Friday, June 19, 2009

Belasungkawa

Malam tadi aku (dan aku rasa ramai dalam kalangan staf DBP juga) menerima sms tak berhenti2 daripada kawan2 tentang berita kematian salah seorang staf DBP iaitu Sdr. Nor Hazizan Talib atau lebih dikenali dengan nama Mat Lela. Kematian mengejut. Punca kematian tidak diketahui. Memang mengejutkan. Dua hari lepas seorang sahabat baru sahaja duduk minum dan bersembang dengan beliau di warung.
Sesungguhnya kematian itu adalah pasti. Dan takdir untuk itu juga pasti. Kita tidak pernah tahu bila kita akan dijemputNya. Sama-samalah kita bersedia menghadapinya.
Kepada keluarga Mat Lela, takziah diucapkan. Al-Fatihah.
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: