Wednesday, April 29, 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Berakhir sudah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2009. Lega rasanya hati. Ada gembira disebalik duka dan ada juga duka disebalik gembira. Walau apapun syukur seribu rahmat kerana pada hari terakhir PBAKL '09, DBP diumumkan sebagai Johan Gerai Terbaik Kategori Agensi Kerajaan (Kecil).

Hilang rasa penat buat seketika. Bangga dengan penganugerahan tersebut. Lebih membanggakan kerana aku sendiri yang mengambil plak tersebut daripada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola PBAKL '09, Dato' Ivan Hoe dengan disaksikan olehPengarah MBKM, Encik Abd.Halim Ismail di atas Pentas Legar Putra sebaik sahaja diumumkan oleh Tuan Sayyed Munawwar. Gambar plak akan aku upload kemudian sbb usb kabel aku tak bwk arini. Tunggulah ya.



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: