Sesiapa yang sudi membaca coretan tak seberapaku ini silakan berkunjung ke sana. :-)
Thursday, January 17, 2013
Pindah RUmah
Hari ini dengan rasminya aku memaklumkan bahawa aku akan berpindah ke rumah baru di http://deanpieen-deanyoung2.blogspot.com/ atau http://aida1476.blogspot.my/.
Sesiapa yang sudi membaca coretan tak seberapaku ini silakan berkunjung ke sana. :-)
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!
Sesiapa yang sudi membaca coretan tak seberapaku ini silakan berkunjung ke sana. :-)
Wednesday, January 16, 2013
Musykil
Tuesday, January 15, 2013
Rambling
Awal tahun hari tu dah janji dengan diri sendiri nak update blog hari-hari tapi hampeh.Kemalasan melanda bagai tsunami pulak. Uhuksss....Blogwalking pun jarang. Entah kenapa entah. Mungkin sebab banyak kerja kat pejabat, lepas tu bila balik rumah dah penat jadi tak kuasalah. Cumanya hari-hari aku tak boleh miss ngadap blog yang satu ni -> http://salam2benua.blogspot.com. Sampai pejabat buka blog tu, baca & komen lepas tu terus buat kerja. Blog sendiri tak tengok, blog kawan-kawan lain pun kadang-kadang. Minta maaf ya kawan-kawan.
Tapi hari ni aku rasa aku nak jadi segigih tuan punya blog tu. Nak update hari-hari. Boleh ke? Entah...hehehehe....Tapi akan aku usahakan. :-)
Hari ni aku nak berkongsi tentang lunch pack aku. Aku dah mula masak balik utk lunch. Alhamdulillah. Berjaya juga aku menyingkir kemalasan yang bersarang beberapa bulan ni. Heheeee...
Alamakkkkk...tak boleh upload pulak gambar...huhuhuu....tensionnnnnn......Nanti aku try lagilah...now aku nak mula kerja dulu...huhuhuuu...
Wednesday, January 2, 2013
Happy Birthday Sista!
HAPPY BIRTHDAY TO MY BELOVED SISTER
HAJAH NORAZIAN HAJI MOHD SALLEH @
KAK NOR @ ANYAH
May you have a relaxed mind,
May you have a healthy body,
May all your wishes and dreams come true,
May you achieve whatever you desire,
Last but not least,
May Allah bless you with all the good things in this life and hereafter!!!
Home Made Carrot & Walnut Cake with Cream Cheese Topping |
My Sister with our beloved nephews - Wan, Jijie & Ayoi (yang enterframe tu is my brother - A'a) |
Tuesday, January 1, 2013
Family New Year Dinner
Monday, December 31, 2012
Selamat Tinggal 2012 dan Selamat Datang 2013
Assalamualaikum Semua!
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!
Cepat betul masa berlalu. Terasa macam baru semalam je sambut kedatangan tahun 2012. Rupa-rupanya tahun 2012 dah sampai ke penghujung. Bagi aku tahun 2012 tidak meninggalkan banyak sangat kenangan. Tidak banyak peristiwa penting berlaku sepanjang tahun ini. Semuanya macam biasa-biasa sahaja. Walau bagaimanapun aku nak berkongsi tentang peristiwa pahit manis yang tidak dapat aku lupakan pada tahun ini.
Yang Manis
1. Percutian Keluarga di Sydney & Melbourne, Australia
Tahun ni merupakan kali ketiga aku bercuti di Australia (2010 - Perth, 2011 - Sydney). Walau bagaimanapun percutian kali ini menjadi lebih bermakna berbanding percutian sebelum ini kerana pada tahun ini aku bercuti dengan seluruh keluarga (opsss...kecuali abg dengan kakak ipar aku yg tak dapat ikut serta). 14 orang kesemuanya - Abah, Mak, Kak Nor, Aku, Aphyd, A'a & Anie, Ain & Lan, Amie, Adik dan 3 orang anak buah aku, Wan, Jijie & Ayoi. Percutian selama 12 hari itu memang meninggalkan banyak kenangan manis buat aku dan keluarga.
2. Lawatan Kerja ke Frankfurt, Jerman
Aku sangat gembira kerana tanpa aku duga tahun ini aku telah dipilih oleh DBP untuk ke Frankfurt, Jerman sempena Frankfurt Book Fair 2012. Aku pernah ke Frankfurt pada tahun 2010 tetapi pemergian pada tahun tersebut bukan ditanggung oleh DBP. Memang tak pernah terfikir dan tak pernah terjangka yang peluang seperti ini akan hadir dalam hidup aku. Aku sangat-sangat gembira dan sangat-sangat bersyukur.
3. Musim Haji
Musim haji tahun ni menjadi sangat bermakna dalam hidup aku kerana pada tahun ini abah dan mak aku dapat memenuhi hasrat mereka untuk menunaikan fardhu haji buat kali kedua dan kakak aku pula dapat memenuhi impiannya untuk mengerjakan haji pada usia yang masih muda. Alhamdulillah. Syukur kehadrat Allah.
Yang Pahit
Aku rasa tahun 2012 ini tiada peristiwa pahit yang sangat memberikan kesan terhadap aku. Mungkin sedikit pahit tetapi tidaklah terlalu pahit.
Inilah sebahagian daripada kenangan hidup aku bagi sepanjang tahun 2012 ini. Begitulah kehidupan. Ada pahit dan ada manis. Aku berharap dan berdoa agar tahun 2013 menjadi lebih baik daripada tahun 2012 buat aku dan keluarga. dan juga buat kalian rakan-rakan aku semua. Insyaallah.
SELAMAT TINGGAL 2012
&
SELAMAT DATANG 2013
(2013, PLEASE BE GOOD TO ME)
Sunday, December 30, 2012
Rambling!
Assalamualaikum semua!!!
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!
Dah berhabuk, bersawang, berdaki nampaknya blog ni. 3 bulan terbiar dan dibiarkan atas alasan yang aku sendiri tak pasti. Mungkin juga sibuk atau sengaja menyibukkan diri, mungkin juga malas atau sengaja memalaskan diri. Walau apapun sebabnya aku nak mintak maaf pada kawan-kawan yang setia dan sedia menanti entri baru daripada aku walaupun aku sendiri rasa entah apa-apa. Heheheheheee.....
Memandangkan dah lama sangat aku menyepi jadi banyaklah perkara yang nak aku kongsikan dengan korang semua. Antaranya adalah trip ke Frankfurt, Jerman pada bulan Oktober, keseronokan menyaksikan pemain tenis terkemuka di depan mata di Malaysia ATP Tour 2012, pengalaman makan-makan di pelbagai tempat, dan macam-macam lagi lah. Tapi aku bukanlah nak nak tulis semua tu sekarang. Aku akan buat sikit-sikit. Jadi nantikan entri-entri tersebut ya. :-|)
Thursday, October 4, 2012
Selamat Menunaikan Fardhu Haji Abah, Mak, Kak Nor
Aku dengan Abah tersayang |
Mak Usu aku dengan 2 menantunya- Zila dan Dr. Safinaz |
Abang aku yg kiri sekali dengan dua sepupu aku, Dr. Ridhuan (tengah) dan Abg Idi (kanan) |
Adik dan adik ipar aku- Dari kiri - A'a, Anie, Ain, Aphyd & Adik |
Mak dan kakak aku dengan anak buah abah - Kak Ina dan Kak Mona |
Dah nak masuk dalam masa ni... |
Bye abah! Jaga diri baik-baik tau! |
Subscribe to:
Posts (Atom)