Sunday, April 1, 2012

Happy Birthdy Darling!

Darling? Who's that? hmm.....malu nak cakap sebenarnya. Sebenarnya Darling tu...hmmm.....hmmm.....hmmmm. Sila skroll bawah untuk tau jwapannya :-)

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Kenal tak siapa ni? (dengan sengaja meletakkan gambar sekecil-kecilnya.heheheh)

Sebenarnya ini adalah aku. hehehehehehehe...

Memandangkan ini adalah blog aku, jadi aku dengan suka hatinya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada diri aku sendiri.Suka hati aku lah kan. Siapa nak marah kan? Blog aku, aku baca jadi aku nak letak apa pun suka hati aku lah. hehehehheee...

Hari ini merupakan hari lahir aku yang ke-36. Tua ke? Ishhhh mana ada tua. Umur cantik lah juga tu. Tak terlalu mentah dan tak juga terlalu bergetah. hehehehehee...

Mungkin ada sesetengah perempuan malu untuk memberitahu umur kepada orang lain. Tetapi tidak bagi aku. Tidak ada apa yang perlu aku malukan. Aku rasa aku patut berbangga dengan umur aku. Umur gambaran pengalaman hidup bagi aku. Jadi aku tidak patut merasa malu dengan umur itu. Berbanggalah dengan umur anda walau berasa pun angkanya. :-)

Aku mengucapkan syukur kehadrat ilahi kerana masih memberi aku peluang untuk terus menyedut udara segar hari ini. masih memberi peluang kepada aku untuk menatap wajah-wajah keluarga dan shabat-sahabat yang aku sayang. Masih memberi aku peluang untuk melaksanakan amanah sebagai khalifah di bumi berkat ini. Terima kasih Ya Allah.

Aku berdoa semoga aku akan sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh-Nya. Dan semoga hidup aku pada masa akan datang akan dipermudahkan oleh-Nya. Begitu juga dengan keluarga dan orang-orang yang aku sayang. Insyaallah.

Kalau ditanya tentang wishlist...hmmm terus terang aku katakan aku tidak ada langsung wishlist. Tidak mengharapkan apa-apa daripada sesiapa juga pun. Aku menerima apa sahaja yang diberi. Sesungguhnya ingatan keluarga dan kawan-kawan adalah hadiah paling bermakna untuk aku.


 

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, February 21, 2012

My Lunch Box

Lunch Box untuk hari ini - Teriyaki Chicken Breast with Mix Veggie & Salad Leaves. Tidak dilupakan buah-buahan - Epal dan Belimbing.

Jemput makan semua!

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, February 20, 2012

Lunch Box!

Mari kita intai apa yang ada dalam lunch box aku hari ini.....................................


Apa yang ada dalam aluminium foil tu? kalau nak tau itulah sumber protein utama aku untuk tengah hari ini. hehhehehee....Bukan tak nak tunjuk isi dalamnya tapi gambar yang menunjukkan isi dalam tu telah terdelete secara tidak sengaja. Huhuhuuu....

Sebenarnya kat dalam aluminium foil tu ada Grilled Salmon with Mixed Herbs yang dimakan dengan Sweet & Sour Souce. Menu lain untuk makan tengah hari aku hari ini adalah Salad dan buah belimbing. Air seperti biasalah air paling sedap dalam dunia, apa lagi kalau bukan air kosong (plain water).

Ehhh lupa pulak nak cerita. Korang perasan tak lunch box baru aku? hehehehe...Aku beli container tu sebab dia ada 3 bahagian. Jadi sangat sesuai untuk jadikan lunch box aku. Brand Tupperware. Ada beg dengan set sudu garfu sekali. Harga RM50++ (alamak aku tak ingatlah pulak. Sorry). Ni gambar beg dia.


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, February 19, 2012

Aktiviti Hujung Minggu!

1) Dimsum Buffet @ Quality Hotel City Centre with Kak Nor, Aphyd, Ain & Lan











2) Kursus..........

Kursus apakah agaknya yang aku sertai petang tadi? Ada yang hendak cuba meneka?
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Muay Thai Punya Hal!

Inilah kesan Muay Thai semalam. :-(
Pertama kali perkara sebegini terjadi sebenarnya. Walaupun terasa sakitnya tetapi pekara sebegini tidak akan mematahkan semangat aku untuk terus ber Muay Thai. 


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Saturday, February 18, 2012

Jom Workout!

Hari ni buat kesekian kalinya aku datang awal untuk session hujung minggu. kalau sebelum ni mmg asik lambat 5 minitlah 10 minitlah 2 minitlah. Tapi hari ni aku sampai setengah jam awal. Semangatlah pulak.Bagus  bagus bagus. Good job Aida! :)

Jadi aku sampai je terus warm up dulu.10 minit cross trainer.Lepas tu aku cari trainer aku yg comel (harus merah muka dia kalau dia baca blog aku..hehehehehe) tapi tak jumpa. Jadi aku sambung pulak dengan treadmill 10 minit lagi. Tengah asyik berlari (berlarilah sangat......hehehehe) aku dengar suara merdu si Ammar 'run aida  run'. Nampak sangat aku tengah lenggang kangkungkan? Hahahahaha.

Lepas selesai  tu, Ammar kata we do MUAY THAI  ya. Wowwww...i like. Memang aku suka sangat sebab lepas muay thai peluh mmg kaw kaw lah.




Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Mari Membaca!


Stuff that i've been reading...

u



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

.....

Lamanya tak update blog ni.Berhabuk bersawang dah nampaknya.Bukan takde cerita baru tapi tahp kesibukan dan kemalasan yg agak melampau.huhuhuhu.Jadi lepas ni banyaklah cerita tertangguh.Sudi-sudikanlah membaca cerita yg sedikit basi ya :-)
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!