Showing posts with label Myself. Show all posts
Showing posts with label Myself. Show all posts

Thursday, May 31, 2012

Terharu!

Tiba-tiba rasa terharu.  Thanks buddy for always be with me when i need u!








Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, May 30, 2012

Living in Denial!

"Don't live in denial beb...be strong, be tough...
Setiap penyakit ada ubatnya, itu janji Tuhan.
Stop giving excuses.
Just do it! "



Arghhhhh...Ya Allah berikanlah aku kekuatan.






Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, May 6, 2012

Hati Yang Sensitif

Susah betul kalau kita punya hati yang sangat sensitif kan? Cepat terasa dengan apa sahaja yang berlaku. orang marah kita terasa, orang tak bercakap dengan kita kita terasa, aku buat itu kita kecil hati, orang buat ini kita kecil hati. Huhuhuhuhuu...

Sebenarnya aku punya masalah yang satu ini. Cepat terasa. Cepat sensitif. Aku pun lemas sebenarnya. Dan banyak kali cuba berubah tetapi masih belum berjaya. Aku sangat sangat cemburu dengan adik dan juga kakak aku yang sangat kuat. Tak peduli apa orang kata. Semua diorang tak rasa apa-apa. Tapi aku....Orang tarik muka dan tak bercakap dengan aku pun boleh buat aku menangis. Sedih sangat-sangat. Bilalah aku mampu buang sikap macam ni. Huhuhuhuuu...

Kalau dilihat dari segi fizikal memang aku jauh lebih lasak daripada adik dan kakak aku. Kalau merempit kat jalan bagi lah aku, kalau aktiviti yang agak lasak pun aku rasa aku lagi lasak dari mereka. Tapi kalau bab hati ni memang aku kalah. Aku tak suka sebenarnya jadi macam ni tapi aku sendiri tak tau macam mana nak atasi masalah ni. Huhuhuhuuu....







Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, April 3, 2012

Cerita Birthday Lagi

Tarikh :
2 April 2012

Lokasi: 
Pejabat aku.


Blueberry Cheese Cake hasil tangan aku sendiri untuk kawan se bahagian.

From lef: Faida, Kak hawa, Me, kak Ana

Dua budak comel di bahagian aku...:-)

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, April 2, 2012

Cerita birthday



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tinggal 2011!

2011 telah pun selamat meninggalkan kita. banyak juga peristiwa menarik dalam hidup aku dan keluarga yang berlaku sepanjang tahun 2011. Antara yang paling menarik adalah:

i)  Hasrat aku untuk menjejakkan kaki ke Australia sekali lagi telah berjaya aku penuhi. Walau pun destinasi awal yang dirancang adalah Gold Coast dan tempat yang kami tuju kemudiannya adalah Sydney, tetapi kegembiraan aku tidak berkurang sedikitpun. Yang lebih menggembirakan adalah hasrat emak untuk ke Australia berjaya kami penuhi (selepas gagal membawa emak ke Australia tahun 2010 kerana masalah kesihatan emak yang tidak mengizinkan pada waktu itu).



ii)  Dua orang adik (Azhar dan Ain) aku telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Dengan itu keluarga aku bertambah dua lagi anggota. Welcome to the family - Nor Afniza & Syaiful Nazlan.



iii)  Aku berjaya mengurangkan berat badan aku sebanyak 12kg dalam tempoh lebih kurang 4 bulan. Walaupun jumlah ini tidaklah terlalu besar bagi sesetengah orang, tapi bagi aku 12kg itu sangat banyak. Terima kasih aku ucapkan kepada my childhood fren, Anom yang bagi aku menjadi punca semua ini berlaku. :-) Kalau dia tak 'jual' nama aku pada Wen (Fitness First) mesti aku pun tak jadi member Fitness First. Dan kalau aku tak jadi member Fitness First memang semacam mustahil aku akan kehilangan berat sebanyak itu.Thank you so much Anom. Dan bila bercakap tentang pengurangan berat ini, aku semestinya tidok boleh melupakan orang yang banyak berjasa pada aku, siapa lagi kalau bukan PT aku, Muhammad Ammar Yassir Yasin. Tanpa dia sudah tentu aku pun tak tau macam mana aku nak buat dan apa harus aku buat. Thank you very much Ammar.


iv) Aku telah menjadi penjual kek dan apam secara tak sengaja. (Boleh pulak macam tu?! tapi mmg itu pun yang sebenarnya). Semula bermula apabila kawan-kawan ter'suka' kek dan apam yang aku buat. jadi aku pun terjuallah secara tak sengaja. 

Apam Polka Dot

Apam Polka Dot - 3 pcs/pack

Steamed Butter Cake

Marble Blueberry Cheese Cake

Oreo Cheese Cake

Steamed Chocolate Cake with Choc Topping & Choc Rise
Banyak lagi peristiwa dan perkara menarik yang berlaku dalam hidup aku dan keluarga tetapi aku rasa inilah perkara yang paling menarik dan tak boleh aku lupakan. Mungkin banyak sesetengah orang biasa-biasa je, tapi bagi aku nilah kenangan terindah aku untuk sepanjang tahun 2011.

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, April 5, 2011

Cerita Birthday

Terima kasih buat sahabatku (nama dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu...hehehe) kerana sudi belanja makan pizza tadi sempena birthday aku haritu....Dia nak belanja tapi aku kena order sendiri...tak aci kan? tapi takpelah...sebab nak makan free aku rajinkan diri (tapi aku mmg rajin sebenarnya...bluekkkk....rasa nak muntah baca ya? hehehhe

Mula2 nak order Dominos tapi Dominos takleh nak hanatar cepat...Paling cepat dia kata 45 min....lambatnya..Dia kata memang lambat sebab banyak order tapi dia akan bagi aku coupon utk free pizza utk next order...cam best tapi sebab lambat sangat aku rasa cam takleh nak tunggu....so tak jadilah. Terus call Pizza Hut Delivery...Pizza hut kata 30 min cam biasa...so onnnnnn....

Aku pun dengan jayanya telah mengorder:
  • The Supremo (Large)
  • Beef & Mushroom (Large),
  • Salsa Wings
  • Garlic Butter Flatbread
Makanya arini aku balik dengan kekenyangan...tengkiu my pren...Gambar takde...sorry...heheheh
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Saturday, April 2, 2011

Terima kasih Akak, Aphyd & Ain

Terima kasih banyak-banyak kepada kakak dan adik-adikku atas hadiah hari ulang tahunku....Handbag Carlo Rino (daripada kakakku) dan Perfume Set - JPG Classic (daripada Aphyd & Ain). Suka dua-dua tu. |Terima kasih banyak-banyak ya. Sayang korang semua...muahhhhhhhhhhhhhh...

handbag dan perfume set tanpa kotak.....
Sebabnya gambar ni ambik kat opis.kotak semua kat umah...hehehehe...
dah kata suka kan so teruslah guna...:-)

Berbanyak-banyak terima kasih jugak kat Aphy dengan Akak yang menaja makan malam dekat Flaming Steamboat, Wangsa Maju sempena birthday aku malam tadi....Aku pernah cerita pasal Flaming Steamboat dalam entri sebelum ni...

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Friday, April 1, 2011

Happy Birthday To ME!

Boleh ke wish macam tu? Bolehlah sebab blog ni blog aku kan? Siapa nak marah...hehehhee...

Alhamdulillah....hari ni genaplah usia aku 35 tahun.
Syukur kepada Allah kerana masih memberi aku kesempatan untuk menghirup udara segar sehingga hari ini. Syukur kepada Allah kerana masih memberi aku kesempatan untuk menabur budi yang tak seberapa di muka bumi ini.
Syukur juga kepada Allah kerana memberi aku kesempatan untuk mengumpul dan menambah pahala untuk bekalan ke sana nanti. Syukur Alhamdulillah....

Sekejab je rasa aku dah 35 tahun. Tak banyak yang berbeza tentang diri aku.
Aku masih tinggal di tempat yang sama seperti 32 tahun yang lalu.
Aku masih bekerja ditempat yang sama seperti 10 tahun yang lalu.
Aku masih memegang status yang sama seperti 10 tahun yang lalu.

Walau apapun keadaannya, aku tetap bersyukur. Sesungguhnya Allah maha mengetahui. Perancangan Allah tidak pernah silap. Hanya kita sahaja tidak pernah dan kadang-kadang tidak berusaha untuk mengerti. Berprasangka yang bukan-bukan.

Sesungguhnya, aku sentiasa berharap agar Allah lapangkan dadaku dan buka hatiku untuk menerima setiap ketentuanNya dengan redha.Banyak benda yang aku ingin dan banyak juga yang aku tidak perolehi. Tapi aku pasrah. Doaku pada Yang  Esa "andai itu yang terbaik untukku berikanlah ia kepadaku. Andai sebaliknya...Lapangkanlah hatiku untuk menerimanya dengan redha". Sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui.

Kepada keluargaku yang tercinta, sesungguhnya aku sangat menyayangi kalian.

Kepada sahabat-sahabatku, sesungguhnya kalian sentiasa dihatiku. Aku tak mampu untuk memaksa kalian mengingati dan menghargai aku, yang aku mampu adalah mengingati dan menghargai kalian.
Walau apapun keadaannya pada masa ini, aku tetap ingin ucapkan terima kasih kerana kalian pernah dan telah mewarnai hidupku selama ini...


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, March 23, 2011

Kelab Badminton

Setelah berapa tahun kerja akhirnya aku berjaya menjadi ahli Kelab badminton DBP. Janganlah salah faham. Bukan susah sangat nak jadi ahli cumanya aku je yang malas nak isi borang ke apa ker.hehehehe. Tapi akhirnya aku minggu ni berjaya merajinkan diri untuk mengisi borang dan sebagainya.

Dan hari ni untuk pertama kalinya aku turun untuk bermain. Macam tak percaya pulak. Aku segan sebab semua star DBP yang ada kat situ. Tapi mereka yang galakkan aku untuk join. Jadi aku pun joinlah. Aku pun memang sangat suka main badminton kan. Main weekends asyik tak cukup korum je. Jadi baik aku join diorang ni jugak.

Maka hari ni bermulalah aku bermain badminton di DBP. Macam tak percaya jer. lepas ni aku boleh main setiap hari isnin, Rabu dan Jumaat. Bestnyaaaa....


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, March 16, 2011

Interview

Apa perasaan korang bila dipanggil untuk temuduga? Gembira? Takut? Gementar? Mesti macam-macam perasaan ada kan? Itulah yang aku rasa. Tadi aku terima surat pelawaan temuduga kenaikan pangkat. Aku ni tak banyak pengalaman temuduga sebenarnya. Sepanjang hidup aku aku cuma pernah hadir temuduga sebanyak 7 kali sahaja. Itu pun hanya di dua tempat sahaja.

i)   Temuduga kemasukan ke UiTM untuk kursus Sarjana Muda Undang-Undang. GAGAL. Mak dengan abah tak izinkan aku ambil Undang-Undang tapi aku degil ambil juga. Jadi padanlah muka gagal.
ii)  Temuduga untuk jawatan Pembantu Tadbir (Sambilan) di DBP. BERJAYA. Sempatlah aku jadi clerk sekejab masa aku tunggu result STPM dulu.
iii)  Temuduga untuk jawatan Pen. Peg. Perancang Bahasa (Kontrak) di DBP. GAGAL.
iv)  Temuduga untuk jawatan sekarang di DBP juga. BERJAYA.
v)  Temuduga kenaikan pangkat 1 di DBP. GAGAL.
vi) Temuduga kenaikan pangkat 2 di DBP. Dipilih sebagai calon simpanan.
vii) Temuduga kenaikan pangkat 3 di DBP. GAGAL.

Jadi temuduga kali ini adalah temuduga aku yang kelapan. Dan kalau mengikut rekod, sepatutnya temuduga kali ni aku berjaya. hehehehehe....

Sebenarnya aku bukanlah terlalu risau dengan keputusan temuduga nanti. Bagi aku dapat atau tak bukan perkara yang penting sangat.Kalau takdirnya dapat, maka dapatlah kan?  Tapi dalam hati, kalau dapat pun bagus juga.hehehheeh...Yang lebih merisaukan aku adalah untuk menghadapi temuduga itu sendiri.
(Pic: Credit to ctdol.state.ct.us)

Yang lebih aku risaukan adalah:

i)   Siapa panel temuduga?
ii)  Apa soalan yang akan ditanya oleh panel?
iii) Mampukah aku menjawab soalan dengan baik?
iv) Mampukah aku memberi pandangan yang baik seperti yang diharapkan?

Itulah perkara yang merisaukan aku sebenarnya. Tempoh persediaan menghadapi temuduga terlalu pendek tak sampai seminggu pun. Kerja tengah banyak. Hujung minggu pun aku kena mengendalikan program juga. Jadi macam mana? huhuhuhuuuu...

Apa-apapun aku tetap kena bersedia. Bersedialah seadanya aku. kepada kawan-kawan semua, aku minta tolong doakan aku berjaya menghadapi temuduga ini dengan baik dan mampu menjawab soalan dan memberi pandangan yang diperlukan dengan sebaik-baiknya.

Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkan segala urusanku ini. Aminnnnn....
(Pic: Credit to www.missionislam.com)

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Saturday, February 12, 2011

Jejak Kasih

Aku rasa kunjungan ke Terengganu kali ni sangat best kerana aku telah berjaya dalam satu misi tak rasmi aku iaitu Jejak Kasih kawan-kawan yang dah lama tak jumpa iaitu:
  • Mohamad Mahdi Abas & Siti Asmah Mustapha
  • Noratul Azima Rashid
Mahdi ni kawan sepejabat aku beberapa tahun yang lepas. 8 tahun lepas aku rasa...tak ingat sangat dah berapa tahun...yg aku pasti masa dia pindah dulu anak dia yang sulung baru lahir lah. Sekarang anak dia, Adam Muhaimin @ Amin tu dah 6 tahun. So mesti lebih 6 tahunlah kan?

Sebenarnya Mahdi ni aku ada jumpa sekali tahun lepas tapi sekejab je lah. Dia singgah sat kat DBP masa dia datang KL atas urusan rasmi. Memang sat je lah sbb tak nak nak bersembang sangatpun. Tapi wife dia, Asmah aku tak jumpa sejak diorg pindahlah. Ehh sat...masa dia baru pindah dulu dia ada datang sekali. Masa dia datang tu Amin baru dapat kaki. So kiranya dah 5 tahun gaklah aku tak jumpa kan?lama kan? Sebab tu lah aku nak jumpa sesangat.

Jadi bila boss kata nak gi Terengganu atas urusan kerja tu aku sesangatlah gumbira. Dapatlah aku peluang nak jumpa diorg. Bila flight dah cnfm aku terus inform diorg. Memula tu aku rasa cam kecewa n sedih  sbb dedua tak reply pun msg aku kat FB. So aku andaikan both sibuklah. Mungkin takde masa nak jumpa aku kot.Takpelah. Lain kalilah agaknya.

Tapi sampai2 je kat Terengganu ada dapat call dari Mahdi. Mmg masa tu fight baru je mendarat (aku tak sitch of hp masa tu...teruk tul aku kan? huhuhuuu). Aku pick up then aku kata nanti aku call balik. Segah seh nak bercakap nanti org nampak. Sah2 kat situ blum bleh pakai tepon lagi kan? Ngam keluar dari flight aku call back. Hahahahaaa.....kawan aku tu buat kelakar. AKu kata kat dalam flight dia ingat aku kat kl lagi. Rupa-rupanya dia plan nak jemput kat airport. Tapi since dia pun tak kuar lagi dari opis sebab dia ingat flight aku kul 4 (aku cakap flight balik kul 4 tapi yg dia ingat flight datang plak...heheh) so terpaksalah aku hampakan harapan diorg berdua (cettt ayat cam bagus...hehhehe). Sebenarnya JPN dah kata nak fetch kitaorg. Masa kitaorang  sampai tu diorg dah sampai. So kesian plak kang kalau tak ikut diorg.

Makanya Mahdi ngan Asmah terpaksalah reschedule time nak jumpa aku. Tu lah saper soh tak bagi  tau awal2 kan? hehehheee....Lepas berdiskusi kedua-dua suami isteri tu maka diputuskan diorg nak datang masa hari last day aku kat sana. Sebabnya last day tu aku takde apa2 pun. Flight balik aku petang. So ada lah masa nak jumpa pagi.

Aku ingat nak pi sembang-sembang n minum-minum jer on that day. Tapi pasangan suami isteri yang sangat baik hati ni siap bawak aku berjalan ke Masjid Kristal n Taman Tamadun Islam lagi. Cerita pasal tempat yang aku melawat tu aku buat dalam entri lepas ni ya. :)

Puaslah gak melawat dedua tempat tu ngan diorg n anak2 diaorang. Seronok dapat jalan2 sambil sembang2 ngan diorg sambil melayan kerenah anak2 diorang, Last aku jumpa Asmah masa anak dia baru sorang. Sekarang dah 3. Lepas ni entah bila nak jumpa kan? Bila anak dia dah 6 ker? hehehhehee..

Tu lah cerita jejak kasih aku yang pertama.

 Me,  Mahdi n d Kids - Amin, Yusof & Nureen
(Pic: Asmah & Mahdi Collection)

 Me, Asmah & Baby Nureen
(Pic: Asmah & Mahdi Collection)

Cerita jejak kasih aku yang kedua pulak. Noratul Azima Rashi @ Nora ni kawan sekolah aku masa kat Sabah dulu. Masa aku form 4 kat Sabah College @ Maktab Sabah dulu. Dia bukan orang Sabah. Dia memang asal Terengganu tapi dah lama dok Sabah sebab abah dia mengajar kat Sabah. Tapi aku kenal n kawan dengan dia kat sabah tak lama pun. Tak sampai setahun pun. Tapi kitaorang memang baiklah. Sama-sama orang Semananjung lah konon. (aku masa baru2 sampai tu cam sombong skit. Nak carik kawan budak Semenanjung lah konon. Sebenarnya takut nak kawan ngan ornag Sabah sbb aku takut aku tak faham bahasa diorg je..nak ngaku tak faham malu...hehhe...tapi tu masa memula sampai je lah.)

Sebab lepas tu Nora pindah balik Terengganu. Tapi walaupun jauh kitaorang still in touch lah. Tulis suratlah apa lagi. (masa tu takde hp ya kengkawan). Masa dia belum kawin dulu agak gak few times jumpa dia. Dia pun study kat UM je dulu so kira dekatlah ngan aku. Tapi lepas dia kawin mmg kira cam takde jumpa dah. Last jumpa dia masa dia datang kl dulu. Tu pun masa anak dia yang sulung, Danial baby lagi. Aku ingat lagi masa tu dok berdukung lagi Danial tu. Aku tolong jaga masa dia carik barang kat Low Yatt. hehehehe...tu lah last jumpa. SKg danial pun dah sekolah ok. Ulang suara DAH SEKOLAH. bayangkan dah berapa tahun. Plan nak jumpa selalu gak tapi ending tak jadi. Tak sempatlah n bagai2lah.

Actually aritu pun cam tak jadi je. Sebabnya plan asal nak jumpa on Friday ari last aku kat sana. Tapi dia ada hal plak. So reschedule on thursday. Tapi urusan rasmi aku dengan JPN selesai dah lewat plak. Then nak jumpa malam tu. Aku tunggu2 gak tapi urusan dia kat umah plak selesai lewat.. Adik dia Jan yang kat Mesir tu balik malam tu. So tak jadi.

Last2 jumpa sebelum aku terbang balik. Diorg datang kat Airport. Memanglah tak lama n tak puas bersembang tapi dah dapat jumpa tu pun aku rasa best dah. Abah dia siap bagi tapai lagi sebab aku cakap aku nak cari tapai kecik2 yang dalam daun getah tu. Nak carik kat pasar tak dan. Terima kasih bebanyak kat pakcik rashid yg susah2 payah carikkan aku tapai tu.

Kalau Asmah aku last jumpa masa anak dia sorang n jumpa balik lepas anak dia 3 ni. Nora plak aku last jumpa masa anak dia sorang n skg anak dia dah 4. huhuhuhuuuu...
Me, Nora & Baby (lupa plak nama...huhuhuuu..sorry dear) 

Apa-apapun aku sangat seronok dapat jumpa dedua sahabat baik aku ni. Terima kasih bebanyak kat korang sebab sudi luangkan masa jumpa aku yang best ni...hehehehhee....Kalau korang datang KL rogerlah aku tau. Bleh sambung sembang2 lagi....

LUV U GUYS.....

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, January 4, 2011

Demam lagi...

Untuk kesekian kalinya aku demam lagi malam tadi....dari bulan lepas aku ni asyik demam baik then demam lagi baik lagi pastuh demam lagi n baik lagi....Dalam masa sebulan ni dah 3 kali aku pergi klinik. Makan ubat baik then habis ubat demam balik...makan ubat lagi...baik...demam lagi...huhuhuuuuu...

Ya Allah tolonglah...berikanlah aku kesihatan yang baik....sembuhkan aku daripada segala penyakit...Amin...
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!