Sunday, April 22, 2012

Testing!


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Friday, April 20, 2012

Mimpi

Rasanya semua orang pernah bermimpi masa tidur kan?Kalau mendapat mimpi yang indah pastinya kita akan bangun tidur dengan senyuman dan kalau mimpi ngeri pula pasti sebaliknya.

Aku bukanlah nak membuat tafsiran mimpi di sini. Tapi sekadar bercerita. Aku sedikit pelik kerana sudah dua hari berturut-turut aku mimpikan orang yang sama. Orang yang dah lama aku tak jumpa. kenapa ya?

Mimpi pertama, dia hubungi aku melalui telefon dan kami berbual panjang. Mimpi kedua pula, kami berada di pejabat yang sama, berbincang tentang projek dan kemudian aku buatkan dia air untuk minum semasa berehat.



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, April 18, 2012

Salam Perpisahan

Hari ini hari terakhir rakan sepejabat aku, Nor Afidah Abd. Jamil berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka. Kontrak beliau sebagai Pegawai Perancang Bahasa (PSH - Pekerja Sambilan Harian) tamat hari ini. Walaupun cuma berkhidmat di bahagian aku selama 11 bulan sahaja tetapi kami agak akrab mungkin kerana workstation kami yang hampir dan juga pegawai di tempat kami pun tak ramai. banyak urusan kerja harian yang kami uruskan bersama-sama.

Aku rasa sedih dengan pemergian beliau. Aku doakan semoga beliau akan kembali bertugas di DBP semula dalam tempoh terdekat. Insyaallah. 

From Right: Faida, Aku & Fida

Staf Bahagian Aku.
(2 orang tiada dalam gambar)
Tak ramai pun...

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, April 17, 2012

Salam!

Setelah fikir beberapa kali, akhirnya aku buat keputusan untuk asingkan segala aktiviti dan apa2 yang berkaitan dengan usaha untuk mengurangkan berat badan aku dalam satu blog khas. Tujuannya supaya orang yang tak minat nak tahu tak perlu baca. Ni urlnya kalau ada yang berminat. kalau tak minat pun takpe sbb tujuan aku pun untuk diri aku sendiri je. :-)

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, April 3, 2012

Cerita Birthday Lagi

Tarikh :
2 April 2012

Lokasi: 
Pejabat aku.


Blueberry Cheese Cake hasil tangan aku sendiri untuk kawan se bahagian.

From lef: Faida, Kak hawa, Me, kak Ana

Dua budak comel di bahagian aku...:-)

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, April 2, 2012

Cerita birthday



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, April 1, 2012

Happy Birthdy Darling!

Darling? Who's that? hmm.....malu nak cakap sebenarnya. Sebenarnya Darling tu...hmmm.....hmmm.....hmmmm. Sila skroll bawah untuk tau jwapannya :-)

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Kenal tak siapa ni? (dengan sengaja meletakkan gambar sekecil-kecilnya.heheheh)

Sebenarnya ini adalah aku. hehehehehehehe...

Memandangkan ini adalah blog aku, jadi aku dengan suka hatinya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada diri aku sendiri.Suka hati aku lah kan. Siapa nak marah kan? Blog aku, aku baca jadi aku nak letak apa pun suka hati aku lah. hehehehheee...

Hari ini merupakan hari lahir aku yang ke-36. Tua ke? Ishhhh mana ada tua. Umur cantik lah juga tu. Tak terlalu mentah dan tak juga terlalu bergetah. hehehehehee...

Mungkin ada sesetengah perempuan malu untuk memberitahu umur kepada orang lain. Tetapi tidak bagi aku. Tidak ada apa yang perlu aku malukan. Aku rasa aku patut berbangga dengan umur aku. Umur gambaran pengalaman hidup bagi aku. Jadi aku tidak patut merasa malu dengan umur itu. Berbanggalah dengan umur anda walau berasa pun angkanya. :-)

Aku mengucapkan syukur kehadrat ilahi kerana masih memberi aku peluang untuk terus menyedut udara segar hari ini. masih memberi peluang kepada aku untuk menatap wajah-wajah keluarga dan shabat-sahabat yang aku sayang. Masih memberi aku peluang untuk melaksanakan amanah sebagai khalifah di bumi berkat ini. Terima kasih Ya Allah.

Aku berdoa semoga aku akan sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh-Nya. Dan semoga hidup aku pada masa akan datang akan dipermudahkan oleh-Nya. Begitu juga dengan keluarga dan orang-orang yang aku sayang. Insyaallah.

Kalau ditanya tentang wishlist...hmmm terus terang aku katakan aku tidak ada langsung wishlist. Tidak mengharapkan apa-apa daripada sesiapa juga pun. Aku menerima apa sahaja yang diberi. Sesungguhnya ingatan keluarga dan kawan-kawan adalah hadiah paling bermakna untuk aku.


 

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!