Wednesday, April 18, 2012

Salam Perpisahan

Hari ini hari terakhir rakan sepejabat aku, Nor Afidah Abd. Jamil berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka. Kontrak beliau sebagai Pegawai Perancang Bahasa (PSH - Pekerja Sambilan Harian) tamat hari ini. Walaupun cuma berkhidmat di bahagian aku selama 11 bulan sahaja tetapi kami agak akrab mungkin kerana workstation kami yang hampir dan juga pegawai di tempat kami pun tak ramai. banyak urusan kerja harian yang kami uruskan bersama-sama.

Aku rasa sedih dengan pemergian beliau. Aku doakan semoga beliau akan kembali bertugas di DBP semula dalam tempoh terdekat. Insyaallah. 

From Right: Faida, Aku & Fida

Staf Bahagian Aku.
(2 orang tiada dalam gambar)
Tak ramai pun...

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

5 comments:

- dieyana - said...

dah tamat tempoh ya... erm, harap2 dipanggil balik ke dbp secepat mungkin, insya-Allah

Ummu Madihah said...

La, tak tahu pun! Harap-harap juga dia cepat kembali. Kalau tidak hilanglah suara merdu seorang pengacara Dewan!

kasihredha said...

Aida kerja di dewan bahasa ye.
Akak ada 2 org kawan yg kerja di sana tp diaorang dah "senior" (tua...hii) le.

Suhana dbp swk said...

Asmk kak..kami doakan Fida akan naik semula ke dbp dlm masa terdekat...

p/s: kak Aida, sy kagum dgn semangat kak..memang kak nampak dah byk turun berat bila tengok muka kak semakin kecil dan comel..teruskan usaha ye kak...

Aida Salleh said...

dieyana - insyaallah...kita sama2 doa

ummu madihah - betul tu kak...

kasihredha - ya kak...ehhh siapa kawan akak tu? saya pun dah lama keje sini...kot2 kenal...:-)

suhana- terima kasih dik...malu lah plak akak...heheheheh