Friday, April 20, 2012

Mimpi

Rasanya semua orang pernah bermimpi masa tidur kan?Kalau mendapat mimpi yang indah pastinya kita akan bangun tidur dengan senyuman dan kalau mimpi ngeri pula pasti sebaliknya.

Aku bukanlah nak membuat tafsiran mimpi di sini. Tapi sekadar bercerita. Aku sedikit pelik kerana sudah dua hari berturut-turut aku mimpikan orang yang sama. Orang yang dah lama aku tak jumpa. kenapa ya?

Mimpi pertama, dia hubungi aku melalui telefon dan kami berbual panjang. Mimpi kedua pula, kami berada di pejabat yang sama, berbincang tentang projek dan kemudian aku buatkan dia air untuk minum semasa berehat.



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

3 comments:

Ummu Madihah said...

Da, ni kena tengok jantina orang itu, kalau lelaki makna lain, kalau perempuan lain pula maknanya, he he!!

Aida Salleh said...

Ye ke kak? Kalau lelaki apa maknanya kak? Heheheheheee...

dekdaa said...

Mimpi saya ke kak aida? hahahaha.