Wednesday, May 19, 2010

My 34th. Birthday!

Peace be upon u!

Hi all. Saje nak tunjuk kat korang kek birthday aku tahun ni. Walaupun dah lepas lama dah...Aku yakin korang dalam usia cam aku or yg dekat2 ngan aku tak pernah dapat cake cam aku ni....hehehehhee...choc indulgence gambar BEN10...hehehhehe..
Aku dapat cake ni sbb birthday aku dekat2 ngan anak buah aku yg umo 6 tahun. Pastuh masa adik-adik aku beli cake, anak buah aku (3 hero) tu ikut. So dapatlah Ayang cake Ben10 sempena Birthday yang ke-34....canggih kan? hehehhehee...




Ni plak hadiah yg aku dapat malam tu n pagi besok tu. Lain2 hadiah aku tak sempat ambik gambo...So layanlah yang di je ya...





Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Jom makan-makan!

Peace be upon u!

Jom layan gambar makanan pulak.
Location :
Chili's (KLCC)
Cozy House (GE Mall)
Johnnys (Alpha Angle)
Cendol Wahab (Wangsa Maju)
Kayu Nasi Kandar (Kota Damansara)











Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, May 18, 2010

Dugaan Part 3

Peace be upon u!

Adik bongsu aku dibenarkan balik ke rumah pada awal Februari 2010 setelah hampir sebulan ditahan di hospital. Walau bagaimanapun dia dibekalkan dengan ubat-ubatan yang perlu dimakan untuk tempoh 1 tahun dan perlu rawatan ulangan lagi selepas itu mengikut jadual yang ditetapkan. Akhirlah seksa dia di hospital. Pengalaman ngeri disuntik setiap hari untuk masuk ubat, air, glukos, darah etc berakhir jugak. Syukur alhamdulillah.

Balik hospital barang yang nak di bawa balik mak aiiiiiiii...banyaknya. Tak cukup 1 kereta. Almaklumlah dah dekat sebulan dekat hospital tu. Lepas hantar barang je terus nak makan dekat luar. Dah lama sangat tak tengok dunia luar lah katakan. hehehehee....

Dugaan kami belum habis lagi sebenarnya. Masih ada dugaan besar yang kami tempohi awal tahun tempoh hari.

Masa adik aku di ICU mak aku ada appointment dengan Doctor tentang benjolan pada payudara. Doktor ambil tisu untuk mengatahui apakah sebenarnya benjolan tu. kami harap takde apa-apalah. Doktor tak bagi sebarang keputusan pada masa tu. Dia cuma bagi date baru untuk appointment seterusnya.

Belum sempat appointment seterusnya, mak @ abah aku dapat panggilan dari hospital. Perlu ke hospital segera. Jadi mak dan abah aku pun pergilah ke hospital untuk dapatkan maklumat tentang hasil pemeriksaan sebelum tu.

It is a breast cancer! Mak dengan abah terima keputusan dengan tenang sekali. Abah sampaikan pada kami dengan tenang. Walaupun doktor tak pasti stage berapa doktor nasihatkan supaya remove part yang ada benjolan tu. Mak dengan abah dah setuju dan pembedahan akan dilakukan pada minggu depan.
Rasa nak gugur jantung masa dapat berita tu. Kanser????? Ya Allah besar sungguh dugaan untuk kami. Tapi aku kagum dengan mak dan abah. Sangat tenang dan kelihatan sangat redha dengan ujian yang diberiNya.

Mak aku dimasukkan ke hospital pada 16 Februari 2010 (cuti CNY) dan menjalani pembedahan pada 17 Februari 2010. Abah, aku, kakak aku, adik-adik aku semua ada di hospital masa mak buat pembedahan. Perasaan kami pada masa tu Allah je yang tahu. Keluar masuk Operation Theatre (OT) tak sudah-sudah. Mak disorong masuk ke OT pada pukul 10.30 pagi dan keluar daripada OT pada pukul 3 lebih. Lega hati kami nampak mak ditolak keluar. Tapi mak tak dibenarkan masuk ke Wad Kelas 1 kerana ikut kata Doktor mak perlukan pemerhatian rapi selepas pembedahan. Sehari selepas tu baru dibenarkan dipindahkan ke Wad Kelas Satu semula.

Maka bermulalah semula kehidupan aku dan keluarga di hospital. Minggu pertama mak di wad aku ambil cuti untuk teman mak pagi dan malam. Pada minggu kedua dan ketiga aku teman mak malam je. Siang adik aku dan hujung minggu kakak aku. Penat memang penat tapi tanggungjawab kan. Apa sangatlah yang boleh kami berikan pada waktu seperti itu selain daripada semangat. Itu yang mak perlukan. Semangat dan doa anak-anak tersayang. Abah macam biasa akan berulang ke hospital 3 kali sehari. Abah nampak letih. Tapi abah kuat. Setiap hari berpanas berhujan. Sekalipun tak pernah merungut.
Mak dibenarkan keluar daripada hospital bila air dan juga darah dari kawasan yang dibedah tu berkurangan. Semangat emak memang kuat. Siapa je melawat mak mesti cakap mak nampak macam tak sakit. Alhamdulillah. Semoga emak segera pulih.
Kepada semua yang menziarah dan juga mendoakan mak, berbanyak-banyak terima kasih aku ucapkan. Kepada sahabat baikku (u know who u r), terima kasih kerana sentiasa berada di sisi.

mak diinterview oleh doktor sebelum pembedahan

makanan orang sakit. tak bestnya kan? hehehehe


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Dugaan Part 2

Peace be upon u!

Belum sempat adik bongsu aku keluar hospital, sorang lagi adik lelaki aku di tahan di hospital (hospital yang sama) kerana demam denggi...Dan pada masa yang sama, sorang lagi adik lelaki aku perlu berulang ke hospital untuk ambik darah atas alasan yang sama...Denggi.Cumanya dia tak ditahan.Sedih, risau semua bercampur baur.

3 orang adik lelaki aku sakit dalam masa yang sama. 2 orang di hospital dan seorang di rumah. Semua perlukan penjagaan. Kalau kami adik beradik risau, hati mak dan abah apatah lagi. memang cabaran hebat buat kami sekeluarga.

Tapi alhamdulillah adik aku yang denggi ni cuma ditahan dalam 1 minggu je di hospital dan yang lagi sorang tu perlu berulang ke hospital dalam 4 hari jer. Syukur alhamdulillah...


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Thursday, May 13, 2010

Dugaanku

Hati pedih menangis
Jiwaku yang suram
Malam yang panjang
Ini Aku bersendirian

Merenung kehidupan
Memikir kesudahan
Pada siapakah hendak ku curah keresahanku

Aku berpaut pada sejengkal tali cuma
Itulah yang ada sementara aku
Hidup di dunia iniInikah dugaanku inikah kesempatan
Haruskah ku terus atau membiarkan
Ianya berlalu

Dekat di depan mata berat meluah kata
Terpendam segala apa dirasa sekian lama ini
Apakah kita nanti tiada dapat serasi
Ataukah hanya aku bermimpi untuk memiliki

Kesempatan yang datang tiada ketentuan
Mampukah ku memandang di kejauhan
Tak kesampaian

Sering terbayang-bayang tinggi lagi harapan
Entahkan ku sempat ataupun tidak
Untuk bersama mu........
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Dugaan Awal Tahun 2010 - Dugaan Part 1



Assalamualaikum semua.

Awal tahun 2010 ni macam-macam dugaan yang aku dan keluarga aku tempuhi.

DUGAAN PERTAMA


Seawal bulan Januari, adik bongsu aku Mohd. Azree @ Adik @ Acu dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada otak. 4 hari di ICU dan hampir sebulan di wad biasa. Hari-hari kami berkampung di hospital. Hujung minggu memang kami sekeluarga berpesta di Wad Neurologi. Setiap kali waktu melawat dan bila hujung minggu memang penuh bilik adik aku dengan kami semua.Almaklumlah adik beradik kami pun dah 8 orang. kalau setakat wad kelas satu yg tak besar mana tu mmg tak nampak ruang kosonglah...sempit pun tak kisah yg penting dapat bersama-sama dia pada masa dia sakit tu.

Pada hari bekerja waktu siang mak aku teman adik aku.Waktu malam aku ambil alih pula.Aku pergi pejabat dari hospital. Almari dia dekat hospital tu mmg jadi tempat simpan baju aku je sbb dia sendiri pakai baju hospital je kan. So almari tu kira aku punyalah.Bila berjalan dari wad nak ke kawasan letak kereta kadang-kadang aku terperasan gak kononnya macam doktor baru abis shif malam.hehehhee...

Bila hujung minggu kakak aku pula ambil alih tugas meneman. Adik perempuan aku pun ada juga sekali sekala merasa tidur di hospital tu bila dia cuti.

Berulang alik ke hospital memang memenatkan. Tapi kerana sayang, penat tu tak terasa sangat. Mak dengan abah aku contohnya. Hari-hari berulang. Abah, datang hantar mak pagi sbb aku nak ke pejabat. Tengah hari datang bawak makanan mak pula. Petang datang lagi. Begitulah setiap hari. Dengan cuaca yang tidak menentu. Berpanas, berhujan.Semua diharungi kerana kasih terhadap seorang anak. Itulah yang aku nampak. Betapa tingginya nilai kasih ibubapa terhadap seorang anak.

Kesian aku tengok mak abah aku. Tapi macam mana pulak aku nak halang daripada mereka terus berulang ke hospital. Kalau aku sebagai kakak pun hati risau tak menentu, inikan pula hati ibubapa. Selagi anak tu tak sihat, selagi tu lah apa sahaja sanggup dilalui. Penat lelah semua tolak ke tepi. Demi kasih terhadap seorang anak.

Hampir sebulan keadaan berterusan begitu sebelum adik aku diberi kebenaran untuk balik. Alhamdulillah sekarang adik aku dah sihat CUmanya dia perlu terus makan ubat untuk tempoh setahun dan perlu rawatan ulangan.

Jadi sekarang ni kami perlu mengingatkan dia setiap malam untuk makan ubat. Jenuh juga tapi nak buat macam mana. Itu jauh lagi baik dari ditahan dihospital. Masuk air, darah, ubat setiap hari..urggghhh tak sanggup rasa nak tengok lagi.


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, May 11, 2010

Im Back........

Peace be upon u...

I dont know where to start or what to write actually...Dah lama sangat aku tinggalkan blog ni...5 bulan lebih..huhuhuu....terlalu sibuk dengan pelbagai urusan...

Tapi hari ni aku rasa aku nak mula memblog semula.

Sebabnya, dah ada kawan-kawan yang suruh aku mula merepek balik dalam blog ni. Dan akak aku jugak dah mula bising sebsb dah lama tak update blog.

Jadi atas sebab-sebab itu aku akan mula lah memblog balik.

Tungguuuuu...
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!