Showing posts with label Celebrities. Show all posts
Showing posts with label Celebrities. Show all posts

Friday, May 25, 2012

Hilang Belum Berganti

Pada tarikh ini, 57 tahun yang lalu, lahirnya sebutir bintang di bumi berkat ini. Sudirman Haji Arshad nama diberi. Beliau merupakan anak bongsu daripada 7 orang anak kepada pasangan Haji Arshad Hassan dan Ramlah Dahlan.

Beliau adalah penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon. Beliau mula mencipta nama sebagai penyanyi selepas menjadi Johan Bintang RTM pada 11 Ogos 1976. Beliau mendendangkan lagu Seruling Bambu dan Big Spender. Sikap beliau yang spontan pada ketika itu dan suara beliau yang unik ternyata telah memikat hati para juri dan juga masyarakat umum.

Satu perkara yang unik tentang beliau adalah beliau bukan sahaja disenangi dan diminati oleh golongan muda, malah golongan tua dan kanak-kanak juga. Bukan sahaja oleh orang Melayu malah disenangi juga oleh pelbagai kaum yang lain di Malaysia. Buktinya dapat dilihat melalui kejyaannya dalam konsert pada 15 April 1986 di jalan Chow Kit Kuala Lumpur. Konsert gergasi percuma itu telah berjaya memikat dan memukau hampir 100 ribu warga kota yang berpusu-pusu membanjiri jalan itu. Kejayaan ini telah direkodkan dalam Malaysia Book Of Records.

Pada 19 Mac 1989, Sudirman telah dinobatkan sebagai Penghibur Terbaik Asia di " Asian Popular Music Awards". Acara ini diadakan bersama-sama dengan Salem Music Award Festival yang berlangsung di Dewan Royal Albert Hall, London. Beliau merupakan penyanyi pertama Malaysia yang memenangi anugerah tersebut. Sudirman telah mengalahkan 8 orang peserta dari negara-negara Asia termasuk penyanyi hebat Leslie Cheung (Hong Kong) dan Anita Sarawak (Singapura). Dalam pertandingan tersebut beliau telah menyanyikan dua buah lagu Inggeris One Thousand Million Smiles dan Send In The Clown. Lagu One Thousand Smiles dirakamkan dalam bentuk single dan dipasarkan di Eropah.

Antara anugerah lain yang pernah beliau menangi sepanjang hayat beliau adalah seperti yang berikut:



  • Penghibur TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa, RTM 1978
  • "Malaysia's Singing Ambassador" MTDC 1985 ("To know Malaysia is to love Malaysia")
  • Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu TV3,1987
  • Malaysia's Indian Music Award, 1987
  • Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1989
  • Asia's Number One Performer 1989. Salem Music Award London
  • Malaysia Guinness Awards
  • No. 1 Malaysian singer (New Straits Times)


  • Beliau meninggal dunia pada 22 Februari 1992 pada usia 37 tahun selepas 7 bulan menderita dengan penyakit pneumonia. Walaupun sudah 20 tahun meninggalkan kita semua namun nama beliau, lagu beliau masih segar dalam ingatan kita semua. Pepatah melayu ada mengatan "Yang Patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti". Tapi bagi aku secara peribadi "patah belum tumbuh dan hilang belum berganti".

    Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. 



    "Dir,
    Tuhan lebih menyayangi,
    Dari kami, teman mu yang
    Tak pernah mengerti.
    Dir,
    Hanya setelah kau pergi
    Kehilangan amat dirasai."

    Semoga kau tenang di sana.


    Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

    Sunday, January 15, 2012

    Puas Hati Cukup Puas Hati!

    (Pic credit to kredit www. mstar.com.my)

    Ella dan Awie bukanlah nama asing dalam industri hiburan tanah air. Bagi aku, kedua-dua mereka adalah penyanyi yang hebat. Aku meminati kedua-duanya sejak zaman sekolah lagi. Sebut saja album kedua-dua penyanyi ni, album mana yang aku tak beli. Semuanya aku beli dan jadikan koleksi. Tapi tidak lah pula aku pernah menonton mana-mana konsert mereka secara terbuka sebelum ini. Bukan aku takde impian dan tak teringin melihat mereka menyanyi secara live tapi aku takut nak pergi konsert terbuka ni. Banyak sebab kenapa aku takut dan tak sanggup nak pergi. Jadi impian tinggal impian je lah.

    Tapi pada tanggal 14 Januari 2012, impian aku untuk melihat kedua-dua penyanyi hebat ni beraksi secara live dalam sebuah konsert besar telah menjadi kenyataan. Terima kasih kepada  Han Isaac dan Tall Order Productions (TOP) yang telah mengadakan sebuah konsert hebat "Konsert Awie & Ella, King & Queen of Rock" di Panggung Sari, Istana Budaya pada 12-15 Januari 2012 yang lalu.

    Memang hebat dan mantap. Itu je yang aku mampu katakan tentang konsert tersebut. Awie dan Ella memang hebat. Kelunakan suara mereka, kelantangan vokal mereka, kehebatan mereka mengawal pentas memang tidak boleh dipertikaikan lagi.

    Antara lagu yang dipersembahkan dalam konsert tersebut adalah 1570, Teruja, Funky Monyet, Seribu Tahun, Menyanyi Lalala, Layar Impian, Dua Insan (duet), medley Dibayang Awan, Cinta Selembut Sutera, Ukiran Jiwa, Bara, Sembilu, Gemilang, Pengemis Cinta, Ratu dan Nostalgia Cinta.

    Konsert 2 jam tu terasa seperti sekejab je hingga penonton menjerit "We want more...We want more" di hujung konsert tersebut. Tapi yang bestnya jeritan penonton tu disambut dengan aksi mencuit hati Awie. Awie sambil tersenyum membalas "You want more, U pay more". heheheee.....

    Aku sememangnya terhibur sepanjang konsert berlangsung. Tapi yang aku ralat sedikit adalah bila aku tidak dapat mengambil gambar sepanjang konsert berlangsung. Beria-ia aku recharge bateri DSLR sebelum pergi. Nak ambil gambar banyak-banyaklah kononnya. Tapi hampa kerana Istana Budaya tidak membenarnya penggunaan kamera sepanjang konsert berlangsung. Aku yang patuh dan penakut ni pun ikut je lah. Ni beberapa keping gambar yang aku ambil dari Mstar. 

    Pic Credit to BERNAMA

    Pic credit to BERNAMA

    Pic Credit to BERNAMA

    Sebelum terlupa, aku juga nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada BFF aku yang sudi teman dan belanja aku tengok konsert hebat ni. (Walaupun aku tau dia sangat dengki dengan Awie. Hahahaaa....). Terima kasih daun keladi. Lain kali moh kita tengok lagi....hehehheheee....Thanks Bosu Q!

    
     TERBAIK!!!!

    Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

    Wednesday, December 28, 2011

    Ella & Faizal Tahir @ Mentor 6

    Best betul bila dapat tahu dua orang penyanyi pujaan hati aku, Ella dan Faizal Tahir dipilih sebagai Mentor untuk Mentor 6. (Aku terbaca dalam FB Ella tadi ). Aku harap kedua-dua artis pujaan aku ni akan dapat protoge yang terbaik yang mampu menyerap segala ilmu yang bakal dicurahkan kepada mereka.

    All the best to both of u!
    
    Barisan  Mentor bagi Mentor 6: Ella, Faizal Tahir, Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Ramlah Ram, Adam dan Ferhad.
    (Pic credit to http://www.gua.com.my)
    
    Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

    Saturday, December 3, 2011

    Ombak Rindu w Aaron Aziz & Aaronators!

    Date    :    1 Disember 2011 (Khamis)
    Time   :    8.00 - 11.30pm
    Venue :    e@Curve

    Me & Tisha
    Pic: Credit to Aaronators


    Pic: Credit to Aaronators


    Short Speach by Aaron Aziz! Coolllll.....

    Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

    Tuesday, February 22, 2011

    Sudirman...In Loving Memories Part 2

    Hari ini, 22 Februari 2011, genaplah 19 tahun Sudirman Haji Arshad meninggalkan kita.

    Aku merupakan salah seorang daripada ribuan atau jutaan peminat yang sangat mengkagumi bakat dan kehebatan penyanyi tersohor ini.

    Bagi aku, penyanyi yang pernah diangkat sebagai Penghibur Terbaik Asia ini sangat berbeza dengan penyanyi yang ada sekarang ini. Sudirman berada dalam kelasnya yang tersendiri. Suaranya yang gemersik, nyanyiannya yang merdu dan sangat menusuk kalbu mampu menggetarkan jiwa dan perasaan siapa sahaja yang mendengarnya.

    Yang paling aku kagumi, Sudirman bukan setakat boleh memikat hati orang Melayu, tetapi berupaya memenangi hati masyarakat Cina, India dan semua kaum yang ada di Malaysia dari pelbagai peringkat usia.

    Aku percaya kehilangan Sudirman pada usia yang muda, sangat-sangat dirasai oleh peminat hiburan tanah air. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan dia dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al- Fatihah.

    (Pic: Google)

    Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

    Monday, February 21, 2011

    Sudirman...In Loving Memories....

    (Pic: Google)

    Kemboja berguguran memutih,
    Menemanimu ke jalan akhir,
    Persada seni yang kau terangi kini sepi.

    Suara jenaka dan gurauan,
    Di sebaliknya kau kesepian,
    Mimpi-mimpimu retak seribu,
    Tak siapa yang tahu.

    Dir...
    Tuhan lebih menyayangi,
    Dari kami temanmu yang tak pernah mengerti..

    Dir...
    Hanya setelah kau pergi,
    Kehilangan amat dirasai,

    Tak siapa yang tahu..

    Suara jenaka dan gurauan,
    Di sebaliknya kau kesepian,
    Mimpi-mimpimu retak seribu,
    Tak siapa yang tahu.

    Kehilanganmu...
    Kehilangan... kehilangan... mu...

     Rahim Maarof (Azmi Hashim / Habsah Hassan)


    Terima kasih kerana membaca. Have a good day!