih memberi aku kesempatan untuk menabur budi yang tak seberapa di muka bumi ini.
Syukur juga kepada Allah kerana memberi aku kesempatan untuk mengumpul dan menambah pahala untuk bekalan ke sana nanti. Syukur Alhamdulillah....

Sekejab je rasa aku dah 35 tahun. Tak banyak yang berbeza tentang diri aku.
Aku masih tinggal di tempat yang sama seperti 32 tahun yang lalu.
Aku masih bekerja ditempat yang sama seperti 10 tahun yang lalu.
Aku masih memegang status yang sama seperti 10 tahun yang lalu.

Walau apapun keadaannya, aku tetap bersyukur. Sesungguhnya Allah maha mengetahui. Perancangan Allah tidak pernah silap. Hanya kita sahaja tidak pernah dan kadang-kadang tidak berusaha untuk mengerti. Berprasangka yang bukan-bukan.

Sesungguhnya, aku sentiasa berharap agar Allah lapangkan dadaku dan buka hatiku untuk menerima setiap ketentuanNya dengan redha.Banyak benda yang aku ingin dan banyak juga yang aku tidak perolehi. Tapi aku pasrah. Doaku pada Yang  Esa "andai itu yang terbaik untukku berikanlah ia kepadaku. Andai sebaliknya...Lapangkanlah hatiku untuk menerimanya dengan redha". Sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui.

Kepada keluargaku yang tercinta, sesungguhnya aku sangat menyayangi kalian.

Kepada sahabat-sahabatku, sesungguhnya kalian sentiasa dihatiku. Aku tak mampu untuk memaksa kalian mengingati dan menghargai aku, yang aku mampu adalah mengingati dan menghargai kalian.
Walau apapun keadaannya pada masa ini, aku tetap ingin ucapkan terima kasih kerana kalian pernah dan telah mewarnai hidupku selama ini...


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!