Sunday, April 1, 2012

Happy Birthdy Darling!

Darling? Who's that? hmm.....malu nak cakap sebenarnya. Sebenarnya Darling tu...hmmm.....hmmm.....hmmmm. Sila skroll bawah untuk tau jwapannya :-)

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Kenal tak siapa ni? (dengan sengaja meletakkan gambar sekecil-kecilnya.heheheh)

Sebenarnya ini adalah aku. hehehehehehehe...

Memandangkan ini adalah blog aku, jadi aku dengan suka hatinya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada diri aku sendiri.Suka hati aku lah kan. Siapa nak marah kan? Blog aku, aku baca jadi aku nak letak apa pun suka hati aku lah. hehehehheee...

Hari ini merupakan hari lahir aku yang ke-36. Tua ke? Ishhhh mana ada tua. Umur cantik lah juga tu. Tak terlalu mentah dan tak juga terlalu bergetah. hehehehehee...

Mungkin ada sesetengah perempuan malu untuk memberitahu umur kepada orang lain. Tetapi tidak bagi aku. Tidak ada apa yang perlu aku malukan. Aku rasa aku patut berbangga dengan umur aku. Umur gambaran pengalaman hidup bagi aku. Jadi aku tidak patut merasa malu dengan umur itu. Berbanggalah dengan umur anda walau berasa pun angkanya. :-)

Aku mengucapkan syukur kehadrat ilahi kerana masih memberi aku peluang untuk terus menyedut udara segar hari ini. masih memberi peluang kepada aku untuk menatap wajah-wajah keluarga dan shabat-sahabat yang aku sayang. Masih memberi aku peluang untuk melaksanakan amanah sebagai khalifah di bumi berkat ini. Terima kasih Ya Allah.

Aku berdoa semoga aku akan sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh-Nya. Dan semoga hidup aku pada masa akan datang akan dipermudahkan oleh-Nya. Begitu juga dengan keluarga dan orang-orang yang aku sayang. Insyaallah.

Kalau ditanya tentang wishlist...hmmm terus terang aku katakan aku tidak ada langsung wishlist. Tidak mengharapkan apa-apa daripada sesiapa juga pun. Aku menerima apa sahaja yang diberi. Sesungguhnya ingatan keluarga dan kawan-kawan adalah hadiah paling bermakna untuk aku.


 

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: