Thursday, September 9, 2010

Kehilangan Menjelang Syawal

Takziah buat adinda Syaiful Nazlan atas pemergian ayahanda tercinta pagi ini. Sabarlah dik. Redhalah dengan pemergiannya. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi dia.

Sama-samalah kita berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah....

Teringat dan terbayang keceriaan dan kegembiraan pada wajah arwah semasa kami sekeluarga bertandang ke rumah beliau bagi memenuhi undangan kenduri beliau.Dan betapa terharu juga rasanya apabila beliau dalam keadaan tidak sihat masih berkunjung ke rumah bagi menziarah emak yang baru lepas menjalani pembedahan.
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: