Saturday, February 12, 2011

Jejak Kasih

Aku rasa kunjungan ke Terengganu kali ni sangat best kerana aku telah berjaya dalam satu misi tak rasmi aku iaitu Jejak Kasih kawan-kawan yang dah lama tak jumpa iaitu:
  • Mohamad Mahdi Abas & Siti Asmah Mustapha
  • Noratul Azima Rashid
Mahdi ni kawan sepejabat aku beberapa tahun yang lepas. 8 tahun lepas aku rasa...tak ingat sangat dah berapa tahun...yg aku pasti masa dia pindah dulu anak dia yang sulung baru lahir lah. Sekarang anak dia, Adam Muhaimin @ Amin tu dah 6 tahun. So mesti lebih 6 tahunlah kan?

Sebenarnya Mahdi ni aku ada jumpa sekali tahun lepas tapi sekejab je lah. Dia singgah sat kat DBP masa dia datang KL atas urusan rasmi. Memang sat je lah sbb tak nak nak bersembang sangatpun. Tapi wife dia, Asmah aku tak jumpa sejak diorg pindahlah. Ehh sat...masa dia baru pindah dulu dia ada datang sekali. Masa dia datang tu Amin baru dapat kaki. So kiranya dah 5 tahun gaklah aku tak jumpa kan?lama kan? Sebab tu lah aku nak jumpa sesangat.

Jadi bila boss kata nak gi Terengganu atas urusan kerja tu aku sesangatlah gumbira. Dapatlah aku peluang nak jumpa diorg. Bila flight dah cnfm aku terus inform diorg. Memula tu aku rasa cam kecewa n sedih  sbb dedua tak reply pun msg aku kat FB. So aku andaikan both sibuklah. Mungkin takde masa nak jumpa aku kot.Takpelah. Lain kalilah agaknya.

Tapi sampai2 je kat Terengganu ada dapat call dari Mahdi. Mmg masa tu fight baru je mendarat (aku tak sitch of hp masa tu...teruk tul aku kan? huhuhuuu). Aku pick up then aku kata nanti aku call balik. Segah seh nak bercakap nanti org nampak. Sah2 kat situ blum bleh pakai tepon lagi kan? Ngam keluar dari flight aku call back. Hahahahaaa.....kawan aku tu buat kelakar. AKu kata kat dalam flight dia ingat aku kat kl lagi. Rupa-rupanya dia plan nak jemput kat airport. Tapi since dia pun tak kuar lagi dari opis sebab dia ingat flight aku kul 4 (aku cakap flight balik kul 4 tapi yg dia ingat flight datang plak...heheh) so terpaksalah aku hampakan harapan diorg berdua (cettt ayat cam bagus...hehhehe). Sebenarnya JPN dah kata nak fetch kitaorg. Masa kitaorang  sampai tu diorg dah sampai. So kesian plak kang kalau tak ikut diorg.

Makanya Mahdi ngan Asmah terpaksalah reschedule time nak jumpa aku. Tu lah saper soh tak bagi  tau awal2 kan? hehehheee....Lepas berdiskusi kedua-dua suami isteri tu maka diputuskan diorg nak datang masa hari last day aku kat sana. Sebabnya last day tu aku takde apa2 pun. Flight balik aku petang. So ada lah masa nak jumpa pagi.

Aku ingat nak pi sembang-sembang n minum-minum jer on that day. Tapi pasangan suami isteri yang sangat baik hati ni siap bawak aku berjalan ke Masjid Kristal n Taman Tamadun Islam lagi. Cerita pasal tempat yang aku melawat tu aku buat dalam entri lepas ni ya. :)

Puaslah gak melawat dedua tempat tu ngan diorg n anak2 diaorang. Seronok dapat jalan2 sambil sembang2 ngan diorg sambil melayan kerenah anak2 diorang, Last aku jumpa Asmah masa anak dia baru sorang. Sekarang dah 3. Lepas ni entah bila nak jumpa kan? Bila anak dia dah 6 ker? hehehhehee..

Tu lah cerita jejak kasih aku yang pertama.

 Me,  Mahdi n d Kids - Amin, Yusof & Nureen
(Pic: Asmah & Mahdi Collection)

 Me, Asmah & Baby Nureen
(Pic: Asmah & Mahdi Collection)

Cerita jejak kasih aku yang kedua pulak. Noratul Azima Rashi @ Nora ni kawan sekolah aku masa kat Sabah dulu. Masa aku form 4 kat Sabah College @ Maktab Sabah dulu. Dia bukan orang Sabah. Dia memang asal Terengganu tapi dah lama dok Sabah sebab abah dia mengajar kat Sabah. Tapi aku kenal n kawan dengan dia kat sabah tak lama pun. Tak sampai setahun pun. Tapi kitaorang memang baiklah. Sama-sama orang Semananjung lah konon. (aku masa baru2 sampai tu cam sombong skit. Nak carik kawan budak Semenanjung lah konon. Sebenarnya takut nak kawan ngan ornag Sabah sbb aku takut aku tak faham bahasa diorg je..nak ngaku tak faham malu...hehhe...tapi tu masa memula sampai je lah.)

Sebab lepas tu Nora pindah balik Terengganu. Tapi walaupun jauh kitaorang still in touch lah. Tulis suratlah apa lagi. (masa tu takde hp ya kengkawan). Masa dia belum kawin dulu agak gak few times jumpa dia. Dia pun study kat UM je dulu so kira dekatlah ngan aku. Tapi lepas dia kawin mmg kira cam takde jumpa dah. Last jumpa dia masa dia datang kl dulu. Tu pun masa anak dia yang sulung, Danial baby lagi. Aku ingat lagi masa tu dok berdukung lagi Danial tu. Aku tolong jaga masa dia carik barang kat Low Yatt. hehehehe...tu lah last jumpa. SKg danial pun dah sekolah ok. Ulang suara DAH SEKOLAH. bayangkan dah berapa tahun. Plan nak jumpa selalu gak tapi ending tak jadi. Tak sempatlah n bagai2lah.

Actually aritu pun cam tak jadi je. Sebabnya plan asal nak jumpa on Friday ari last aku kat sana. Tapi dia ada hal plak. So reschedule on thursday. Tapi urusan rasmi aku dengan JPN selesai dah lewat plak. Then nak jumpa malam tu. Aku tunggu2 gak tapi urusan dia kat umah plak selesai lewat.. Adik dia Jan yang kat Mesir tu balik malam tu. So tak jadi.

Last2 jumpa sebelum aku terbang balik. Diorg datang kat Airport. Memanglah tak lama n tak puas bersembang tapi dah dapat jumpa tu pun aku rasa best dah. Abah dia siap bagi tapai lagi sebab aku cakap aku nak cari tapai kecik2 yang dalam daun getah tu. Nak carik kat pasar tak dan. Terima kasih bebanyak kat pakcik rashid yg susah2 payah carikkan aku tapai tu.

Kalau Asmah aku last jumpa masa anak dia sorang n jumpa balik lepas anak dia 3 ni. Nora plak aku last jumpa masa anak dia sorang n skg anak dia dah 4. huhuhuhuuuu...
Me, Nora & Baby (lupa plak nama...huhuhuuu..sorry dear) 

Apa-apapun aku sangat seronok dapat jumpa dedua sahabat baik aku ni. Terima kasih bebanyak kat korang sebab sudi luangkan masa jumpa aku yang best ni...hehehehhee....Kalau korang datang KL rogerlah aku tau. Bleh sambung sembang2 lagi....

LUV U GUYS.....

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, February 9, 2011

Info Sihat: Tabiat Makan Yang Sihat

1) Amalkan tabiat makan sajian makanan seimbang.

2) Sering mempelbagaikan makanan yang dimakan dan tidak memilih makanan yang digemari sahaja.

3) Makan mengikut waktu dan bukannya kerap makan ataupun biarkan perut terlalu kosong.

4) Disiplinkan diri dalam pengambilan makanan dengan aktiviti supaya sihat dan berat badan dapat dikawal.

5) Mengamalkan pengambilan makanan yang terjaga kebersihannya.

6) Minum air masak secukupnya kerana tiga per empat tubuh badan manusia terdiri daripada air.

7) Jangan mudah dipengaruhi iklan untuk memakan makanan yang manis, tinggi kandungan garam, terlalu berlemak dan berminyak.

Sumber: Majalah Rapi.
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, February 8, 2011

Menu Sihat: Ayam Kukus Bersos Tiram

Assalamualaikum semua! Apa khabar korang semua? Harap2 semua sihat walafiatlah ya. Pagi ni aku bawak bekal lain daripada biasa. Sbb kalau asyik bawak sandwich anak buah aku yg kecik tu bising....dia plak pandai komplen aku asyik bawak sandwich je. So semalam masa baca Rapi aku jumpa resepi senang gila dan sihat...Ayam Kukus Bersos Tiram.

Jadi malam tadi aku dengan rajinnya kukuslah ayam n buat sos tiram tu. So bangun pagi tadi aku masukkan sayur pak choy dalam kukusan ayam tu n kukuskan sekejab untuk bagi sayur tu masak.Memula aku nak panaskan sos yang aku buat malam tadi tapi bila aku rasa balik macam tak umpphh pla. So dengan rajinnya aku masak lain. hehehehhee...Senang sangat nak masak itu pasallah aku bleh masak lain n tak rasa membazir. So inilah dia rupa ayam kukus bersos tiram yang aku dapat resepinya dari majalah Rapi.


Ayam Kukus Bersos Tiram

Bekalan aku arini. :)

Resepi Ayam Kukus Bersos Tiram

Bahan-bahannya:

1 ketul dada ayam beserta kepak
SosTiram
2 ulas bawang putih (dicincang)
Tepung Jagung Uuntuk pekatkan kuah)

Cara membuatnya:

1) Kukuskan ayam terlebih dahulu (aku letak halia dan bawang putih sikit masa kukus)
2) Tumiskan bawang putih hingga naik bau. Masukkan sos toram dan sedikit air. Kacau sehingga sebati.
3) Masukkan tepung jagung yang telah dikacau bersama air agar sos menjadi pekat dan tidak terlalu cair.
4) Setelah siap, tuangkan sos ke atas ayam yang telah dikukus tadi.

Kalau ikut resepi asal takde sayur, tak berapa bestlah. So nak jadi lagi sihat aku tambahkan pak choy dengan mushroom. Mushroom aku masukkan dalam sos tadi. Pak choy plak aku kukuskan dengan ayam tadi. Tapi bukan masuk sama-sama ayam. Masukkan lepas ayam dah nak masak so pak choy tak lah layu sangat.

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, February 6, 2011

Info Sihat: 4 Cara Mudah Kurangkan Kalori

Macam poyo je kan? Diri sendiri cam badak nak bagi tips. hehehhee....

Tapi ni info bagus kan so apa salahnya aku share kan? oklah dipendekkan citer. Mulai hari ni aku nak share tips sihat yang aku dapat dari mana-mana pembacaan. Kali ni aku nak share tips daripada majalah Rapi tentang 4 Cara Mudah Kurangkan Kalori!

1)  Makan roti bakar bersama jem atau madu tanpa metega. Anda berjaya mengurangkan sebanyak 180 kalori semasa sarapan pagi.

2) Ambil coklat untuk kanak-kanak (20gm) berbanding coklat biasa (49gm). Anda akan kurangkan 130 kal dan 7 g lemak.

3) Taburkan hanya satu sudu teh keju parmesan berbanding satu sudu besar ke atas pasta anda dan jimat 50 kalori.

4) Nikmati sayuran kukus bersama sajian lain di waktu malam berbanding kentang panggang bersama mentega. Anda mengelak 300 kalori.
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Saturday, February 5, 2011

Jom Makan-Makan

Tengah hari tadi aku, kakak, adik dengan mak aku gi Ikea. Tujuannya utamanya nak beli jam dinding dengan tuala tangan (untuk lap2 dapur). Gila mengarut kan gi Ikea semata-mata nak carik benda-benda tu je. Hehehhehe....Tapi nak buat camner mmg kitaorang suka mengarut.hehehhe....

Orang ramai gak lah kat sana. Jenuh gak mencarik parking. Tapi rezeki kitaorang gak dapat parking dekat dengan pintu keluar masuk. Alhamdulillah. Masuk-masuk terus pergi showroom. Jalan-jalan dekat showroom tak lah lama sangat dalam sejam je (tak lama kan?) lepas jalan kat showroom kitaorang pergi mengisi perut dulu sebelum mula shopping. Bahaya shopping masa perut kosong ni (alasan nak makan je sebenarnya ni..hehehee). So ni lah makanan pilihan kitaorang tadi.

Salmon untuk mak aku. Tapi mak rasa skit terus tak lalu makan.
So kakak akulah makan.

 Meatball yang sangat sedap especially gravy dia.Yummy. terasa tak cukup je makan dua orang ni.
Tapi nak beratur balik malas so cukuplah.huhuhuuuu... 

 Ayam adik aku. So so lah rasa dia. Tapi bila makan ayam ni dengan gravy meatball..
.yummyyyy...sodapppp...

Blueberry Muffin. Sedappppp...Lepas panaskan lagi wallaweiiiiiii.....
tak cukup satu...hehehehe..

Lepas makan kitaornag pi solat dulu sebab takut lewat kalau nak pi shopping terus. Surau dia walaupun agak kecik tapi selesa gak lah. So kalau orang tak ramai kira oklah. Lepas solat kitaorang meneruskan misi mencari jam dengan tuala tangan. Misi berakhir dengan jayanya. Sebanyak 8 unit jam dinding telah berjaya dilemparkan ke dalam troli bersama-sama dengan 2 pek tuala tangan. Damage kali ni tak banyak sangat. Sangat terbit dan berdisiplin semuanya. Hehehehehe....

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Thursday, February 3, 2011

Lion Dance

Petang tadi aku secara tak sengaja dapat tengok Lion Dance dekat AEON AU2. Secara tak sengaja sebab kitaorang tak tau pun ada Lion Dance masa tu. Diorg tu datang masa kitaorang tengah dok kat food court JJ tu. dengar je bunyi drum aku melompat terus nak pi tengok sbb aku mmg sangat sangat sangat suka tengok Lion Dance especially yang jenis lompat atas tiang tu. Bestnyaaaa....Best sangat bila tengok dia lompat tinggi-tinggi pastu dengan bunyi gendang n alat muzik lain yang diorg main tu mmg kasi gegar jantung punyalah...tu yg buat aku suka sangat.

Tapi Lion Dance tadi tak main lompat-lompat. Tapi lion dia banyak main baring2. Tak prnah plak aku tengok lion dance cenggitu sebelum ni. Agaknya ni Lion Dance versi budak baru belajar kot. hehehhehe...Aku dapat snap pic guna hp aku. Saksikanlah lion yang main baring-baring ni.hehhehehee...



 







Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Happy Chinese New Year!

To all my chinese frenz out there,

Happy Chinese New Year!
Gong Xi Fa Cai!
Kong Hee Fatt Choy!

Wishing you a very happy and prosperous New Year.



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, February 2, 2011

Anak Tahun Baru

Tahniah buat sahabat baikku, Azura Mohd Halid (berada nun di Selatan) yang telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan di awal tahun 2011 ini. Semoga Raja Zuyyin Raja Zuraidi yang baru dilahirkan itu akan membesar sebagai seorang hamba yang patuh dan taat pada perintah Allah dan anak yang mendengar kata dan hormat kepada kedua orang tuanya dan sentiasa memberi kebahagiaan dan kegembiraan kepada keluarganya. Semoga dia diberi kesihatan yang baik dan dilindungi Allah selalu. 

Salam sayang daripada Aunty Aida @ CikDa yang comel.    :-)

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!