Showing posts with label Celoteh. Show all posts
Showing posts with label Celoteh. Show all posts

Wednesday, September 12, 2012

Arghhh.....Teruknya

Pelik betul kenapalah jalan jem sangat pagi ni. Memang luar biasa. Aku tersangkut sepanjang Jalan Mahameru. Very slow moving. Aku ingat ada kemalangan tapi bila sampai ke depan takde pulak. Jadi tak taulah sebab apa jalan jem gila pagi ni. Huhuhuhuuu...


 

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, September 5, 2012

Dilema

Bulan Syawal ni ramai yang mengundang untung rumah terbuka dan juga Jamuan Hari Raya di pejabat. Aku kalau takde aral melintang memang takde masalah untuk memenuhi undangan, mmg undangan wajib dipenuhi sekiranya tiada halangan. Tu pesan abah aku. Memang aku akan ingat insyaallah.
 
Tapi  aku dalam dilema sebenarnya. Dalam majlis seperti itu banyak makanan yang disajikan. Pelbagai jenis. Dari makanan beratnya sehinggalah pencuci mulut yang lazat-lazat. Kalau ikutkan hati dan nafsu memang semua aku nak baham. Tapi bila fikir balik soal kesihatan aku, aku sabarkan diri. Cumanya orang susah nak faham dan susah nak terima. Orang kata tak sudi nak makan lah, memilih makananlah etc. Jadi macam mana?
 
Aku memang sudi nak makan dan suka nak makan. Tapi aku tak boleh nak makan. Sebabnya buat masa sekarang ni aku sememangnya perlu memilih makanan kerana aku dalam usaha untuk mengurangkan berat badan aku. Orang yang memang gemuk dari kecil macam aku ni memang payah nak kurus. Aku pun bukan nak kurus cuma nak dapatkan berat badan yang sedikit ideal untuk diri aku. Tapi cabarannya memang hebat.
 
Takkan aku nak cakap dengan orang aku tengah amalkan cara hidup sihat? Poyo gila bunyinya. Takkan aku nak cakap aku tak makan semua makanan tu pulak. Memang aku makan tapi aku tak boleh nak sebat semua benda. Memanglah makan sikit-sikit tapi kalau sikit sikit sudahnya jadi banyak jugak kan? Huhuhuhuuu...
 
Aku dalam dilema. Macam mana nak jaga hati orang dan dalam masa yang sama nak dapatkan diet yang sihat? Huhuhuhuuuu....
 

 


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Kisah Toll Gate!

Aku nak bercerita sikit tentang toll gate girl/boy pagi ni. Aku rasa ramai je antara kita yang mengalami pengalaman sama macam aku bila berhadapand dengan toll gate girl/boy ni. Ambil duit atau bagi kad dengan muka yang masam mencuka, senyum entah ke mana, tak pandang langsung muka kita dan buat kerja sambil berborak dengan kawan atau melalui telefon. Biasa kan? Tapi bukanlah aku kata semua macam tu. Cumanya selalu je jumpa yang macam tu.
 
Tapi pagi ni aku rasa best sangat. Aku jumpa toll gate gate yang sangat tinggi budi bahasa. Pergi kerja pun lalu tol? jauh ke rumah aku dengan pejabat? Tak jauh pun tapi saja gatal-gatal nak lalu tol. Hehehehee....Aku suka ikut AKLEH, alah tol RM1.50 tu. Kalau pagi-pagi lah sebab nak potong jalan-jalan jem yang biasa tu. Tapi tak juga selalu aku ikut tol ni. Kalau jalan nak menghala ke pasar keramat tu jem aku teruslah divert ke AKLEH.
 
Hari ni aku nampak jalan menghala ke Pasar Keramat jem. Jadi aku terus naik AKLEH. Tapi alamak...banyak pulak kereta tapi moving lah. Aku dah panas hati lah jugak. Penat je bayar tol kalau jem macam ni. Huhuhuuu...Tapi istighfar banyak-banyak untuk tenangkan hati. Sampai je kat toll gate girl aku macam biasa hulur duit dengan senyum lah (senyum kan sedekah..heheh). Sekali aku dengar dia cakap 'Terima kasih' dengan senyum manis terukir di bibir si toll gate girl tu. Fuhhhh...amazing. Susah nak dapat ni. Bagus betullah budak tu. Jadi dalam hati aku terus berdoa semoga dia diberkati Allah sepanjang hari.
 
Ucapan terima kasih dan senyum tu bukanlah susah sangat pun tapi susah bagi kebanyakan orang untuk buat dua perkara tersebut. Setuju tak?!
 
(Source: x-spotsaudiarabia.blogspot....)
 
 

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Saturday, September 1, 2012

Hasrat Tak Kesampaian

Hari ni hasrat hati aku nak memenuhi undangan kak shima @ boss lama aku @ tuan punya blog  http://ummumadihah898.blogspot.com/ ke majlis perkahwinan anakanda beliau tidak kesampaian. Aku dah sampai kawasan rumah kak shima sebenarnya tetapi kerana terlalu lewat jadi aku segan nak masuk. Dah samapai rumah baru menyesal. kenapalah aku tak masuk je tadi. Huhuhuuu...
 
Sebenarnya ceritanya macam ni. Hari ni aku perlu hantar mak, abah dengan kakak aku ke Masjid Putrajaya untuk Kursus Perdana Haji yang akan berlangsung selama dua hari. Pendafataran kursus jam 2 petang. Jadi perlu bergerak ke sana sebelum pukul 2. Jadi aku berkira-kira andai aku ke Majlis Kenduri kahwin Kak Shima sebelum tu memang tak sempat aku nak sampai rumah semula sebelum pukul 1. Sebab majlis pun mula dalam pukul 12 kan. Jadi takkan aku nak datang awal pulak. Tu yang aku plan nak hanatr mak abah dulu.
 
Gitu gini semua gerak dari rumah sedikit lewat kerana mak abah ke Majlis Kenduri kahwin sahabat lama yang berdekatan dengan rumah. Kami cuma keluar rumah selepas solat Zohor. (Tapi aku belum solat lagi sebab aku dah siap tunggu dalam kereta pukul 1). Keluar rumah lepas abah balik masjid.
 
Jalan ke Putrajaya alhamdulillah lancar jer. jadi kami sampai di sana lebih kurang jam 2.30 petang. Aku terus bergegas ke Sungai Buloh. Harapan aku boleh sampai sebelum pukul 3.30 petang lah. Aku ni masalah sikit sebab tak berapa pandai jalan. Jadi aku follow je signboard. Follow punya follow, sangkutlah dalam kesesakan sana sini. Aku cuak betul. Tapi sebab jem bergerak aku rasa lega lah jugak.
 
Tapi malangnya bila sampai dekat Sungai Buloh, aku yang bijak pandai ni pergi ikut Bukit Rahman Putra. Mak aiiiiiiiiiii...Jem giler jalan dalam tu. Aku risau betul Dengan jam dah pukul 3.30, aku belum solat Zohor lagi. Huhuuuu...Sudahnya aku lepas daripada kesesakan yang menyakitkan hati tu dekat simpang nak gi Tasik Biru tu dah pukul 4 lebih. Jadi aku pergi Petronas utk solat asar dulu. By the time sampai Balai Polis Sungai Plong jam dah pukul 4.30. Memandangkan undangan Kak Shima samapi pukul 4.30 petang, aku pun sangatlah segan nak pergi. Cuba call Kak Shima tak dapat. Jadi aku dengat berat hati terus balik ke rumah.
 
balik rumah pun jalan tersangatlah jemnya. Aku sampai rumah pukul 6 lebih. Kecewa dan sakit hai dengan kesesakan jalan macam ni. Huhuhuuu...
 
Kepada Kak Shima, minta maaf banyak-banyak. Orang kata kalau nak datang memang takde alasan kan? tapi memang saya nak datang. Dah sampai pun. Cumanya silap saya saya tak singgah terus rumah akak walaupun dah lambat. Bila call akak tak dapat terus saya segan nak singgah. Balik rumah memang menyesal sangat. Huhuhuuu...Maaf ya kak.
 
Walau apapun saya ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Haniff dan Nadia! Semoga kekal bahagia ke hayat hayat. Kepada Kak Shima dan suami, Selamat menerima menantu!



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Thursday, August 30, 2012

Rambling

Lama tak berblog. Bukan takde cerita tapi kesempitan waktu. Sempit ke waktu? Ke aku yg tak pandai mengurus waktu sendiri?Huhuhuhuuuu...
 
Malam ni memang jadual padat sangat. Keluar pejabat pukul 6.30, sampai rumah dah dekat maghrib. mandi solat makan segala macam dah dekat Isya' .Lepas Isya' bersedia untuk menyiapkan tempahan Apam Polkadot dan Blueberry Cheese Tart. masa tengah buat Apam Polkadot, kawan call nak bercerita hal keluarga. Perlu layan juga takut kecil hati pula nanti. jadi terganggu sikit waktu mengapam. Sudahnya Apam Polkadot cuma siap pada pukul 12.15 pagi.
 
Terus bersiap nak ambil Aphyd yang habis kerja pukul 1.00 pagi.  Dalam hati berdoa cepatlah sampai rumah sebab nak buat Blueberry Cheese Tart pulak. Dalam perjalanan balik dari tempat kerja Aphyd, abg pulak call bagi tau kereta dia tak boleh start. Jadi terus bergegas ke tempat dia. Lepas tu baru balik rumah. Sampai rumah dah pukul 2.00 pagi.
 
Teruskan projek Blueberry Cheese Tart. nasib baik shell memang dah disiapkan oleh kakak aku. jadi aku tinggal mengecheese dan melorek je lah. Siap semua dekat pukul 3.00 pagi. Barulah boleh masuk tidur ni. Jadi memang aku kesempitan waktu kan? :-)
 
 (Source: aawabed.blogspot.com)
 


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, August 5, 2012

Rumah Baru

Aku dah buat sedikit "renovation rumah' aku ni. :-) Tidaklah secantik blog orang lain tapi bagi aku dah cukuplah ni buat masa ni. Simple je. Doodle header yang comel macam aku ni aku tempah daripada tuan punya blog MerahituJambu. Sesiapa yang berminat bolehlah jenguk blog dia. Aku dapat ni pun dari blog MamaGee yang aku rajin terjah . Terima kasih mama. Terima kasih juga kepada Merahitujambu.


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, July 25, 2012

Lengangnya.....

Korang nak tau tak bila masanya jalan raya kat KL ni lengang dan tak jem dalam bulan puasa ni? Jawapannya adalah masa nak berbuka puasa. :-) Petang tadi aku 'ter'balik lewat dari pejabat. Ter'rajin' pulak siapkan kerja yang sedikit mendesak di pejabat. Punya leka sampai tak sedar dah pukul 7.00 petang. Bila tersedar dah pukul 7.00 petang maka aku pun kelam kabut bersiap nak balik.

Keluar je dari tempat letak kereta, aku rasa sangat-sangat lega. Mana taknya, jalan raya punyalah lengang. Langsung tak sesak. Syukur alhamdulillah.

Jadi aku buat kesimpulan, kalau tak nak stress dengan keadaan jalan yang sesak sangat, maka adalah dicadangkan balik rumah lepas pukul 7.00 petang (tapi aku rasa kalau 6.45 petang pun ok juga kot). hehehehheeee.....Cadangan ini hanya sesuai untuk orang bujang yang tak payah cari makanan berbuka di Pasar Ramadhan (atau PARAM - istilah popular pada masa ini yang aku tak berapa suka dengar)  macam aku. Heheheheheee....

(Sumber: www.flickr.com)

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, July 24, 2012

Aku Nak Senyum

Aku rasa nak senyum je malam ni. Sebabnya petang tadi aku terserempak dengan kawan sepejabat yang agak rapat dengan aku suatu ketika dahulu. Aku suka tengok dia. Cara dia bercakap, senyum dia (walaupun kalau tengok bukanlah hansome mana pun...hahahaha), gaya sombong dia (hahaha...gaya sombong pun suka kan?!) dan yang paling aku suka sebenarnya adalah cara dia layan aku dulu-dulu-mesra dalam kesombongan...hahahahahaaa...Tapi aku tidaklah sampai jatuh cinta pulak dengan dia. Aku cuma suka je. Aku kenal isteri dan anak-anak dia, begitu juga sebaliknya. Jadi memang tak pernah timbul rasa yang pelik-pelik dan tak sepatutnya. Aku cuma suka karektor dia saja dan tidak lebih daripada itu.

Jadi bila dah lama tak bersua muka ni, sesekali terserempak dan berbual ringkas pun buat aku rasa macam seronok je. Apa-apa entah aku ni kan? Sukatilah...hehehehhee....

 

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, July 23, 2012

Arghhhh....

Kesesakan jalan raya yang luar biasa pada bulan Ramadhan bukanlah perkara baru. Saban tahun perkara yang sama berulang. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang keluar pejabat pada pukul 5.30 petang macam aku. Rumah sejengkal pun mengambil masa lebih sejam. Contohnya petang tadi. Aku keluar pejabat pada pukul 5.30 petang dan aku cuma berjaya sampai ke rumah pada pukul 7.10 petang.  Dekat dua jam dalam kereta, pada hal jarak dari pejabat ke rumah aku tak sampai pun 10km. sabar je lah kan?
(Sumber: dwnsiswa.dbp.my)
Kadang-kadang aku rasa lagi baik aku naik LRT. Tidaklah aku stress dengan kesesakan jalan yang memang sangat menyesakkan kepala otak aku. Tapi kalau aku naik LRT, ada sedikit masalah kerana rumah aku sedikit jauh daripada stesen LRT. Kalau jalan kaki dalam setengah jam juga baru sampai. Kalau nak tunggu teksi rasa macam tak berbaloi tambangnya. Dekat pun dah RM5.

(Sumber: arizazali.blogspot.com)

Jadi macam mana? Tiba-tiba aku terfikir alangkah bagusnya kalau aku ada lesen motor. Boleh aku merempit je ke pejabat. Heheheheee.....
(Sumber: mynewshub.my)


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Friday, July 20, 2012

Sob Sob Sob....

Hari ini aku menerima dua berita yang menyedihkan. 

Yang pertama, seawal pagi aku dengar berita tentang hero tenis pujaan hati aku, Rafael Nadal yang tidak akan mempertahankan pingat emas sukan olimpik yang dimenangi di China empat tahun lalu kerana masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan. Sangat sedih. Banyak betul berita tentang Rafa yang mendukacita sejak beberapa minggu ini. Gagal di pusingan kedua Wimbledon 2012 hingga menyebabkan beliau jatuh ke kedudukan nombor 3 dunia dan terkini tidak bersaing di Sukan Olimpik 2012. Sedih sedih sedih. Aku harap Rafa akan kembali pulih dan cergas dengan segera dan kembali memberi cabaran dan seterusnya merampas kembali takhta teratas dalam ranking tenis dunia.

Tak nak tengok muka sedih-sedih ni lagi.
Sebab kalau dia sedih aku lagi sedih.
Huhuhuhuu.....

Berita kedua, sahabat baik, Zura aku akan kembali bertugas di Wilayah Selatan bermula pada hari Isnin depan. Sedih sedih sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh........Tapi sebagai sahabat aku perlu tumpang gembira sepatutnya kerana dengan kembalinya dia ke sana, dia akan lebih dekat dengan ayah tercinta yang kurang sihat. Semoga dia akan dapat berbakti kepada kedua orang tua dengan lebih baik lagi di sana nanti. Selamat kembali ke negeri tumpah darahmu sahabatku. Bawa kembali segala kenangan baik di sini ke sana dan tinggalkan segala yang buruk di sini. I'm gonna miss u!


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, July 18, 2012

I'm Back!

Salam semua. Dah bersawang juga blog ni rupanya. Maklumlah tuan rumah sibuk berjalan jadi terpinggirlah blog ni buat sementara waktu. Tapi jangan risau. Tuan rumah dah balik dan dah ada mood nak berblog kembali. (Poyo je macam ramai sangat org nak baca...hehehehe). Insyaallah cerita2 terkini akan diupdate satu per satu. Tungguuuuuu....


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, June 25, 2012

Pergi Tak Kembali

Tengah hari tadi aku dikejutkan dengan berita kematian ayah kepada rakan se pejabat aku yang aku panggil dengan nama Kak Dee. Sebenarnya aku pernah kerja satu bahagian dengan abah Kak Dee yang aku panggil Pakcik Man. Pakcik Man ni sebenarnya kawan sepejabat ayah aku dan juga orang kampung mak aku. Panjang ceritanya kan? kalau ada yang tak faham biar kasi senang sikit. Sebenarnya aku, abah aku, Pakcik Man dan Kak Dee semuanya staff DBP. Abah aku pencen 12 tahun lepas dan Pakcik Man pulak kalau tak silap aku pencen lebih kurang gak time abah aku pencen. Pakcik Man ni rumah dia dekat dengan rumah arwah atok aku (sebelah mak). Itu pasallah abah dengan mak aku kenal sangat dengan Pakcik Man.

Aku dapat ebrita kematian Pakcik Man melalui siar raya di pejabat aku. Sebaik sahaja aku dengar berita tu aku terus call mak aku. Terkejut mak dengan abah aku. Mak dan abah terus bergegas ke rumah arwah. Aku tak dapat pergi sebab ada kerja yang sangat urgent yang perlu aku siapkan. Aku ralat juga tapi nak buat macam mana. Maafkan Eda pakcik sebab tak dapat ziarah pakcik buat kali terakhir. Eda doakan semoga pakcik sentiasa dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam kalangan orang beriman. Buat Kak Dee dan keluarga semoga tabah hadapi semua ini. Takziah! Al-Fatihah....
----

Sebenarnya ada sedikit cerita yang agak melucukan terjadi kat rumah aku berkaitan dengan kematian Pakcik Man. Jangan salah anggap. Kematian ini memang mnyedihkan tapi gelagat anak buah aku yang agak melucukan. Mak dengan abah aku sebenarnya agak payah nak keluar siang hari pada hari bekerja kerana mereka menjaga anak buah aku yang 3 orang tu. Tapi kalau tengah hari seorang je ada sebab yang dua lagi sekolah. Yang kecil tu sekolah sampai thari je. Jadi kalau nak ke mana-mana mak dan abah perlu bawa si kecil Ayoi tu sekali. Masa di rumah arwah Pakcik Man, abah macam biasalah, buka penutup muka jenazah untuk melihat buat kali terakhir. Anak buah aku nampaklah apa yang abah aku buat. Dia diam je lah masa tu. Tapi bila balik rumah dia mula soal abah aku. 

"Tadi atok bukak muka orang tu (Pakcik Man) kan? Muka dia macam mana tok? 

hmmm masa ni abah aku dengan mak aku tak faham lagi soalan dia. 

Abah aku kata "Macam orang dah matilah dik". 

Sekali dia kata "Atok kan tengok tadi. Ceritalah tok muka dia jadi apa?" 

Barulah abah aku perasan apa yang si kecik tu maksudkan. Korang perasan tak? Rupanya ni lah pengaruh TV. Akibat selalu tengok Tanah Kubur si kecil tu ingat orang bila meninggal je muka jadi teruk bagai. Huhuhuu..

Jadi jenuhlah abah aku nak explain. Orang baik bila meninggal muka tak jadi apa2. Atok ni baik jadi muka atok ni macam orang tidur je. Pastu bila kitaorang balik rumah dia pun cerita, tadi pergi tengok orang meninggal macam dalam Tanah Kubur. Tapi tadi takde Tok Adi yang ada Atok Salleh. Hehehehee....kelakar giler budak kecik tu.
 




Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, June 18, 2012

Sekiranya aku....


(Photo credit to Yahoo Image)

"Aku selalu mohon pada Allah sekiranya aku menjadi seorang ibu 
jadikan aku ibu yang memahami hati dan perasaan seorang anak.. 
seandainya aku menjadi seorang ibu
 jadikan aku ibu yang dapat menjadi teman sejati kepada anak.. 
dan seandainya aku menjadi seorang ibu 
jadikan aku ibu yang dapat menjaga mulut ketika marah.."



Aku petik ni daripada wall FB seorang adik (bukan adik kandung aku ya:-)). Besar harapannya. Aku rasa mungkin semua perempuan punya harapan sedemikian. Ingin menjadi seorang ibu yang memahami hati dan perasaan seorang anak, ingin menjadi teman sejati seorang anak dan juga ingin menjadi seorang ibu yang sentiasa menjaga tutur kata terutamanya apabila marah. Tapi berapa ramaikah ibu yang mempunyai sifat dan sikap sebaik itu? Dan mampukah kita untuk menjadi sebahagian daripada ibu yang mulia seperti itu? Aku kira kita mampu menjadi apa sahaja yang kita inginkan. Usaha dan berdoa. Insyaallah.

Dan dalam usaha untuk menjadi ibu yang baik sifatnya kita jangan lupa untuk menjadi seorang anak yang mulia juga sifatnya. Berusahalah untuk menjaga hati orang tua (walau kadang kala hati kita terluka), berusahalah menjaga tutur kata (walau kadang telinga kita perit mendengar kata nista) dan berusahalah untuk menjadi anak yang berbakti kepada orang tua (walaupun kita bukan anak kesayangan mereka). Sesungguhnya setiap kebaikan kita pada orang tua akan diberi balasan yang baik juga darpada Allah. Insyaallah.


Sabda Rasulullah SAW :

"Setiap pagi sedekahkan al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu 
( tidak kira yang masih hidup atau yang telah tiada )" 
nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu"
 

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Saturday, June 16, 2012

Masterchef Selebriti Malaysia

Aku suka tengok program Masterchef Selebriti Malaysia tapi aku tak suka tengok peserta yang satu ni...huhuhuhuuuuu......Tolongggggglah....


(Photo credit to http://www.astro.com.my)




Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Thursday, June 14, 2012

Dambaan Pilu

Layan jiwang sekejab.....Aku sukalah lagu Dambaan Pilu (Didicazli) walaupun aku tak kenal penyanyi dia. kalau yang tak pernah dengar lagu ni, ni aku bagi lirik dia....

Ungkapan kata selindung hasrat nan di hati
Andainya ditafsir terserlah makna yang tersembunyi
Renungan mata bukan pandangan biasa

Bertahun andai terjalin hingga waktu ini
Gurauan mesra menghiasi masa kita bersama
Semakin berputik perasaan ini

Kini baru ku sedari
Selama ini kau ku sayangi
Andai bukan itu hakikatnya
Mengapa rindu yang ku rasa

Mungkin tiada ku fahami
Tidak dapat ku nafikan lagi
Beban rahsia kian membakar diri
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/d/didicazli/dambaan_cinta.html ]
Kalimah cinta selongkar renungan dicipta
Mungkinkah dibiar terdampar
Kasih tak kesampaian
Naluri bisik bukannya dambaan cinta

Kini baru ku sedari
Selama ini kau ku sayangi
Andai bukan itu hakikatnya
Mengapa rindu yang ku rasa

Mungkin tiada ku fahami
Tidak dapat ku nafikan lagi
Beban rahsia kian membakar diri

Ikhlas ku nyatakan
Kau yang ku sayangi
Kau yang ku cintai
Walau tak mampu ku miliki

Ingin ku luahkan
Mungkin satu hari
Kan terbuka pintu hati
Dapat juga kau terima
Diriku akhirnya

Ikhlas ku nyatakan
Kau yang ku sayangi
Kau yang ku cintai
Walau tak mampu ku miliki

Ingin ku luahkan
Mungkin satu hariKan terbuka pintu hati
Dapat juga kau terima
Diriku akhirnya



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, June 12, 2012

Salah kah?


Susah sangat kah hendak menjaga hati orang lain?
Susah sangatkah hendak menghormati orang lain?
Susah sangatkah hendak menghargai orang lain?


Salah kah andai kita merasa marah terhadap orang yang tidak pandai menjaga hati orang tua kita?
Salah kah andai kita merasa marah terhadap orang yang tidak pandai menghormati orang tua kita?
Salah kah andai kita merasa marah terhadap orang yang tidak pandai menghargai orang tua kita?

Salah kah kalau aku mula merasa menyampah terhadap orang seperti itu?
Mungkin aku agak penyabar dalam banyak perkara tetapi tidak dalam perkara yang satu ini.
Huhuhhuuu.....

Jangan kita harapkan orang menjaga hati kita setiap masa tapi dalam masa yang sama kita tidak pernah ambil peduli tentang hati dan perasaan orang lain.

(Photo credit to http://depositphotos.com)





 
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, June 6, 2012

Sengal!


Angkat telefon. Cakap tak sampai 5 minit. Tapi rasa best sangat. Sebabnya?! Dah lama sangat tak cakap dengan dia. (Bukan BFF ya). Sengalnya aku. Hahahahahahaaaaaa...

(Pic credit to http://cormneybraces.com)










Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Thursday, May 24, 2012

♥ Andai Lelaki Tahu♥

Aku salin ni dari FB seorang kawan.
-----------------------------------------------

♥ ANDAI LELAKI TAHU ♥

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
 


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, May 23, 2012

Amarah

Manusia selalu hilang kawalan diri apabila amarah menguasai diri. Hilang kawarasan dalam tindakan, hilang kesopanan dalam pertuturan, hilang segala hilai murni dalam diri. Aku benci sungguh menghadapi keadaan ini. Sangat benci. Terlebih benci apabila keadaan ini melibatkan orang yang aku sayang, keluarga dan kawan-kawan rapat contohnya. bencinya. Kenapa perlu wujud keadaan ini ya? huhuhuhuhuhuhuu....




Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, May 16, 2012

Malas

Dah berminggu tak update blog nampaknya. Sebabnya cuma satu. Kemalasan melanda. Aku sedang berusaha untuk mengusir kemalasan ini jauh-jauh. Aku akan kembali bersiaran dalam sehari dua ini.
Insyaallah.


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!