Sudah menjadi tradisi di pejabat kami setiap kali hari raya pasti ada jamuan makan diadakan. Pada tahun ini jamuan kami agak awal juga diadakan berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Jamuan kami diadakan pada 20 Syawal 1431 (hari apa dalam kalendar omputeh korang check sendiri...hehehehe)....Memandangkan staf di bahagian aku tak ramai makanya jamuan kami pun ala kadar sahajalah. Kami hanya mengundang jirang setingkat sahaja. Maaf ya kawan-kawan lain yang tak diundang. Bahagian kami kecil je so collection pun terhad.:)
Antara menu ala kadar kami adalah:
i) Nasi Himpit wif kuah kacang
ii) Rendang Ayam
iii) Rendang Daging
iv) Kuah Lontong
v) Laksa Johor
vi) Kuih Koci
vii) Puding Cocktail
viii) Kek Batik
ix) Bahulu Kek
x) Buah-buahan
xi) Biskut Raya
xii) Air Sirap Orange
Walaupun majlis kami tak besar tapi meriahlah jugak. Sesungguhnya acara sebegini dapat merapatkan silaturrahim sesama kami. Kalau setiap hari berjumpa bercakap soal kerja sahaja, bila ada majlis sebegini barulah dapat bersembang tentang perkara-perkara lain.....
Oklah dipendekkan cerita. Layanlah pic yang diambil menggunakan kamera kawan aku ni....
Credit to Kak Hasana...Kak Zaililah (Mantan CC kami yg turut diraikan)
Birthday Gal, Norafaidah..... Emcee of d day...Kak Mel...:)
Jiran sebelah yang sudi memeriahkan majlis Sesi bersantap Sebelum majlis. Sesi memotong oleh anak dara...hehehhe
The women power...hehehhe Inilah keluarga kecil kami di Bahagian Harta Intelek
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!