Monday, June 11, 2012

The Undisputed King Of Clay

Siapa lagi kalau bukan Rafael Nadal. 

Malam tadi Rafa membuktikan bahawa dia adalah 'Undisputed King of Clay" setelah berjaya menewaskan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic, 6-4, 6-3, 2-6, 7-5 untuk menjadi juara French Open buat kali ketujuh. 

Dengan kemenangan ini Rafa beliau telah mencipta rekod baru, mengatasi pencapaian the legend Bjorn Borg yang memenangi French Open sebanyak enam kali. Dengan kemenangan itu juga beliau telah meranapkan impian Novak untuk mencipta rekod memenangi 4 Grand Slam titles in a row.  :-)

Perlawanan yang berlangsung selama 2 hari ini memang sangat mendebarkan. Adik lelaki aku kata, ada pulak main sambung-sambung. Kakak aku cakap, bagi je lah Rafa menang sebab masa hujan lebat semalam dia dah leading, ni nak main sambung-sambung pulak. Hilang kesabaran mereka yang kurang meminati. Bagi aku, ada bagus juga berhenti masa hujan lebat semalam. Sebab bila court dah mula lembab Rafa dah kurang sikit taringnya. Jadi bila sambung semula hari ni dengan court yang dah kering, Rafa mula mengganas semula. Sesungguhnya hujan yang turun semalam adalah rahmat. Alhamdulillah. 

Tapi aku sedikit ralat sebenarnya. Aku rasa mak aku kecil hati dengan aku tadi sebab waktu perlawanan tu sama waktu dengan waktu program tv yang mak aku dok mengadap hari-hari, Seindah Sakura. Jadinya bila aku nak tengok Rafa, mak aku tak dapatlah nak tengok Seindah Sakura. TV kat dapur rumah aku tu dah weng sikit. Gambar ok tapi suara dia sekejab slow sekejab kuat. Ikut suka dia je. Tu yang orang malas nak tengok TV dekat dapur. Tapi aku tak kisahpun kalau kat dapur tu ada Astro. Sebab kat dapur takde Astrolah aku kena tengok TV kat depan jugak. Lagipun Seindah Sakura tu boleh tengok kat Youtube kan? Tenis ni mana ada. Memandangkan ini perlawanan penting jadi aku rasa sebagai peminat setia Rafa aku taknak lepaskan peluang. Dah lah aku terkejar-kejar balik rumah lepas waktu pejabat. kalau tak dapat tengok memang aku frust sangat-sangatlah. Huhuhuhuuu...Minta maaf banyak-banyak ya Mak!

Nasib baik Rafa memang. Kalau kalah aku rasa mesti sebab kena sumpah dengan mak aku. Heheheheeee.....

Congratulation RAFA! Im so happy and proud of you.

(Photo credit to http://www.rolandgarros.com)

 
Senyuman seorang Juara!


 





(Photo credit to http://www.rolandgarros.com)







Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: