Tuesday, September 28, 2010

Wang Kutu Haram???

Wang kutu haram: Suami isteri didakwa
28/09/2010 3:09pm Kosmo Online

SHAH ALAM – Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini terhadap dakwaan menganjurkan pelaburan wang kutu yang dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

Sabbri Yusof, 49, dan isterinya Rahimah Rahim, 39, dari Kuala Lumpur mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Hafizah Abdul Rajak.

Pasangan itu yang merupakan pemilik perniagaan World Heritage Resources didakwa menganjurkan wang kutu dikenali sebagai “Program Ekspres” di premis perniagaan mereka di No: 3, Jalan Keluli AM7/AM, Pusat Perniagaan Bukit Raja, Seksyen 7 di sini, di antara 1 Disember 2008 dan 29 April lepas.

Mereka, yang berdiri di luar kandang tertuduh selaku orang kena saman (OKS), didakwa mengikut Seksyen 3 akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 2 November depan untuk sebutan bagi membolehkan Sabbri dan Rahimah melantik peguam.

World Heritage Resources, yang berdaftar dengan SSM sebagai ejen komisen am, mempunyai kira-kira 30,000 ahli sejak memulakan operasi pada 1 Disember 2008. – Bernama


Wang kutu haram? Terkejut sebenarnya mendengar tentang perkara ini. Dan sedikit terkeliru juga. Adakah main kutu kecil-kecilan yang kita amalkan dari zaman sekolah itu pun haram?
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: