Monday, January 31, 2011

New Template!

Jeng jeng jeng.....blog aku yang tak sepertinya ini telah ku tukar rupanya....cute kan? hehehhehe....so pinky...nampak cam girlish sangat plak kan? tapi takpelah...sesekali nak jadi girlish apa salahnya...heheheh..template cun ni aku ambik dari http://www.giselejaquenod.com.ar.
Thank u very much kat Cik Nani yang  bagi info pasal website tu. Memang cute2 template dia...kalau dah bosan jadi girlish nanti aku tukar lagi....hheheehe...tapi aku ni payah nak bosan dengan sesuatu so mungkin ambik masa lama gak lah kot nak tukar...:)

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, January 30, 2011

Autralian Open 17-30 Januari 2011

Australian Open telahpun berakhir. Bagi aku keputusan keseluruhan agak mengecewakan sebab kedua-dua pemain pujaan aku Rafael Nadal & Roger Federer gagal dalam misi memburu kejuaraan kali ni. Rafael tersungkur di Quaterfinal di tangan rakan senegara David Ferrer manakala Federer pula terkandas di Semifinal di tangan Novac Djokovic.


Kejuaraan pada kali ni menjadi milik Novac Djokovic. Pemain no. 3 dunia tersebut mengalahkan pemain no. 5 dunia, Andy Murray dengan straight set. Keputusan final, semi finals dan quater finals


Final
Novak Djokovic (Srb) def Andy Murray (Gbr) - 6-4, 6-2, 6-3

Semi Finals
1.      Andy Murray (Gbr) def David Ferrer (Gbr) 7-5 6-3 6-7(3) 6-3
2.      Novak Djokovic (Srb) def Roger Federer (Sui) 7-6(3) 7-5 6-4

Quarterfinals
1.      Andy Murray (Gbr) def Alexandr Dolgopolov (Ukr) 7-5 6-3 6-7(3) 6-3
2.      David Ferrer (Espn) def Rafael Nadal (Esp) 6-4 6-2 6-3
3.      Roger Federer (Sui) def  Stanislas Wawr onka (Sui)
4.      Novak Djokovic (Srb) def Tomas Berdych 6-1 7-6(5) 6-1


 Wajah sugul juara yang tesungkur...huhuhuuu...


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Friday, January 28, 2011

Rezeki Hari Jumaat

 Hari ni department aku buat bacaan Yassin bulanan. So adalah beberapa orang yang sudi menaja jamuan ringan selepas tu. Korang layanlah gambar ni ya.

Pasta Goreng Berempah yang dimasak oleh gadis paling comel di bahagian aku. Siapa lagi kalau bukan aku...hehehehhe

 Kuih Seri Muka dan Karipap tajaan Kak Suri & Kak Ana

 Nasi Lemak tajaan boss

Limau mandarin tajaan Faidah

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Thursday, January 27, 2011

Cerita Jual Kek

Hari ni aku secara tak sengaja jadi peniaga kek lagi. Kali ni mini cuppies/mini muffin plak.Asal usul kejadian adalah gambar mini cuppies anak buah aku yg aku post kat FB aku. Ada plak yg berkenan. So diorg pun orderlah. Aku macam biasalah segan beb. Makan sendiri biasalah tapi jual kat orang tak pernah plak. Kek ni dari zaman aku kecik lagi aku ngan adik beradik aku biasa makan so dah jadi fav kitaorang dah especially masa panas baru kuar oven tu lah. Skg anak2 buah aku plak dah jadi cam kitaorang suka sangat kek kecik2 ni. Cuma bezanya utk family aku kitaorang cuma suka vanila je. Lain2 rasa tu kitaorang tak berapa sangat..

Bila aku cakap ngan family aku kawan2 aku nak order mini cuppies tu semua heran. hehehehe....tapi takpelah aku buat jugak utk tak menghampakan kawan2 aku. Korang rasalah kalau sedap order lagi aku bleh buat lagi no hal. Kalau korang tak suka nak buat camner kan. Selera kita kan lain2. 

Okaylah malas cakap banyak. Aku nak tunjuk rupa Mini Cuppies/Mini Muffin & Steamed Butter Cake yg aku buat utk kawan aku yg order untuk esok.

3 perasa : vanila, pandan & strawberry.
50 biji = RM13.00 (without choc rice)
kalau yg macam ni (with choc rice) 50 biji = RM15.00
nak 3 perasa pun bleh gak...
Ni plak Steamed Butter Cake = RM26.00
(Design cake ni tak sama, tapi saiz n rasa samalah.
Design bergantung pada tangan aku masa tu:))

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, January 25, 2011

Hati Yang Berbunga-Bunga

Hati aku berbunga-bunga hari ni sebab Ketua Pengarah ucapkan tahniah kepada Bahagian aku (Bahagian Harta Intelek) atas rekod baru penjualan hak cipta melebihi RM1 juta bagi tahun 2010 dalam Majlis Amanat Tahun Baru KP pagi tadi. Aku sangat gembira.
View Image
(Pic frm Yahoo Image)

Sebenarnya memang aku harap sangat KP highlightkan  perkara ni. Bukan kerana nak bangga diri atau riak atau sebagainya tetapi kerana aku nak orang tau yang bahagian aku pun ada menjana pendapatan untuk DBP. 

Ramai orang tak tau tentang tugas kami di Bahagian Harta Intelek. Ramai beranggapan bahagian kami hanya menguruskan bayaran royalti pengarang sahaja. Dan kami pegawai-pewagai di sini takde kerja pun. Sebenarnya anggapan tersebut SALAH.

Banyak perkara yang diuruskan oleh bahagian kami. Dan salah satu daripadanya ialah pelesenan hak cipta karya terbitan DBP. Melalui pelesenan hak cipta ini karya DBP bukan sahaja dapat disebarkan dengan lebih meluas melalui pelbagai medium, tetapi DBP juga dapat menjana pendapatan tambahan.

Memang dari awal tahun lagi Ketua Bahagian aku dah letakkan target untuk capai sasaran RM1juta bagi tahun 2010. Alhamdulillah berjaya. Tahniah buat diri aku sendiri. (sukahatilah nak tahniah kat diri sendiri kan?kalau aku ucap tahniah kat boss & pegawai2 lain kat sini bukan diorang tau sebab dioarang tak baca pun blog aku ni.so aku ucap tahniah kat diri aku dah lah kan?hehehehhee...)

Aku harap pencapaian seperti ini dapat dikekalkan atau dipertingkatkan pada masa akan datang. Insyaallah.

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Amazingly Slimming Down

A woman from Rusia lost 155 lbs after 1 year and a half. She deserves respect because it wasn't that easy for her. First, she started to walk everyday for 1 km later 5 km, another step was going to the gym.
But the most stunning this is her diet:

Breakfast :
2 eggs, or a piece of cheese or porridge, a pierce of black chocolate or a spoon of honey, coffe without sugar.

Second Breakfast:
Half of a pomegranate, green tea.

Lunch:
Boiled lean meat, fish or chicken breast, fresh vegetable salad with vegetable oil, green tea.

Snack:
A handful of shelled seeds green apple, grapefruit or pomegranate.

Dinner:
Green tea.
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, January 24, 2011

Jom Makan-Makan

Semalam dah kepenatan sebab majlis bertunang adik aku. So hari ni dapur tak berasap.hheheheh...Pagi we all pergi Quality Hotel for Dimsum lah apa lagi...

Dimsum....yummyyyy....

 Egg tart yang sangat sedap....i likeee.... 

Tak tau nama benda ni tapi kakak aku suka sangat....taugeh goreng dengan macam2 benda...sedap..

Adik aku sedang menikmati egg tart...hehhehee...

For dinner pulak kitaorang sekeluarga pergi pekena steamboat. Adik aku (Amie) yang rekemen tempat ni. Dia kata best. Dah banyak kali ajak tapi kitaorang tak pergi2. So malam ni kitaorang trylah steamboat kat Flaming Steamboat Buffet dekat Platinum Walk, Danau Kota Setapak.

Wallaweiiii..syiok bah....banyak pilihan food dia. Seafood, veggi, noodles, deserts, fruits, ice cream, cold n hot beverage, choc fondue....Banyak tu....puas lah nak memilih makanan apa nak makan. Harga pun tak mahal mana. Adult RM22.80+ , Childs RM9.90+. Memang puas hatilah makan kat situ. Kalau korang nak info lanjut boleh tengok kat  http://flamingsteamboat.com/menu.php.



 Ni table mak aku....kitaorg tak dapat dok sekali sbb ramai sangat...hehehe..

Ni plak table abah aku....

 Macam-macam rupa ball ada...

 Adik aku dengan tunang dia...

Pic aku yang comel ni mana bleh takde sebab ni kan blog aku...hehehehe

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Saturday, January 22, 2011

Happy Engagement Nor' Ain & Syaiful Nazlan



Engagement Day

Date:
22 January 2011

Venue:
Taman Sri Keramat, KL

Congratulation Sista!

May your engagement be blessed with love and joy.




Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, January 19, 2011

Jom Masak-Masak

 RESEPI: HOME MADE CHICKEN LASAGNA

Atas permintaan kawan-kawan, aku letak kat sini cara-cara nak buat chicken lasagna (style family aku lah). Korang boleh adjust mengikut kesukaan masing-masing ya.


Bahan-Bahan: 
  • Pasta Lasagna
  • Chicken Bolognese Sos
  • Carbonara Sos
  • Shredded Cheddar/Mozarela
  • Oregano 

Cara Membuat :
 
A) Pasta Lasagna:
  • Masukkan pasta lasagna ke dalam air mendidih dan biarkan sehingga 20-30 minit.
  • Tambahkan minyak zaitun (olive oil) - to reduce the stickiness of the pasta.
  • Biarkan sejuk for 5 -10 minutes or until safe to touch.
 B) Sos (Chicken Bolognese)
  • Macam biasa korang  masak sos bolognese untuk spaghetti tu je. (rasanya semua orang tau kan? tapi kalau ada yang request nak tau macam mana nak masak nanti aku bagi tau kemudian ya)
C) Setting Up The Lasagna
  • Siapkan lasagna dish @ bekas tahan panas. Sapukan sedikit margerin/butter.
  • Letakkan satu layer pasta lasagna ke dalam lasagna dish (mengikut saiz lasagna dish korang).
  • Kemudian masukkan beberapa senduk sos bolognese di atas pasta lasagna tersebut. Ratakan.
  • Sapukan satu layer nipis  sos carbonara (nipis je tau jangan tebal macam sos bolognese tu pulak) di atas sos bolognese tersebut.
  • Letakkan satu layer lagi pasta  lasagna.
  • Masukkan beberapa senduk sos bolognese di atas pasta lasagna tersebut. Ratakan.
  • Sapukan satu layer lagi (nipis) sos carbonara di atas sos bolognese tersebut.
  • Taburkan shredded mozzarella/cheddar (to cover the lasagna) dan oregano.
  • Bakar dalam oven selama 20-30 minit dengan suhu 175 degree (or until chhese is melted and turning gold).
  • Lepas masak bolehlan sejukkan untuk beberapa minit sebelum makan.
Selamat Mencuba!

Kalau korang suka cheese, korang boleh add kraft swiss cheese (slices) kat tengah-tengah dan boleh jugak taburkan sheredded mozarella/cheddar kat tengah-tengah jugak.


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, January 18, 2011

Muffin from Mariati Josepha Mustafa @ Atie!

Rezeki Allah....Masa aku tengah dok terfikir2 nak keluar pergi carik makanan ke tak, tiba-tiba aku dapat call daripada kawan aku. Dia kata dia bawak muffin untuk aku so nak jumpa aku NOWWW...ishhh arahan macam askar Jerman...hhehehhehe...So terkedek2lah aku gi kat tangga belakang nak jumpa dia...

Apa2pun thank u so much ya dik......Susah-susah je tau....:)

Muffin ni Atie buat sendiri....untungnya aku dapat rasa air tangan kawan aku...:)



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, January 17, 2011

Cucu Atok Lagi!

Saja nak tunjuk kat korang cucu abah aku yang no 2. Ni lah dia Muhammad Azizi Azman @ Jijie @ Jijot @ Jijing Boding Ji Boding Boding...hehehhehehe...

Kebetulan aku mc (demam lagi) so adalah kesempatan aku nak snap gambar dia pakai baju kindie dia....Comel tak anak buah aku? mestilah comel...comel cam aku...hehehehhe....


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, January 16, 2011

Jom Masak-Masak!

This weekend aku dapat tempahan Mini Cuppies daripada anak -anak buah aku. Tapi request kali ni lain macam skit sbb diorg nak warna warni pastuh nak boh moon star atas dia plak. Sebab moon star takde stock so aku boh heart je lah....yang penting ada kaler2 sebab itu yang diorang suka. Tapi belum habis adunan tu moon star plak habis so aku teruingat dalam peti ais ada choc rise, aku aku bohlah choc rise...Aku risau gak dioorg tak suka rupanya dioarang suka sangat. Adik2 aku pun suka. So lain kali bolehlah buat letak choc rise lagi....

Walaupun lama gak aku dok kat dapur nak tunggu semu cuppies tu masak tapi aku puas hati bila tengok diorng makan beria2. Angkat 2 tray hilang. Angkat 2 tray hilang. Dah 4 kali masak baru aku boleh boh dalam bekas. Yang lain semua hilang dalam perut. hehehhe...Mini cuppies ni makan masa panas memang best. Kalau sejuk pun sedap, panas apatah lagi kan?

Untuk buat mini cuppies ni aku guna resepi butter cake aku yang biasa tu je. Senang dan sedap (puji diri...heheheh.....tapi memang betul apa resepi butter cake mak aku sedap...hehehe)

Penat gaklah aku menunggu semua masak sebab sekali boh dalam oven bleh masuk 2 tray je. Tapi bila aku dengar anak buah aku kata "Terima kasih Ayang sebab tolong buatkan kek", sejuk ati aku. Hilang penat...:)

Aku boh dalam plastik ni biar tak sememeh masa nak boh dalam cup kecik tu..

Dah siap untuk masuk oven...

 Masa baru masuk oven

 Bila dah separuh masak aku boh 'heart' atas dia...

 Dah nak masak ni

 masak daaaaaa....
  
 yang ni plak aku letak choc rise..

 dah siap untuk dimakan...

ni siap masuk bekas untuk si kecik bawak balik....

Atas permintaan (yoyo je macam ramai sangat yang mintak plak. Tapi memang betul atas permintaan ni tau...hehehe), aku bagi  resepi sekali kat sini. Tapi mintak maaf banyak-banyak sebab aku guna sukatan cawan bukan gram ya. Resepi tradisi mak aku. So takde gram2 ni....Aku guna cawan yang transparen tu jer.

Bahan-bahannya:

1 1/2 buku butter (aku guna farmcow)
2 cawan gula
3 cawan tepung
6 biji telur
1 sudu besar baking powder
1 sudu besar esen vanila
Pewarna makanan hijau epal
Pewarna makanan biru
Pewarna makanan merah  
(Ikut pilihan hati lah nak warna apa. Sukatan kena agak-agak. Tapi jangan cair sangat sebab nanti kaler tak naik. Aku main tuang je..Sori ya)
Choc Rise (atau yang seangkatan dengannya)

Cara membuatnya:

1.  Pukul butter dengan gula sampai kembang.

2.  Apabila sudah kembang, masukkan tepung (yang telah diayak dan dicampur dengan baking powder) dan telur secara berselang seli ke dalam bancuhan tadi. Pukul sehingga sebati.

3.  Apabila sudah sebati, masukkan esen vanila dan pukul lagi sehingga sebati.

4.  Asingkan bancuhan ke dalam 4 mangkuk yang berlainan. (Atau mengikut jumlah warna yang diinginkan).

5.  Tuangkan pewarna hijau epal ke dalam satu mangkuk, merah ke dalam satu mangkuk dan biru ke dalam satu mangkuk. Kacau sehingga warna sebati. Biarkan satu mangkuk dengan adunan asal. Adunan asal ini akan menghasilkan warna kekuningan).

6.  Tuangkan ke dalam cup (separuh cup sudah memadai. kalau banyak sangat nanti akan melimpah bila dah masak) yang telah diletakkan dalam tray khas. 

7.  Panaskan oven pada suhu 175C selama lebih kurang 10 minit.

8.  Bakar selama 15-20 minit atau hingga masak, yang ni bergantung pada oven masing ye.
9.  Choc rise (atau yang seangkatan dengannya) jangan tabur masa mula nak bakar tu. Tapi taburkan bila kek dah lebih kurang separuh masa. Kalau tabur awal nanti dia akan mendap ke bawah.

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Friday, January 14, 2011

Cucu Sulong Atok!

Ni lah rupa anak buah aku @ Azwan (cucu sulong abah aku) masa balik sekolah tengah hari tadi. Angkat beg pun tak larat dah. Nasib baik dia memang request for trolley bag aritu so tak lah teruk sangat nak mengangkat beg.Kalau dak mau dia seret je beg tu agaknya...hehehhehe...Untung budak-budak sekarang ada beg canggih gitu. zaman aku sekolah dulu berat camner pun pepandailah pikul. nasib baik aku ni dari kecik gagah...heheheheh...
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Thursday, January 13, 2011

Jom Masak-Masak!

Tadi adik aku (Aphyd) dengan jayanya telah memasak Chicken Lasagna. Aku tolong buat lapisan dia je lah sebab masa aku sampai rumah adik aku dah siapkan bahan-bahannya. Best oooo dapat buat sendiri. Boleh letak isi sesuka hati. jadi macam biasalah kalau masak sendiri cheesenya haruslah lebih.hehhehehe...

Rupa bila dah masak tu memang tak berapa nak cantik tapi dia punya rasa kan....wallaweiiii...sedapppppppppppppppp....
Korang layanlah gambar ni ya...

Sebelum masuk oven

Dalam oven (masa baru masuk)

Dah siap daaaa...Rupa nampak tak cantik tapi SEDAPPPPPPP....

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, January 12, 2011

Holiday!

Assalamualaikum Semua!
Kalau baca tajuk entry bunyinya macam nak cerita pasal holiday kan? tapi aku bukan nak cerita pasal holiday aku tapi aku nak cerita pasal tempat yang aku teringin nak pergi untuk tahun 2011 ni.
Kalau ikut hati memang banyak tempat nak pergi tapi sasaran aku untuk tahun ni ada beberapa tempat lah.Berjaya tak berjaya bergantung kepada kedudukan kewangan semasa.heheheheh...Mula-mula mimpi dululah...Tak salah kan? bukan kene bayar pun nak mimpi ngan berangan ni kan? hehhehehe....

Okaylah tempat-tempat yang aku berangan nak pergi tahun ni:

1. New Zealand
2. Melbourne/Gold Coast, Autralia
3. Korea

Berjaya atau tidak aku merealisasikan impian dan angan-angan aku ni kenalah tunggu resultnya tahun depan. hehehehhe....

Sebenarnya kalau ikut hati aku nak gi Germany lagi tahun ni,  pastu terus pi Paris dengan London tapi cost gi sana paham-paham je lah. Jadi aku rasa kalau takde duit terpijak memang mimpilah nak gi sana semua. So ada baiknya aku kumpul duit dulu. Rajin2 meniaga dapat bonus banyak-banyak baru bleh pergi. Sebabnya kalau nak suruh hubby belanja aku ni kawin pun belum so mana ada hubby.hhehehehheee....


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, January 11, 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah

Aku sebenarnya tak tengok lagi filem ni. Tapi kat sana sini aku dengar heboh orang bercerita pasal filem ni. kelakar gilerlah bestlah....Bukan setakat orang luar je tapi orang kat umah aku pun. Termasuklah anak buah aku Wan, Jijie ngan Ayoi yang dah tengok gak filem ni dengan abang aku. Ishhh macam mana budak umo 4-7 tahun dah pergi tengok tapi aku tak gi lagi?

Budak-budak tu buat aku teruja je nak tengok. Tapi sebenarnya aku risau skit nak gi sebab tajuk flem tu ada HANTU. Aku ni memang penakut skit. Kalau tengok cerita hantu berbulan2 teringat kang. Tu pasallah aku segan skit nak gi tengok. Tapi kalau anak buah aku yang kecik-kecik tu pun bleh tengok takkan aku tak leh kan? buat malu je.hehheheh...Nantilah aku fikirkan macam mana. Tak tengok takut rugi plak.Tapi entah sempat ke tak sebab aku nak memikir lagi ni. habis fikir filem pun dah habis tayang.hehehehhe...
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, January 10, 2011

Ana Rafali Juara AJL 25

Seperti biasa keputusan AJL tidak seperti yang dijangka. Tapi aku malas nak cakap banyak sebab aku rasa juri yang dilantik tahu apa yang diorang buat. Tahniah buat Ana Rafali yang lagunya telah dinobatkan sebagai Juara AJL 25!

Aku tetap gembira dengan keputusan semalam sebab Faizal Tahir berjaya membawa pulang trofi Persembahan Terbaik. Walaupun ada sok sek sok sek kat luar yang tak puas hati tapi aku tak kisah. Biasalah. Mana ada keputusan yang boleh memuaskan hati semua orang.

Tahniah jugak buat Hafiz yang comel tu kerana merangkul gelaran Vokal Terbaik.  
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, January 9, 2011

Anugerah Juara Lagu 2010 (AJL 25)

Malam ni akan berlangsung pertandingan akhir Juara Lagu 2010.  Lagu mana yang akan dinobatkan sebagai Juara dan siapa pula yang akan merangkul gelaran Pesembahan Terbaik?  Senarai yang bertanding malam ini seperti berikut:

1.Hanyut – Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir)
2.Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir (Edy Abdul Halim)
3.Noktah Cinta – Hafiz (Ajai/SHah Qalam)
4.Drama King – Black & Meet Uncle Hussain (Taja/Tun Teja)
5.Ku Ada Kamu – Adira (Edri Abdul Halim)
6.Cinta Sempurna – Yuna (Yuna)
7.Pelita – API (Loque)
8.Berlari – Tomok (Audi Mok/Ishak/Shazee/Tomok)
9.Sofea Jane – Black (Sham Kamikaze/Iswandi/Farrel)
10.Mencari Konklusi – Hujan (Noh Hujan)
11.Selamat Malam – Faizal Tahir (Audi Mok /Faizal Tahir)
12.Extravaganza – Bunkface (Sham Bunkface)
13.Jahat- Stacy (Edry Abdul Halim)
14.Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali (Ana Raffali)


Pilihan aku? hmmm....sudah semestinya Faizal Tahir. Aku memang tak sabar nak tengok dia peform sebab bagi aku performance dia mmg jarang mengecewakan. Dengan vokal yang mantap dan persembahan yang selalunya dirancang dengan teliti, kemunculan FT malam ni memang cukup aku nantikan.
 
Apa-apapun, all d best untuk semua yang bertanding malam ni.

(Pic was taken from http://photoselebriti.com)

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Friday, January 7, 2011

Tazkirah Jumaat

Untuk dikongsi bersama.
----------------------------

Tanda-Tanda Saat Kematian



100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
7 hari : Mengidam makanan.
5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.
Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.


Bila Malaikat Mencabut Nyawa

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:


"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:


"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."


Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu


Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."


Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:


"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.


2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.


3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.


4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.


5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.


6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.


7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."


Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-


1. Orang-orang yang mati syahid.


2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.


3. Orang berpuasa di hari Arafah.

(http://www.pekanrabu.com/zubir/mati.html)
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Thursday, January 6, 2011

Telatah Si Kecil

Aku nak berkongsi cerita tentang telatah anak buah aku yang bongsu ni, budak becok Ayoi yang nak masuk 4 tahun tu lah siapa lagi. Perangai dia memang kadang-kadang buat kita bikin panas tapi kadang-kadang buat kita pecah perut.

Tadi adik aku cerita pasal gelagat dia arini. Ada ke patut dia boleh cakap dengan atuk dia gini:

Ayoi : Atok nak kene lesing?
Ayoi: Atok ni marah macam badutlah. Nanti Ayoi bagi duitlah bleh dapat belon. (ni kes selalu tengok badut bagi belon kat budak2 lah ni).

Pastuh dengan nenek dia plak dia kata gini:

Ayoi: Nenek boleh tolong Ayoi tak?
Nenek: Tolong apa?
Ayoi: Tolong diam...(ni plak kes sbb orang selalu soh dia diam.Becok sangat kan...)

Pastuh nenek nak kenekan dia balik:

Nenek: Ayoi bleh tolong nenek tak?
Ayoi: Tak boleh (dia tau yang nenek nak kenekan dia balik)

Lagi satu masa Jijie terjatuhkan baju atok dari tempat yang atok dia sangkut baju, dia terus jerit:

Ayoi: Jijie tak salah. Bukan salah Jijie. Atok yang letak baju merata-rata. (ada ke patut dia kata atok dia letak baju merata-rata...ishhhh)
So amacam? nak marah ke nak gelak tengok perangai budak sorang ni?
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, January 5, 2011

Apa kes?

Ni cerita pasal anak buah aku, Wan yang baru masuk standard 1. Tadi mak aku cerita Wan kena paw dengan kawan sekolah dia masa rehat. Melayang RM1.

Cerita dia macam ni. pagi tadi abang aku belikan Wan nasi lemak untuk makan masa rehat. Tapi masa rehat dia makan nasi lemak sikit je. Dia tergoda dengan sosej & ball (tak taulah chic ke fish ke crab ke prawn ke) yang ada jual dekat kantin tu. Jadi diapun belilah. (Sosej 1 cucuk RM1 dan ball pun sama gak...mahal okay untuk budak sekolah camtu. Macam harga kat pasar malam plak).

So lepas beli tu adalah balance RM1 duit dia sebab papa dia bagi RM3. Tak sempat masuk poket balance duit tu kawan dia mintak. Dia kata kawan dia tanya dia ada duit tak? Dia pun katalah ada. Terus budak tu minta. Dan dia dengan penuh innocent terus bagi. Apa kes ni budak-budak kecik dah pandai mintak duit orang ni?

Aku takut bila dah sekali dia mintak dapat esok lusa dia mintak lagi. kalau setakat mintak jer oklah kot tapi kalau tak dapat dia pukul plak macam mana? ishhh naik risau plak aku....
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Berita Sukan

Beckham sertai Spurs?
LONDON - David Beckham mungkin sedang dalam perjalannan untuk kembali ke Liga Perdana England, walaupun aksinya hanya untuk seketika.

Tottenham, di mana Beckham berlatih ketika zaman kanak-kanak sebelum menyertai Manchester United, mahu mendapatkan bekas ketua pasukan Los Angeles Galaxy itu sehingga musim Liga Bola Sepak Utama (MLS) bermula pada Mac.

Beckham, yang pernah berkata dia mungkin kembali ke Liga Perdana selepas lebih tujuh tahun dan pengurus Spurs, Harry Redknapp merasakan pengalaman pemain tengah berusia 35 tahun itu, mungkin tidak ternilai buat pasukan untuk mencabar kedudukan empat teratas liga buat dua musim berturut-turut.

"Dia cuma perlu berkata mahu beraksi di Tottenham.

"Kemudian saya akan menyerahkan segala-galanya kepada kelab,'' kata Redknapp, selepas Tottenham mengalahkan Fulham 1-0 kelmarin.

Beckham menghabiskan masa pada musim panas dengan dipinjamkan ke AC Milan dan rakan sepasukannya di Galaxy, Landon Donovan juga melakukan perkara yang serupa, bersama kelab England, Everton.

Beckham mahu menyertai kelab Eropah menerusi pinjaman jangka pendek, bagi meningkatkan peluang dipanggil semula menyertai skuad kebangsaan.

Penampilan terakhir dalam 115 cap bersama England ialah ketika menentang Belarus pada Oktober 2009 dan dia tidak beraksi pada Piala Dunia lalu, akibat kecederaan pelipat lutut ketika mewakili Milan.

Sebelum ini, Beckham berkata pasukan yang dipertimbangkan untuk dia beraksi hanya Manchester United, kelab yang ditinggalkan pada 2003 sebelum menyertai Real Madrid.

Dengan pertembungan Liga Juara-Juara dengan Milan akan dilangsungkan pada Februari, Tottenham berada pada kedudukan terbaik untuk menawarkan Beckham aksi tempoh jangka pendek, yang biasa dia lakukan. - AP


(Utusan Malaysia, 3 Januari 2011)
------------------------------------------
Aku agak teruja baca berita ni sebenarnya sebab kalau Beckham bersama Spurs maknanya aku dapatlah tengok Beckham beraksi di EPL balik...bestnyaa......Aku tau ramai orang tak suka Beckham (especially lelakilah) tapi aku suka. So aku peduli apa kan orang suka ke tak...heheheheh
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, January 4, 2011

Demam lagi...

Untuk kesekian kalinya aku demam lagi malam tadi....dari bulan lepas aku ni asyik demam baik then demam lagi baik lagi pastuh demam lagi n baik lagi....Dalam masa sebulan ni dah 3 kali aku pergi klinik. Makan ubat baik then habis ubat demam balik...makan ubat lagi...baik...demam lagi...huhuhuuuuu...

Ya Allah tolonglah...berikanlah aku kesihatan yang baik....sembuhkan aku daripada segala penyakit...Amin...
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, January 3, 2011

Perubahan Masa

Begitu pantas masa berlalu. Kalau lihat pada diri sendiri memang aku tak terasa pantasnya masa berlalu sebab tak banyak perubahan pada diri sendiri. Aku masih solo seperti dulu. Masih tinggal di rumah yang sama seperti 30 tahun yang lalu. Masih bekerja di tempat yang sama seperti 13 tahun yang lalu.

Tapi aku terasa perubahan masa apabila melihat anak-anak buah aku. Macam baru je tengok diorang dilahirkan di Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju. Tapi rupa-rupanya dah besar dah budak-budak tu.

Anak buah aku yang sulung, Muhammad Azwan Azman @ Wan dah masuk Standard 1 dah tahun ni. Kakak ipar aku teman dia kat sekolah tadi. Dia dah pandai beli nasi lemak dekat kantin walaupun belum kenal duit sangat. Balik rumah heboh bercerita tentang tu. Sibuk tanya kalau papa bagi RM3.00, dia beli nasi lemak RM1.50, berapa balance? Puas adik aku terangkankan kat dia. Tak taulah dia paham ke tak?hehehhe...(mahal gak nasi lemak kat kantin skg...RM1.50.Masa aku sekolah dulu 30 sen je...Sama je nasi lemak sambal dengan telur...agak2nya lagi sepuluh tahun entah berapa hengget tah nasi lemak kosong cam gitu kan?). Ni gambar suatu ketika dululah.


Anak buah aku yang kedua plak, Muhammad Azizi Azman @ Jijie dah nak 6 tahun tahun ni. So kene masuk kindie gak. Dia lewat skit masuk kindie tak macam abg dia umur 3 tahun dah start masuk kindie. Sebabnya dia ni macam budak kecik skit. So atuk dia asyik kata biar dulu dia kecik lagi je. Tapi tahun ni kene gak masuk sebab dah nak masuk 6 tahun. Tadi dia gi kindie papa dia hantar. Balik kindie seronok bercerita teacher bagi biskut dengan air milo sedap...heheheh...Biskut dengan milo pun sedap kalau kat umah tak plak dia kata sedap...hehehehehe...Tapi yang best gi sekolah besok dia tak nak hantar. Dia nak naik school van. Biar dia pergi sendiri. Jangan tunggu kat sekolah.Tak sangka gak aku. Dia ni lagi rapat dengan adik daripada abang dia so dia sedikit macam budak kecik. So bila dia boleh berdikari macam tu aku rasa bangga gak. Harap-harap dia cepat dapat sesuaikan diri dekat sekolah dan dapat kawan cepat-cepat selain daripada dapat segala ilmu dengan pantas. Ni gambar masa dia 1 tahun lebih dulu....

Anak buah aku yang bongsu (buat masa ni lah...hehehehe) yang paling becok n notty, Muhammad Azrul Azman @ Ayoi dah nak masuk 4 tahun minggu depan. Dia pun sibuk nak sekolah. So mama dia bagi try dulu kindie dekat ngan umah aku. Ustaz tu kata bleh try seminggu dulu tengok macam mana. Kalau masuk terus takut sejarah lama berulang kembali. Sebab acu dengan abang dia dulu pernah masuk kindie tu dulu tapi lari. Tak tahan seminggu pun. Asik lari balik jer. Agaknya sebab dekat ngan umah kot? hehehehe...So kite tengoklah macam mana minggu depan. Tadi dia sangap sebab kawan baik dia Jijie dah pergi kindie so dia takde kawan. Asyik suruh nenek teman jer. Harap-harap esok dia oklah sikit. Ni gambar masa umur dia 2 tahun lah lebih kurang.

Nilah anak-anak buah aku yang jadi penghibur kitaorang dekat rumah. Diorg ni tak duduk sekali dengan kitaorang tapi siang memang mak dengan abah yang jaga. Tapi pasal rumah diorang dekat ngan rumah kitaorang jadi dioarang ni memang selalulah ada dekat rumah. kalau ada memang riuh tapi kalau takde sunyi pulak. Biasalahkan budak-budak....Apa-apaun aku sayang dioarang sangat-sangat...
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!