Thursday, October 4, 2012

Selamat Menunaikan Fardhu Haji Abah, Mak, Kak Nor

Hari yang ditunggu telah tiba. Malam semalam, Abah, Mak dan kakak aku telah selamat terbang ke Tanah Suci untuk mengerjakan fardhu haji. Bersyukur sangat sebab hasrat abah dan mak untuk menunaikan fardhu haji untuk kali kedua tercapai. Tapi kali ni abah dan mak akan ditemani oleh kakak aku.
 
Walaupun gembira tetapi aku gagal mengawal air mata semasa menghantar mereka. Sebak dada. Berkali-kali cuba ingatkan diri, mereka ke sana untuk beribadah, tolonglah jangan nangis sebab kalau aku nangis nanti diorg pun sama sedih. Tapi memang aku gagal. Aku lemah bab tu.
 
Seumur hidup aku, ini kali kedua aku berpisah dengan abah dan mak untuk tempoh yang lama. Kali pertama masa mereka menunaikan fardhu haji buat kali pertama pada tahun 2000. Selain daripada tu memang aku tak pernah berpisah dengan mereka. paling-paling lama pun dua minggu. Tu yang buat aku sedih sangat.
 
Masa menaip ni pun aku sebak sangat.  Jadi aku tak boleh cerita panjang. Aku berdoa agar abah, mak dan kakak aku dipermudahkan segala urusan di sana, diberi kesihatan yang baik, mendapat haji yang mabrur dan selamat kembali ke tanah air dalam keadaan sihat. Abah, Mak, Akak - Kami sayang kalian semua. Sangat-sangat sangat.
 
Kepada kawan-kawan semua, aku mohon tolong doakan insan-insan kesayangan aku ni juga.
 
Ya Allah,
Peliharalah kedua ibu bapa ku dan juga kakak ku, 
Berilah kesihatan yang baik kepada mereka,
Permudahkanlah segala urusan mereka di Tanah Suci,
Terimalah segala amal ibadat mereka,
Berilah mereka haji yang mabrur
dan
Kembalikanlah mereka kepada kami dalam keadaan sihat juga.
Amin...
 
 
Aku dengan mak tersayang dan 3 cucu kesayangan mak

Aku dengan Abah tersayang

Mak Usu aku dengan 2 menantunya- Zila dan Dr. Safinaz

Abang aku yg kiri sekali dengan dua sepupu aku,
Dr. Ridhuan (tengah) dan Abg Idi (kanan)

Adik dan adik ipar aku-
Dari kiri - A'a, Anie, Ain, Aphyd & Adik

Mak dan kakak aku dengan anak buah abah -
Kak Ina dan Kak Mona

Dah nak masuk dalam masa ni...
 

Bye abah! Jaga diri baik-baik tau!



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!